Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Wanita Rusia Dedah Apa Malaysia Buat Kepadanya

wanita rusia malaysia
Gambar: BERNAMA

Wanita Rusia Dedah Apa Malaysia Buat Kepadanya

Merantau jauh dari kampung halaman sememangnya bukan sesuatu yang mudah.

Berjauhan daripada keluarga, menyesuaikan diri dengan budaya baharu dan membina kehidupan di tempat asing pastinya datang dengan pelbagai cabaran.

Namun, orang kata, setiap tempat yang kita singgah pasti meninggalkan sesuatu dalam hidup kita.

Ada yang sekadar menjadi kenangan, tetapi ada juga yang mungkin mempertemukan kita dengan sesuatu yang tidak pernah disangka. 

Begitulah yang dikongsikan oleh seorang wanita berasal dari Rusia apabila mendedahkan bagaimana Malaysia memberi kesan yang cukup besar dalam hidupnya.

"The Malaysia effect..."

Malaysia mungkin hanyalah tempat persinggahan sementara buat dirinya. Tapi, negara ini ternyata meninggalkan sesuatu yang jauh lebih bermakna daripada sekadar sebuah destinasi.

Menerusi satu video yang dimuat naik di media sosial, wanita itu hanya menulis ungkapan ringkas, "The Malaysia Effect".

Walaupun tanpa penjelasan yang panjang, video tersebut berjaya mencuri perhatian ramai.

Mana tidaknya, pada permulaan video, dia kelihatan 'kurang bersinar'. Malah, ada paparan turut menunjukkan dirinya sedang menangis, mungkin sedang melalui fasa yang sukar dalam hidup.

Apa sebenarnya yang berlaku tidak diketahui. Mungkin kerana berjauhan daripada keluarga di kampung halaman, mungkin juga sedang berdepan cabaran hidup. Hanya dirinya yang mengetahui kisah sebenar.

Namun, apa yang paling menyentuh hati ialah perubahan yang berlaku selepas dia berada di Malaysia.

Sedikit demi sedikit, wajahnya mula berubah. Senyumannya kembali terukir, raut wajahnya kelihatan lebih tenang dan dia dilihat jauh lebih ceria berbanding sebelumnya.

Bukan sekadar tersenyum, malah ramai berpendapat wanita itu kelihatan lebih 'bersinar' dan menikmati setiap detik sepanjang berada di negara ini.

Perkongsian tersebut pantas menerima pelbagai reaksi daripada warga maya.

Ada yang mengakui mereka turut merasai perkara sama setiap kali pulang ke Malaysia selepas berada lama di luar negara.

Tidak kurang juga yang berpendapat Malaysia mempunyai suasana yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Video yang dikongsikan hanya berdurasi singkat. Tapi, perubahan pada wajah dan emosinya sudah cukup menggambarkan betapa besar makna negara ini buat dirinya.