Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Waktu Operasi Stesen Minyak Dan 5 Perkara Tentang Perjalanan Gerak Malaysia Ketika Perjalanan Perlu Anda Tahu

Gambar: Bernama

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan peraturan perjalanan Gerak Malaysia kepada orang ramai yang ingin melakukan perjalanan rentas negeri bermula 7 Mei ini.

Enam perkara tersebut telah dikongsikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed dalam sidang media PDRM sebentar tadi.

“Saya ingin mengingatkan orang ramai yang akan melakukan perjalanan dari 7 hingga 10 haribulan ini 6 perkara yang saya pernah nyatakan dalam sidang media terdahulu masih lagi kekal, iaitu,

  1. kemudahan makanan tidak disediakan di RnR

  2. surau-surau ditutup, sebarang aktiviti berjemaah tidak dibenarkan

  3. fasiliti tandas awam sahaja dibenarkan beroperasi

  4. tempat letak kenderaan hanya untuk rehat dan tidak dibenarkan keluar

  5. stesen minyak beroperasi 6 pagi hingga 12 malam di sepanjang lebuh raya

  6. pengguna lebuh raya dilarang lakukan aktiviti berkumpulan dalam tempoh kebenaran ini

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi peraturan yang telah dikuatkuasakan.

Ucapan tentang prosedur perjalanan bermula pada minit 19:35.

Sumber: PDRM