Seorang wanita yang dilahirkan dengan 31 jari tangan dan kaki telah menjalani hidupnya dengan hanya menyorok di dalam rumah selepas digelar sebagai ahli sihir oleh jiran-jirannya.

Wanita 63 tahun itu mempunyai polydactylism iaitu suatu kelainan biasa semasa kelahiran di mana individu tersebut mempunyai jari dan kaki tambahan.
Dengan 19 jari kaki dan 12 jari tangan, wanita itu memasuki Rekod Dunia Guinness kerana mempunyai jumlah yang paling banyak di dunia.

Pun begitu, wanita itu berkata bahawa keadaannya itu mengganggu hidupnya buat seumur hidup dan selalu merasakan bahawa dia dipaksa untuk tetap hidup dalam keadaan tersebut.
Dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk mendapatkan rawatan perubatan dan mendakwa bahawa jiran-jirannya yang kejam memanggilnya ‘ahli sihir’ dan cuba untuk mengelak daripada bertemu dengannya.

“Saya dilahirkan dengan kecacatan ini dan saya tidak dapat dirawat kerana kami merupakan sebuah keluarga yang miskin.
“Sekarang sudah 63 tahun saya hidup dalam keadaan ini.
“Penduduk terdekat yang terlalu buta dengan kepercayaan mengganggap saya sebagai ahli sihir dan menjauhkan diri dari saya. Mereka kadang-kadang datang melihat keadaan saya namun tidak pernah membantu,” katanya.
Menurut Biro Rekod Jenayah Kebangsaan, diseluruh India mencatatkan seramai 134 yang kebanyakannya merupakan wanita dibunuh kerana dituduh menggunakan ilmu hitam pada tahun 2016.
Sumber: Metro.Uk
