Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

YDP Agong Akan Tentukan Calon Baharu Terajui SPRM

Sofea
YDP Agong
Kredit Gambar: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

YDP Agong Akan Tentukan Calon Baharu Terajui SPRM

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, bertitah bahawa Baginda akan memilih Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu bagi menerajui suruhanjaya berkenaan.

Dalam satu kenyataan yang dikongsikan di Facebook, Baginda menegaskan tiada keperluan untuk mana-mana pihak mempolitikkan perkara berkenaan

Royal Press Office (RPO) memaklumkan bahawa Sultan Ibrahim bertitah jawatan berkenaan amat penting dalam memastikan SPRM terus berperanan secara berkesan sebagai institusi utama negara dalam membanteras rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

“Saya akan menentukan siapa calon terbaik untuk menerajui SPRM selepas ini,” titah Baginda kepada RPO pada Khamis.