Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Waspada, Ribut Petir & Hujan Lebat Dijangka Landa 10 Buah Negeri Sehingga Petang Ini

Gambar hiasan via Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat kemaskini jam 2:15 petang, 6 Februari 2022 mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka melanda 9 buah negeri dan beberapa kawasan di Malaysia sehingga 6 petang ini.

Antara kawasan yang dijangka terlibat di kawasan negeri Pahang (Maran, Bera, Pekan dan Rompin), Selangor (Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau), Melaka, Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru), Sarawak (Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Kapit, Bintulu, Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang dan Sabah (Pedalaman: Kuala Penyu dan Beaufort).

Bagi penduduk di beberapa kawasan yang dijangka terlibat dengan ribut petir, anda dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan terus berada di dalam rumah sekiranya tiada urusan di luar bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia