Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

YTL Communications sekali lagi mencatat sejarah sebagai syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia yang melancarkan 5G Advanced secara komersial melalui jenama perkhidmatannya, Yes. Pelaksanaan ini sudah dimulakan di Lembah Klang, dan dijangka siap di seluruh negara menjelang Disember 2025.
Ia bertujuan untuk menyediakan liputan 5G yang lebih luas dan mendalam, prestasi rangkaian lebih pantas, serta sambungan yang sedia AI demi manfaat pengguna dan perniagaan.

Pelancaran ini diadakan di acara Yes Presents: The Future First Tech-Talk, di mana Yes memperlihatkan keupayaan 5G Advanced seperti kelajuan muat turun dan muat naik terunggul dalam kelasnya, kependaman ultra-rendah, dan buat julung kalinya di Malaysia, Advanced Network Slicing dengan keutamaan trafik berdasarkan Kualiti Perkhidmatan (QoS). Ia merupakan satu ‘haluan VIP’ yang menjamin sambungan konsisten di seluruh rangkaian 5G Yes.
“Ini bukan sekadar peningkatan rangkaian; ia merupakan satu lonjakan besar. Dengan 5G Advanced, rakyat Malaysia dapat menikmati liputan 5G yang lebih menyeluruh dan rangkaian tanpa wayar berprestasi tinggi yang tiada tandingan.
Ia menjadi asas kepada masyarakat yang terbuka, inklusif, dan bersedia untuk era AI yang sewajarnya dapat dinikmati semua,” kata Wing K Lee, Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications.


“DNB mengucapkan tahniah kepada YTL Communications atas pencapaian bermakna ini,” ujar Datuk Azman Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Digital Nasional Berhad (DNB).
“Dengan Yes 5G Advanced Network Slicing kini diaktifkan di seluruh negara, dan pelaksanaan naik taraf 5G Advanced sedang giat dijalankan di Lembah Klang, kami berbesar hati untuk terus bekerjasama rapat dengan YTL Communications bagi mempercepatkan pelaksanaan keupayaan canggih berasaskan AI ini menjelang hujung tahun.”
David Hägerbro, Presiden & K1etua Pegawai Eksekutif Ericsson Malaysia, Sri Lanka, & Bangladesh, menambah, “Pengenalan 5G Advanced oleh YTL Communications membuka lembaran baharu dalam transformasi digital Malaysia.
Evolusi 5G ini bakal menawarkan pengalaman mudah alih bertaraf dunia, dengan penstriman lebih lancar serta permainan online yang lebih responsif. YTL Communications kini menjadi pengendali kesembilan di dunia yang memperkenalkan 5G Advanced, dijayakan melalui keupayaan hebat rangkaian 5G DNB.
Didorong oleh teknologi Ericsson, rangkaian ini terus dipertingkat melalui kemas kini perisian, bagi memastikan ia kekal sebagai rangkaian 5G paling pintar dan berprestasi tinggi di dunia.”
5G Advanced di Seluruh Negara: Tawaran Utama
Liputan Terluas di Malaysia
Dengan memanfaatkan integrasi jalur spektrum canggih (700MHz dan 3500MHz), Yes 5G Advanced memberikan penembusan dalaman yang lebih kukuh dan liputan luar yang lebih luas, memastikan pengguna terus dihubungkan kepada rangkaian 5G secara konsisten untuk data dan suara melalui Panggilan Suara melalui Rangkaian Baharu (VoNR), sambil menikmati prestasi 5G terbaik.
Dengan kelajuan muat turun dan muat naik tinggi, kependaman ultra-rendah, serta pengurusan trafik pintar, Yes 5G Advanced menjamin prestasi optimum untuk aktiviti seperti penstriman, permainan online, dan aplikasi industri kritikal.
Dibina untuk Masa Depan AI
Melalui keupayaan pengoptimuman kendiri dan Advanced Network Slicing, Yes 5G Advanced mampu menyesuaikan rangkaian dalam masa nyata, bagi mewujudkan haluan VIP dengan keutamaan trafik berdasarkan Kualiti Perkhidmatan (QoS) yang berfungsi di seluruh rangkaian nasional Yes 5G – membolehkan pengalaman digital dan AI generasi baharu direalisasikan sepenuhnya.

Memajukan Kemungkinan Tanpa Batasan
Seiring dengan slogan jenama, Uncap Yourself, Yes terus memperluas akses kepada teknologi terkini, dengan memastikan sambungan berkelajuan tinggi kekal mampu milik dan boleh diakses oleh semua rakyat Malaysia.
Bermula hari ini, semua pelanggan Yes bagi pelan pascabayar dan jalur lebar tanpa wayar akan menerima naik taraf automatik ke 5G Advanced, tanpa sebarang caj tambahan dan tanpa memerlukan pendaftaran baharu.

Bagi meraikan detik penting ini, serta memberi peluang kepada pengguna menikmati kelebihan rangkaian 5G Advanced, Yes turut memperkenalkan promosi khas untuk masa terhad seperti berikut:
Yes 5G Advanced Broadband bundle, menawarkan data dan kelajuan tanpa batasan, dikuasakan oleh peranti Yes Infinite Gateway MAX, dengan harga hanya RM68 sebulan.
Yes Infinite+Advanced phone bundle memberikan penjimatan sehingga RM3,999 untuk peranti terkini seperti Samsung Galaxy S25 dan Nothing Phone (3), serta pilihan peranti 5G Advanced-ready lain daripada jenama utama seperti Honor, Vivo, Xiaomi dan ZTE. Pelanggan turut dapat menikmati kelebihan lain bergantung pada model yang dipilih seperti aksesori percuma, jaminan lanjutan, dan rebat bil. Semua pakej disertakan dengan akses percuma ke rangkaian Yes 5G Advanced. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.yes.my/yes-5g-advanced-uncapped