Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Wanita Nyaris Maut, Kereta Dipandu Terjunam Dari Parkir Tingkat 1

Athirah
Kereta Terjunam Dari Parkir
Kredit: Sinar Harian

Wanita Nyaris Maut, Kereta Terjunam Dari Parkir Tingkat 1

Seorang wanita mengalami kecederaan apabila kenderaan dipandunya merempuh tembok sebelum terjatuh dari ruangan parkir, lapor Sinar Harian.

Kejadian berkenaan berlaku di sebuah bangunan di Jalan P Ramlee di Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Khairul Azha Rifin, pihaknya menerima laporan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 1.05 petang.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak dibantu BBP Pudu bersama jentera kemudian bergegas ke lokasi kejadian.

“Kejadian melibatkan sebuah kereta dalam keadaan terbalik dan bahagian bumbungnya remuk,” katanya seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

Tambah Khairul Azha Rifin, kejadian berlaku dipercayai akibat kereta tersebut melanggar tembok penghadang sebelum terjatuh.

“Kereta terbabit dipercayai terjatuh dari tingkat satu tempat letak kereta bangunan berkenaan melibatkan seorang mangsa berumur 28 tahun.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan lutut,” ujar Khairul Azha Rifin.

Ujarnya lagi, mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut menggunakan ambulans.

“Siasatan punca kejadian dan tindakan selanjutnya diserahkan kepada pihak polis,” jelasnya.

BACA: Lelaki Warga Emas Direman Bantu Siasatan Kes Tembak Anggota Polis

Sumber:

Sinar Harian