Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Waspada, Ribut Petir Dan Hujan Lebat Dijangka Berlaku Sehingga Jam 5 Petang Ini

Gambar Hiasan Via Google

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri yang dijangka berlaku sehingga jam 5 petang ini.

Ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di negeri Kedah (Langkawi, Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu). Pulau Pinang. Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

Pahang (Bera, Pekan dan Rompin). Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling). WP Kuala Lumpur. Negeri Sembilan (Jempol). Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai dan Johor.

Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada dan menghindari kawasan yang berisiko.

Sumber: MetMalaysia