Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Wanita Jual Karipap Ditahan Polis, Selepas Temui 44 Bungkus Dipercayai Air Ketum

Aktiviti menjual karipap oleh seorang wanita selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa, hanya semata-mata bagi mengaburi mata pihak berkuasa dan orang awam.

Iklan

Menerusi serbuan yang dijalankan oleh sepasukan polis Langkawi pada Selasa (14 April 2020), perbuatan pengusaha kedai makan berusia 45 tahun di Kg Bendang Baru, Mukim Kuah itu terbongkar apabila suspek dipercayai menjual air ketum.

Hasil siasatan di gerai suspek, sebanyak 44 bungkusan plastik lutsinar disyaki di dalamnya mengandungi cecair air rebusan daun ketum berjaya ditemui dan dirampas.

Suspek ditangkap di bawah seksyen 30(3) Akta Racun dan ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Sumber: Polis Langkawi