Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Yang Di-Pertuan Agong Berkenan Hadir Majlis Sambutan 120 Tahun Jabatan Audit Negara

AGONG
Kredit: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Majlis Sambutan 120 Tahun Jabatan Audit Negara (JAN) di Putrajaya, hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi.

Turut hadir Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul; Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Johan Mahmood Merican.

Hadir sama, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman serta Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abd Shukor Mahmood.

Pada majlis berkenaan, Seri Paduka Baginda turut berkenan menandatangani plak sempena sambutan 120 tahun JAN.

Sambutan 120 Tahun JAN bertemakan “Menjunjung Amanah: Audit Berkualiti, Meningkatkan Akauntabiliti”, yang mencerminkan komitmen berterusan institusi berkenaan dalam memperkukuh kewibawaan serta memastikan fungsi pengauditan kekal relevan.

Sebagai institusi audit tertinggi negara, JAN terus melaksanakan amanah bagi memastikan pengurusan kewangan awam dilaksanakan secara telus, berintegriti dan berakauntabiliti, selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik.

Intipati
  • Sultan Ibrahim berangkat ke Majlis Sambutan 120 Tahun Jabatan Audit Negara di Putrajaya.
  • Keberangkatan Seri Paduka Baginda disambut Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya.
  • Baginda turut berkenan menandatangani plak sempena sambutan 120 tahun Jabatan Audit Negara.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan