Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 5 petang ini.
Amaran yang dikeluarkan pada pukul 2.15 petang tadi melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Antara negeri yang dijangka dibadai ribut petir/hujan lebat sehingga jam 5 petang ini adalah Perak, Pahang, Selangor, W.P Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.
Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 7 malam ini:
Perak: (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim)
Pahang: (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong dan Rompin)
Selangor: (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat)
W.P Kuala Lumpur
Negeri Sembilan: (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau)
Johor: (Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru)
Sarawak: Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman dan Kapit (Song dan Bukit Mabong)
Sabah: Pedalaman (Tambunan) dan Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud)
Orang ramai yang ingin melakukan aktiviti pada petang ini dinasihatkan supaya berhati-hati dan rancang semula tentatif aktiviti anda bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka berlaku ribut petir.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia