Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Wanita Tukar Tayar Pancit Maut Dilanggar Lori Kontena

Hannah
letupan universiti
Gambar: MKN

Wanita Tukar Tayar Pancit Maut Dilanggar Lori Kontena

SEREMBAN, 19 Nov (Bernama) — Seorang wanita yang sedang menukar tayar pancit di lorong kecemasan maut selepas dilanggar sebuah lori kontena di Kilometer 260.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Azahar Abdul Rahman berkata kejadian berlaku pada 9.20 pagi dan mangsa berusia 31 tahun yang memandu Proton X50 maut di lokasi akibat kecederaan parah bahagian badan.

“Siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari arah Gadong menghala ke tempat kerja di Senawang sebelum tayar belakang sebelah kanan pancit menyebabkan dia berhenti di lorong kecemasan.

“Ketika sedang menukar tayar, sebuah lori kontena dipandu lelaki berusia 24 tahun di lorong kiri bergesel dengan mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azahar berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Rembau untuk bedah siasat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp Nor Fadzilah Mohd Zainuddin menerusi talian 019-4611794 atau hadir ke balai polis berhampiran.

BACA: Insiden Kepala Air: Kenderaan Ditemukan, Mangsa Masih Hilang

Sumber: BERNAMA