Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Youtuber Terkenal Thailand Dipercayai Cabut Lari, Didakwa ‘Scam’ Pelabur Forex RM 247 Juta

youtuber scam forex
Gambar: ST Singapore

Youtuber Terkenal Thailand Dipercayai Cabut Lari, Didakwa ‘Scam’ Pelabur Forex RM 247 Juta

Seorang youtuber terkenal Thailand yang sebelum ini mendakwa dirinya pedagang forex berjaya dipercayai melarikan diri ke luar negara selepas didakwa menipu ribuan pelabur dengan kerugian mencecah RM 247 juta.

Menurut laporan The Straits Times, wanita berkenaan didakwa terlibat dalam penipuan membabitkan 6,000 pelabur, dimana salah seorang pelabur telah kerugian hampir RM 2.2 juta.

Peguam yang mewakili beberapa mangsa, Phaisal Ruangrit berkata, youtuber itu menggunakan popularitinya dimana mempunyai pengikut lebih 800,000 di saluran Youtubenya untuk memperdaya kesemua mangsa untuk melabur dalam pelaburan yang memberikan pulangan tinggi dalam tempoh masa yang singkat.

Wanita itu mendakwa, mereka yang melabur dengannya bakal memperolehi keuntungan sehingga 25 peratus untuk kontrak 3 bulan. Seterusnya pulangan 30 peratus untuk kontrak enam bulan dan 35 peratus untuk kontrak 12 bulan. Dia juga berjanji keuntungan akan diagihkan setiap bulan.

Untuk melabur dalam pelaburan tersebut, dia kemudiannya mengajak mereka yang berminat untuk mendeposit wang pelaburan melalui akaun bank miliknya.

Bagaimanapun, April lepas, sebahagian mangsa mula meragui status pelaburan tersebut apabila tidak mendapat sebarang pulangan seperti yang dijanjikan.

Wanita berkenaan menerusi satu hantaran di Instagram pada 25 Mei memohon maaf kepada semua pelanggangnya dan mendakwa dia telah melakukan kesilapan dalam satu dagangan. Akibatnya, dia kehilangan semua duit yang dilaburkan sebelum ini, tetapi berjanji akan memulangkan semula wang-wang mereka yang melabur melaluinya.

Pada 24 Jun, dia sekali lagi memaklumkan dirinya telah disaman oleh dua individu dan tidak dapat menjelaskan bayaran balik kepada mangsa-mangsanya sekiranya dia dipenjara.

Bagaimanapun, pada 28 Ogos, sebuah portal facebook tempatan mendakwa wanita berkenaan sudahpun melarikan diri ke luar negara. Portal yang sama juga mendakwa salah seorang mangsanya menawarkan ganjaran wang tunai sehingaa RM 123 ribu kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan wanita itu.

Sumber: The Straits Times