Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Seorang wanita berusia 41 tahun dipercayai hilang sejak 16 Jun lalu selepas keluar dari rumah keluarganya untuk menghadiri sesi temu duga kerja.
Mangsa, Norafiza Zainuddin, difahamkan memaklumkan kepada ahli keluarga bahawa beliau akan menghadiri temu duga di sebuah hotel di Kuala Kangsar sebelum gagal dihubungi dan tidak pulang ke rumah sehingga kini.
Menurut ahli keluarga, Shahril Hashim, ketiadaan Norafiza menimbulkan kebimbangan memandangkan beliau masih belum dikesan, manakala dua orang anak mangsa kini menanti kepulangannya.
“Kami sebagai ahli keluarga amat bimbang dan berharap ada sebarang khabar berita yang dapat membantu usaha pencarian beliau,” katanya.
Beliau turut memohon kerjasama orang ramai untuk membantu menyebarkan maklumat berkaitan kehilangan tersebut.
“Jika ada yang ternampak atau mempunyai sebarang maklumat mengenai Norafiza, sila hubungi nombor yang tertera pada poster atau balai polis berhampiran,” katanya.
Ahli keluarga turut merayu agar orang ramai mendoakan keselamatan Norafiza agar segera ditemukan dalam keadaan selamat.
