Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Waspada, Amaran Ribut Petir Dijangka Melanda 8 Buah Negeri Sehingga Petang Ini

Gambar Hiasan Via Google

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 6 petang ini.

Amaran yang dikeluarkan pada pukul 3 petang tadi melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Antara negeri yang dijangka dibadai ribut petir/hujan lebat sehingga jam 6 petang ini adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 6 petang ini:

Perlis

Kedah: (Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu)

Pulau Pinang: (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan)

Perak: (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar)

Kelantan: (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai)

Johor: (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru)

Sarawak: Serian, Samarahan (Asajaya dan Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Betong (Pusa, Betong dan Kabong), Miri (Marudi) dan Limbang

Sabah: Pedalaman (Sipitang dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Kinabatangan)

Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka berlaku ribut petir.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia