Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
kacang hantu jpn imigresen
Kredit: BERNAMA

Wujud ‘Kacang Hantu’ Di JPN, Imigresen, Kata Ahmad Zahid

Nurhanis

Wujud ‘Kacang Hantu’ Di JPN, Imigresen, Kata Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 4 Julai (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang pernah menerajui Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini tidak menafikan wujudnya “kacang hantu” dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen (JIM) yang mencemarkan nama baik jabatan berkenaan.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) di sini hari ini, Ahmad Zahid berkata “kacang hantu” itu perlu dibanteras kerana tindakan kumpulan berkenaan menyebabkan jabatan itu menerima tuduhan yang tidak benar.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata adalah tidak wajar dan adil untuk melakukan tuduhan secara rambang terhadap kedua-dua jabatan tersebut tanpa siasatan terperinci.

“Saya pernah berada di kementerian itu dan dua jabatan ini banyak mendapat tuduhan rambang, jadi untuk mengelakkan perkara tersebut Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mengambil langkah supaya siasatan dijalankan,” katanya.

“Cukup adil jika siasatan dapat dilakukan untuk melakukan pencerahan. Jika ia benar mesti diperbaiki, jika ia tidak benar mesti dilakukan pencerahan,” katanya lagi.

Namun, kata Ahmad Zahid yang penting sekarang adalah keberkesanan langkah-langkah yang diambil bagi mengelakkan kewujudan “kacang hantu” itu daripada menjadi berleluasa.

Anwar semalam dilaporkan berkata JIM dan JPN sedang disiasat pihak berkuasa berhubung amalan rasuah dan salah guna kuasa.

Sumber: BERNAMA

BACA: Tuduhan Fitnah: Shuib Berlapang Dada Maafkan Pelaku