Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia

Warga Tentera Laut Diraja Malaysia Dirai Dalam Majlis Berbuka Puasa

Amira

Langkawi, 12 April – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa Menteri Pertahanan bersama 300 orang warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bertempat di Surau Al-Aziz, Markas Wilayah Laut 3, Langkawi, Kedah hari ini (semalam).

Ketibaan YB Menteri Pertahanan di Surau Al-Aziz disambut oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Rahman bin Ayob; Panglima Armada Barat, Laksdya Dato’ Abu Bakar bin Md Ajis; Panglima Markas Wilayah Laut 3, Laksma Ee (Yee) Tai Peng serta kepimpinan ATM dan TLDM.

YB Menteri Pertahanan meluangkan masa beramah mesra dengan warga TLDM di Markas Wilayah Laut 3 yang merupakan lokasi kedua beliau bersama warga ATM dalam majlis berbuka puasa tahun ini. Terlebih dahulu, majlis bermula dengan beliau menyantuni warga TLDM dan menyempurnakan penyampaian sumbangan kebajikan kepada 50 orang warga TLDM.

Penerima penerima sumbangan tersebut adalah terdiri daripada tiga (3) kategori penerima iaitu kategori Asnaf, Ibu Tunggal dan Anggota Cedera dari kalangan anggota TLDM serta staf awam Kementerian Pertahanan yang berkhidmat di kawasan utara semenanjung Malaysia.

Sumbangan tersebut merupakan inisiatif melalui Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam membantu meringankan beban kepada mereka yang memerlukan khususnya warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam suasana menyambut Ramadan.

Kementerian Pertahanan kekal komited di dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan Warga Pertahanan berada pada tahap terbaik, serta menjadi keutamaan sejajar dengan lima teras Kertas Putih Pertahanan.

Selepas berbuka puasa, YB Menteri Pertahanan bersama-sama warga TLDM menunaikan solat Maghrib seterusnya menikmati jamuan makan yang disediakan di Dewan Tun Rahah sebelum menunaikan solat Isyak serta solat sunat Tarawih dan Witir berjemaah yang diimamkan oleh Mejar Mohd Sakri bin Yusof, Pegawai Agama, Markas Wilayah Laut 3. Majlis berakhir dengan jamuan Moreh sebagai penutup majlis sempena Ramadan bersama warga TLDM tahun ini.

Turut hadir sama ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pertahanan, Dr. Mohd Bakhari bin Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan LTAT, Dato’ Dr. Mohd Nizar bin Haji Sudin; ketua-ketua jabatan kerajaan daerah Langkawi, pegawai-pegawai kanan TLDM serta warga TLDM khususnya dari Markas Wilayah Laut 3 dan Unit Bawah Naungan meliputi Unit Bantuan Utara (UBU) TLDM, KD SRI PINANG serta Pegawai Wakil Tentera Laut (PWTL) Pulau Pinang.