Waris kepada mangsa korban akibat wabak Covid-19 digesa segera melakukan permohonan tuntutan wang ihsan sebanyak RM5,000 kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Menurut Menteri di Jabatan perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, pihaknya tidak boleh menyalurkan bantuan tersebut sekiranya tiada permohonan di buat.
Tambahnya lagi, beliau menyeru kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga akibat Covid-19 segera datang ke Nadma untuk kita menyalurkan bantuan secept mungkin.
“Sebanyak 1,232 permohonan membabitkan peruntukkan RM6.16juta telah diluluskan berbanding dengan jumlah kematian yang dilaporkan melebihi 7,000,” ulasnya lanjut.
Semua yang meninggal dunia akibat Covid-19 layak untuk mendapatkan wang ihsan tersebut kerana dapat mengurangkan bebanan mereka kerana mungkin yang meninggal adalah ketua keluarga.
Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19 Nadma merupakan bantuan ‘one-off’ RM5,000 diberikan kepada waris si mati yang meninggal dunia akibat wabak Covid-19 ini.
Sumber: Sinar Harian