Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Berbaki sebulan sebelum Raintown Film Festival 2026 membuka tirainya, West Coast Expressway (WCE), sebagai salah satu penyokong festival itu, menggalak rakyat Malaysia merancang perjalanan ke Taiping bagi menikmati festival filem berkenaan serta meneroka keunikan bandar warisan tersebut dari 4 hingga 6 September ini.
Memasuki edisi ketiga, festival yang berlangsung di Paragon Cinemas, Taiping Mall itu bakal menghimpunkan karya filem tempatan, penggiat filem, bakat kreatif baharu, pengamal industri serta peminat menerusi tayangan filem, sesi perkongsian ilmu dan pelbagai aktiviti kebudayaan sepanjang tiga hari penganjurannya.
Festival tahun ini menerima sambutan yang amat menggalakkan apabila merekodkan 152 penyertaan bagi Pertandingan Filem Pendek Raintown, meningkat 48 peratus berbanding 103 penyertaan yang diterima pada tahun lalu. Daripada jumlah itu, sebanyak 20 karya terbaik dipilih sebagai finalis untuk bersaing dalam lapan kategori anugerah.
Peningkatan penyertaan itu dijangka turut menarik lebih ramai pengunjung ke Taiping sepanjang penganjuran festival, sekali gus memberi limpahan manfaat kepada sektor pelancongan, perniagaan tempatan dan ekonomi komuniti setempat.
Sebagai salah satu rakan strategik festival, WCE berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan mengambil peluang berkunjung ke Taiping, sekali gus memanfaatkan rangkaian lebuh raya itu sebagai laluan alternatif yang selesa ke bandar warisan berkenaan.
Pengarah Urusan WCE, Lyndon Alfred Felix, berkata sokongan syarikat terhadap Raintown Film Festival mencerminkan komitmen berterusan WCE dalam menyokong pembangunan pelancongan domestik serta memperkukuh ekonomi komuniti di sepanjang koridor lebuh raya.
"WCE berbesar hati untuk terus menyokong Raintown Film Festival yang kini memasuki edisi ketiga. Festival ini bukan sahaja mengangkat industri kreatif tempatan, malah memperkenalkan Taiping kepada lebih ramai rakyat Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan bandar warisan yang unik.
"Dengan berbaki sebulan lagi, kami menggalakkan orang ramai merancang perjalanan lebih awal dan mengambil peluang menikmati festival ini sambil meneroka pelbagai tarikan pelancongan, makanan tempatan dan pengalaman yang menjadikan Taiping sebuah destinasi istimewa," katanya.
Beliau berkata pertumbuhan Raintown Film Festival dari tahun ke tahun menunjukkan potensinya sebagai antara acara yang mampu menarik lebih ramai pengunjung ke Taiping.
"Sebagai antara penyokong festival ini, kami berharap Raintown akan terus berkembang dan menarik lebih ramai pengunjung pada tahun ini. Kami percaya peningkatan kehadiran pelawat bukan sahaja memberi manfaat kepada peniaga tempatan, pengusaha pelancongan dan komuniti setempat, malah turut meningkatkan pergerakan trafik di sepanjang koridor WCE."
Festival tahun ini akan menampilkan empat filem Malaysia, iaitu Circus of Life, Tomorrow, Tomorrow, Tomorrow...and Tomorrow, Goodbye Boys dan Men Who Save the World. Setiap tayangan akan disusuli sesi soal jawab bersama pembikin filem. Festival turut menampilkan Pertandingan Filem Pendek Raintown yang menghimpunkan 20 finalis terbaik serta pengalaman lawatan berpandu ke Bukit Larut.
Program itu turut menampilkan tayangan dokumentari The Island School: The Story of SJK(C) Aik Hua yang mengisahkan usaha sebuah sekolah luar bandar antara yang terkecil di Malaysia dalam mengekalkan kelangsungan pendidikan.
Buat julung kalinya, Raintown Film Festival turut menjalinkan kerjasama dengan School of Media and Creative Communication, IACT College bagi membuka peluang kepada penggiat filem muda mempersembahkan karya mereka serta berinteraksi dengan penggiat industri. Selain menikmati tayangan filem, pengunjung turut digalakkan meneroka pelbagai tarikan di Taiping termasuk Taman Tasik Taiping, Bukit Larut, kawasan warisan, restoran, premis makanan tempatan dan destinasi menarik lain sepanjang berada di bandar itu.

Sokongan WCE terhadap Raintown Film Festival merupakan sebahagian daripada komitmen syarikat dalam menyokong pembangunan komuniti dan pelancongan di sepanjang koridor lebuh raya. Di Taiping, komitmen itu turut diterjemahkan menerusi pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) WE CARE termasuk sokongan kepada Program Anak Angkat Seladang di Zoo Taiping & Night Safari, pembinaan Taman Poket WCE serta penghasilan mural bertemakan WCE bagi menambah baik pengalaman pengunjung.
Sebagai salah satu rakan strategik Raintown Film Festival 2026, WCE mengalu-alukan kehadiran orang ramai ke Taiping dan menggalakkan pengguna merancang perjalanan lebih awal bagi menikmati pengalaman festival serta pelbagai tarikan bandar warisan itu.
Maklumat berkaitan perjalanan dan keadaan trafik di WCE akan dikongsikan dari semasa ke semasa menjelang penganjuran festival. Raintown Film Festival 2026 dianjurkan oleh WuBen Film Magazine dan Studio 1914 dengan sokongan West Coast Expressway, Kerajaan Negeri Perak, Port Ipoh, wakil rakyat, organisasi industri serta rakan komuniti.
Tiket Raintown Film Festival 2026 kini boleh ditebus secara percuma melalui CloudJoi di bawah senarai “3rd Raintown Film Festival” atau menerusi pautan berikut: https://www.cloudjoi.com/collections/raintown-film-festival-2026.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan