Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

WEY G9: MPV Mewah 7 Tempat Duduk
Baru-baru ini, SK dapat peluang memandu sebuah MPV saiz penuh dari jenama GWM WEY G9 PHEV.
SK bawa satu keluarga pergi jalan-jalan ke Melaka dengan MPV 7 tempat duduk mewah itu.
jadi, hari ini SK nak berkongsi pengalaman jalan-jalan ke Melaka dengan Wey G9 ni, perlu isi minyak atau cas bateri ke tak.
Dari segi keselesaan, SK sekeluarga cukup selesa duduk dalam Wey G9 dari Negeri Sembilan ke Melaka.
Tempat duduk dalam Wey G9 ini dibalut dengan Premium Nappa Leather dan row ketiga menggunakan material kulit standard.



Dengan kusyen yang tebal, sampai row ketiga dapat rasa nikmat selesanya.
Dua tempat duduk depan lengkap dengan seat electric, ada suiz boss, ada fungsi kerusi urut untk bahagian pemandu.
Tak lupa juga, kedua-dua tempat duduk hadapan disertakan fungsi ventilated seat untuk sejukkan tempat duduk.
Tempat duduk row kedua pula datang dengan captain seat yang lengkap dengan fungsi urut, sistem ventilation dan fungsi Zero Gravity ketika kereta sedang parkir.
Kesimpulannya, tiada istilah tidak selesa sepanjang perjalanan kami walaupun tak berapa jauh dari rumah.
Dalam Wey G9 ni susah nak rasa bosan sebab MPV ini lengkap dengan 14.6 inci infotainment display.
Seperti biasa, skrin sebesar ini tak lengkap kalau tiada sambungan Apple carplay dan Android Auto.
Sambungan ini memudahkan untuk mainkan lagu dari Youtube Music, tengok map dan banyak lagi.
SK rasa kalau nak jalan jauh, fungsi peti sejuk/panas yang ada dalam Wey G9 ini sangat-sangat berguna.
Kita boleh setkan suhu dari 0ºc hingga 50ºc dan akapsiti yang diberikan sebesar 12.5L.


Row kedua boleh akses peti sejuk ini dari bahagian belakang manakala bahagian depan bolek akses dari armrest di konsol tengah.
Untuk MPV yang gedabak macam Wey G9 ni, masa nak parking adalah waktu paling genting kalau tak biasa bawa MPV.
Tapi jangan risau, Wey G9 ni lengkap dengan bantuan parkir automatik untuk memudahkan kami masuk parkir secara mengundur atau side parking.
Jadi tak payah risau kalau tak biasa nak parkir Wey G9 sebab ia boleh buatkan untuk anda.
Sepanjang 3 hari 2 malam SK di sana, SK tak masuk mana-mana stesen minyak atau stesen pengecas pun.
SK gerak dari Negeri Sembilan dengan baki driving range 160km bateri dengan 884km petrol.

Sepanjang perjalanan ke Klebang, kemudian ke Ayer Keroh sebelum kembali ke Klebang, baki tinggal 16km bateri dan 650km petrol.

Kami sekeluarga sewa homestay di Klebang dan hari kedua kami sekali lagi ke Ayer Keroh untuk ke Malaysia Heritage Studio.
Selepas solat Jumaat, kami pulang semula ke Klebang dan sebelah petang beriadah di Pantai Klebang.
Sebelah malam pula kami pergi menaiki Melaka River Cruise di Jeti Taman Rempah.
Selesai semua aktiviti, baki yang tinggal adalah 17km bateri dan 459km petrol.

Hari terakhir selepas check out dari homestay, kami bergerak ke rumah terbalik di Bandar Hilir.
Selepas itu, rancangannya nak ke Taman Rama-Rama sebab masuk percuma tapi terlalu ramai orang beratur panjang.
Kami kemudian singgah makan dan tukar rancangan untuk ke Port Dickson mengikut jalan dalam.
Selesai beriadah di Port Dickson, kami bergerak pulang ke rumah dan sampai sahaja di rumah baki yang tinggal 19km bateri dan 152km petrol.

Kenapa bateri tak habis-habis? Setiap kereta yang ada motor elektrik akan ada fungsi regenarative braking.
Dari situlah bateri kembali dicas tapi tidaklah terlalu signifikan melainkan turun bukit yang panjang seperti di Genting atau Cameron.
Kesimpulannya dari rumah di Negeri Sembilan bergerak ke Melaka untuk 3 hari 2 malam dan kembali semula ke rumah, kami tak singgah stesen minyak dan stesen pengecas pun.
Apa yang kami boleh katakan Wey G9 sebuah MPV yang sedap dipandu untuk perjalanan jauh dengan keluarga.
Fungsi-fungsi yang ada dalam MPV ini sangat membantu untuk memberi keselesaan yang optimum dalam perjalanan panjang.
Pada kami, fungsi peti sejuk paling berguna sepanjang perjalanan kami ke Melaka.
Maklumat lanjut layari laman web GWM WEY G9