Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Warga Emas, OKU & Individu Berpenyakit Kronik Yang Telah Mendaftar Vaksin COVID-19 Akan Mula Terima Tarikh Temujanji Melalui MySejahtera Bermula Hari Ini – KKM

Gambar Via Google

Seperti yang diketahui, Program Imunisasi COVID-19 fasa pertama yang melibatkan petugas barisan hadapan telah dilaksanakan sejak 24 Februari lalu.

Kini, fasa kedua yang melibatkan warga emas, OKU dan individu berpenyakit kronik akan bermula pada 19 April ini.

Menurut KKM, golongan tersebut yang telah mendaftar vaksin akan mula menerima tarikh temujanji melalui aplikasi MySejahtera bermula hari ini.

Mesej dan panggilan peringatan akan diterima tiga hari dan sehari sebelum temujanji.

Pecahan jumlah pendaftaran fasa kedua melibatkan 1,229,855 warga emas, 115,249 OKU berdaftar dan 1,741,935 individu dengan komorbiditi.

Sumber: KKMPutrajaya