Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Wanita Sweden Kongsi Pendapat Soal 'Gaya' Wanita Malaysia
Kalau kita sendiri, mungkin dah biasa tengok orang keluar dengan baju cantik, tudung matching, kasut sama warna dengan handbag.
Tapi siapa sangka, benda yang kita anggap biasa ni sebenarnya menarik perhatian orang luar.
Baru-baru ini, seorang wanita dari Sweden yang kini menetap di Malaysia mencuri perhatian ramai selepas berkongsi pendapat tentang "fashion" gadis Malaysia.
Menerusi satu video di TikTok, wanita itu mengakui dia sangat kagum melihat cara wanita di Malaysia menjaga penampilan.
Katanya, setiap kali hujung minggu dan dia keluar makan "brunch", hampir semua gadis yang ditemuinya tampil bergaya.
Baju cantik, handbag matching, kasut pun matching, solekan pula kemas. Pendek kata, barangkali nampak "on point".
"Saya rasa gadis-gadis Malaysia antara yang paling bergaya dan kemas penampilannya yang pernah saya lihat. Semuanya nampak cantik macam model," katanya.
Apa yang lebih menarik perhatiannya ialah gaya itu bukan hanya dalam kalangan wanita Melayu. Menurutnya, wanita Cina dan India di Malaysia juga lebih cenderung memilih pakaian yang lembut, manis dan feminin.
"Berbeza dengan di Sweden. Pada pendapat saya, wanita di sana berpakaian sedikit lebih maskulin, manakala lelaki pula sedikit lebih feminin," jelasnya.
Sebab itu dia mengakui seronok melihat fesyen di Malaysia yang disifatkannya lebih berwarna-warni dan unik.
Selain cara berpakaian, wanita itu turut memuji pilihan warna dan aksesori yang sering digayakan oleh wanita Malaysia.
Menurutnya, warna-warna pastel, reben, skirt, gaun dan pelbagai aksesori comel menjadikan penampilan wanita di sini kelihatan lebih lembut dan anggun.
Malah, dia sendiri mengakui kini lebih seronok bereksperimen dengan gaya berpakaian di Malaysia.
"Saya juga mula menyesuaikan sedikit gaya pemakaian saya dengan fesyen di sini kerana ada banyak pakaian dan aksesori yang boleh didapati di Malaysia tetapi sukar ditemui di Eropah.
"Sebagai contoh, kebanyakan kedai pakaian di Eropah hanyalah Zara dan beberapa jenama lain yang menawarkan gaya pakaian yang hampir sama.
"Jadi, agak sukar untuk mencari pakaian yang comel dan feminin seperti yang banyak dijual di Malaysia," katanya.
Di penghujung videonya, wanita itu sempat mengucapkan penghargaan kepada semua gadis Malaysia.
Katanya, tanpa sedar mereka telah menjadi inspirasi kepada cara dia berpakaian sekarang.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terhibur dengan perkongsian wanita tersebut.
Ada yang mengaku tersipu-sipu menerima pujian, namun ada juga yang berseloroh mengatakan dia hanya melihat versi "weekend" rakyat Malaysia.
"I blush for no reason..."
"What you see was only weekend special outings with the girlies. Kalau jumpa hari biasa, pakai selipar dengan baju apa yang ada je."
"Would love to see you dressed in those Malaysian pastel coloured styles…"