Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Wanita Maut Ditikam Dengan Senjata Tajam

Syed Faisal Sayed Muhammad
Seorang wanita maut ditikam
Kredit Sinar Harian

Wanita Maut Ditikam Dengan Senjata Tajam

Seorang wanita dilapor maut selepas dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan di sebuah kedai di Taman Rasi Jaya, Menglembu, Ipoh pada pagi tadi.

Memetik Sinar Harian, mangsa yang berusia 40 tahun merupakan pemilik perniagaan maut di tempat kejadian dengan kesan tikaman senjata tajam.

Difahamkan, kejadian sekitar 10.30 pagi itu turut mengakibatkan teman lelaki mangsa yang berusia 42 tahun cedera.

Susulan kejadian itu, seorang pekerja lelaki premis tersebut kemudiannya ditahan bagi membantu siasatan kes terbabit.

Menurut Sinar Harian, sebelum kejadian itu berlaku, terdapat perselisihan faham yang tercetus antara mangsa dengan pekerjanya disebabkan oleh masalah kewangan.

Sementara itu, seorang saksi di tempat kejadian memberitahu bahawa dia telah mendengar jeritan seorang wanita di lokasi tempat kejadian tersebut.

“Saya ingatkan itu jeritan biasa, tak sangka ada kes pergaduhan hingga membawa kematian,” katanya yang enggan dikenali.

Berita lanjut menyusul.

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: Sinar Harian