Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gadis Maut Terjatuh Dari Bumbung Apartment Ketika Buat Video TikTok

Gambar: www.aksam.com

ISTANBUL, 21 Ogos (Bernama) — Gadis berusia 23 tahun maut selepas terjatuh dari bumbung sebuah apartment ketika asyik membuat rakaman video untuk platform media sosial TikTok, di Istanbul, Turki pada Jumaat.

Detik-detik kematian gadis itu dirakam sepupunya, lapor Agensi Anadolu.

Difahamkan, mangsa dan sepupunya dikenali sebagai Helen naik ke bumbung apartment itu untuk melihat dan merakam matahari terbenam.

Mangsa dipercayai terjatuh daripada ketinggian 50 meter selepas memijak panel plastik.

Pasukan perubatan dan polis dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik merima panggilan kecemasan. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

— BERNAMA