Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Volvo Car Malaysia Lancar EX30 Cross Country: SUV Kompak Elektrik Lasak Untuk Jiwa Pengembara

Memandu ke pejabat pada hari biasa dan ber-glamping pada hujung minggu, anda kini boleh menikmati yang terbaik untuk kedua-dua gaya hidup ini. Hari ini, Volvo Car Malaysia memperkenalkan Volvo EX30 Cross Country baharu khusus buat mereka yang mahukan pengalaman hidup yang maksimum bersama SUV elektrik sepenuhnya mereka.

Model Cross Country pertama Volvo yang diperkenalkan pada tahun 1997 direka khas untuk mengharungi cuaca Scandinavia yang mencabar. Sejak itu, barisan kereta Cross Country Volvo telah diuji dalam pelbagai keadaan jalan, dari permukaan basah dan laluan berbukit, sehinggalah ke lebuh raya panjang dan trek berlumpur. Ia terus diperhalusi demi menjanjikan keselesaan dan keyakinan tanpa kompromi untuk pengembaraan luar.

Chris Wailes, Pengarah Urusan Volvo Cars Malaysia dan Thailand berkongsi: “Pepatah ‘hidup ini penuh pengembaraan' sangat tepat untuk menggambarkan kehidupan di Malaysia. Di sini, kita dikelilingi hutan hujan tertua di rantau ini, yang jaraknya hanya beberapa jam sahaja dari bangunan tertinggi di dunia. Sama ada percutian hujung minggu atau penjelajahan bandar, EX30 Cross Country bukan sekadar sebuah kereta. Ia memberikan pengalaman yang menyeluruh buat mereka yang mahukan kebebasan meneroka, dengan keyakinan untuk pergi ke mana sahaja.”

Sebagai model Cross Country elektrik sepenuhnya yang pertama, ia mengekalkan segala ciri terbaik dari siri EX30 yang telah memenangi pelbagai anugerah, dengan tambahan elemen lasak. Ini menjadikannya jentera ideal untuk mengembara keluar dari kesibukan bandar menuju ke laluan mencabar, tanpa sedikit pun mengabaikan perlindungan terhadap alam sekitar serta orang di sekeliling anda.

Teroka Penuh Yakin

Sebagai sebuah SUV kompak, EX30 Cross Country cukup serasi dengan jalan raya di Lembah Klang. Disokong oleh kesedaran persekitaran 360 darjah menerusi paduan radar di setiap bucu dan penderia canggih, pemandu boleh mengendalikannya dengan yakin – baik di lebuh raya mahupun lorong yang sempit. Kereta ini menawarkan jarak pandu elektrik sepenuhnya sehingga 437 km dengan sifar pelepasan asap. Pek bateri NMC 69kWh pula boleh dicas pantas dari 10% ke 80% dalam masa 27 minit sahaja².

Namun, sebagai varian Cross Country, ia sarat dengan ciri tambahan yang melancarkan peralihan dari pemanduan bandar ke laluan rupa bumi. Untuk lonjakan kuasa di kawasan tanah tinggi atau laluan lasak, rangkaian kuasa motor berkembar elektrik ini mampu menghamburkan 428 hp dan tork 543 Nm, membolehkannya memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 3.7 saat. Perisian stereng yang telah ditala halus pula mengoptimumkan daya tork stereng, pulangan aktif, dan redaman untuk kawalan yang lebih jitu di selekoh tajam.

Tambahan lagi, EX30 Cross Country memiliki jarak lega tanah 19mm lebih tinggi berbanding model asas EX30. Dipadankan dengan rekaan casis termaju dan rim 19 inci lima jejari yang mampu menyerap hentakan jalan dengan lebih baik, ia menjanjikan keselesaan dan kestabilan luar biasa untuk laluan yang mencabar.

Pengembaraan yang Bertanggungjawab dan Selamat

Meneruskan kejayaan EX30 sebagai kereta Volvo paling lestari setakat ini, varian Cross Country memperkukuhkan lagi komitmen jenama ini terhadap perlindungan manusia dan alam semula jadi. Sebagai kereta elektrik sepenuhnya, ia mempunyai jejak karbon yang rendah. Ruang kabinnya pula menggunakan material semula jadi yang dihasilkan secara bertanggungjawab—seperti tekstil denim kitar semula sehinggalah ke kemasan tempat duduk Nordico berasaskan bio.

Lebih penting lagi, EX30 Cross Country dilengkapi dengan Safe Space Technology terkini berserta sistem bantuan pemandu termaju bagi melindungi setiap penumpang dan pengguna jalan raya yang lain. Rangkaian keselamatan canggih Volvo ini mewujudkan zon selamat dengan menyediakan sokongan brek dan stereng untuk mengelak perlanggaran, kepintaran Sistem Pemahaman Pemandu, serta ciri Pilot Assist dan Park Pilot Assist generasi baharu.

Pengalaman Bergaya dan Praktikal

Sama ada menyusuri jalan raya bandar atau taman negara, EX30 Cross Country direka untuk sentiasa tampil menawan. Reka bentuk minimalis Scandinavia ini diserikan dengan kemasan matt black dan vapour grey, dipadankan pula dengan perincian eksklusif Cross Country—dari skid plate vapour grey kemasan malap kepada bampar bawah matte black dan sambungan lengkungan roda. Lencana ikonik Cross Country pada tiang C dan logo CC timbul di bahagian belakang, berserta rekaan pelindung belakang yang bergaya, menyuntik sentuhan akhir yang sempurna. Keseluruhannya melahirkan profil yang lasak namun premium; menonjol di mana-mana jua persekitaran.

Bahagian dalaman EX30 Cross Country pula mengambil inspirasi daripada rona nila dan biru gelap langit malam, diserikan dengan sentuhan keunguan cahaya matahari terbenam. Ia memadankan tekstil tenunan berwarna charcoal bersama kemasan Nordico, panel hiasan denim, serta corong pendingin hawa berwarna biru. Bumbung panoramik dengan pelindung suria membolehkan cahaya menembusi dengan lembut, mendekatkan anda dengan keindahan alam semula jadi.

Sistem infotainmen EX30 Cross Country hadir dengan Google terbina dalam, merangkumi Google Assistant, Google Maps, dan pelbagai aplikasi melalui Google Play Store⁴, yang semuanya boleh diakses dari skrin tengah 12.3 inci. Ia turut dipadankan dengan sistem audio Harmon Kardon Premium Sound yang menyokong ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar untuk pengalaman hiburan imersif di dalam kabin.

Selain rupa bentuknya, EX30 Cross Country juga sangat praktikal. Poket pada panel pintu menawarkan ruang simpanan yang sangat luas kerana pembesar suara telah dialihkan ke papan pemuka bertindak sebagai soundbar. Ruang simpanan tengah di antara pemandu dan penumpang hadapan cukup fleksibel untuk memuatkan beg tangan, manakala kotak simpanan boleh tanggal di bawah tempat rehat lengan boleh bertukar fungsi menjadi tong sampah mini. Ruang but berkapasiti 318 liter (atau sehingga 718 liter jika tempat duduk barisan kedua dilipat) sangat praktikal untuk menyimpan bagasi, peralatan perkhemahan, dan perabot pasang siap .

Grafik bergambar 'Will it Fit' pada pintu but berkuasa bertindak sebagai rujukan intuitif yang mesra pengguna. Jika itu masih tidak mencukupi, fungsi EX30 Cross Country boleh ditambah nilai dengan pelbagai aksesori gaya hidup pilihan—seperti mud flap, load carrier, rak basikal, roof basket, dan pelbagai lagi.

Spesifikasi Utama Sekilas Pandang:

  • Platform: Motor berkembar elektrik

  • Prestasi: 428 hp, 543 Nm tork

  • Jarak Pandu: Sehingga 437 km (WLTP)³

  • Pengecasan: 10 – 80% dalam masa 27 minit (DC Rapid Charger 175kW)²

  • Audio: Sistem Audio Harmon Kardon Premium · Infotainmen: Skrin paparan tengah 12.3-inci dengan Volvo Connect Plus⁴

Volvo EX30 Cross Country pemasangan tempatan ini kini sedia untuk dipamerkan di semua pengedar sah seluruh negara bermula hari ini. Ia ditawarkan pada harga bermula RM218,888¹ (tanpa insurans) dengan tiga pilihan warna luaran eksklusif: Crystal White, Vapour Grey, dan Cloud Blue.

Sebagai ganjaran eksklusif, 100 tempahan terawal bakal menikmati tawaran pelancaran terulung—rebat tunai tunai sebanyak RM12,000, berserta Volvo Wallbox (bernilai RM3,990), Load Carrier (RM2,098) dan Roof Basket (RM3,680) secara percuma untuk mempersiapkan anda bagi pengembaraan seterusnya.

Kemas Kini MY27 Untuk EX30 Ultra

EX30 Ultra terus menjadi pilihan menarik dalam barisan kenderaan elektrik Volvo Car Malaysia, menawarkan mobiliti termaju, gaya hidup praktikal, serta reka bentuk bertaraf anugerah pada nilai yang sangat berbaloi. Bagi mengembangkan lagi sayap elektrifikasi dan visi kelestarian ini, EX30 kini ditawarkan pada titik harga yang lebih kompetitif, bermula dari RM198,888¹ (tanpa insurans), didatangkan dalam empat rona warna: Crystal White, Vapour Grey, Cloud Blue, dan Onyx Black.

Pengenalan Platform Tempahan Servis Digital (DSB)

Pelancaran EX30 Cross Country ini turut mengiringi penampilan sulung ciri Tempahan Servis Digital (Digital Service Booking - DSB) Volvo Car Malaysia. Ciri ini memberikan lebih kemudahan buat para pelanggan untuk menempah slot servis terus menerusi laman web Volvo Car Malaysia atau aplikasi Volvo Cars. Direka khusus untuk memberikan pengalaman pemilikan yang peribadi dan cukup lancar, platform ini menjanjikan fleksibiliti tempahan selepas jualan yang terbaik di hujung jari. Buat masa ini, DSB ditawarkan oleh pengedar sah Volvo di sekitar Lembah Klang, dan ia bakal diperluaskan ke kawasan lain di seluruh negara tidak lama lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai barisan kenderaan elektrik Volvo Car Malaysia, layariw www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook menerusi bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram di bit.ly/VolvoMY-IG.

Intipati
  • Volvo EX30 Cross Country ditawarkan pada harga bermula RM218,888 tanpa insurans.
  • SUV elektrik ini menawarkan jarak pandu sehingga 437km dan kuasa 428hp.
  • Volvo turut memperkenalkan Tempahan Servis Digital dan harga baharu EX30 Ultra.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan