BeritaBisnes

Gaya hidup
Terlalu Ramai Yang Beli, Pengeluaran Tiga Kilang Roti Utama Di Malaysia Hampir Ditahap Maksimum
KETIKA tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dikuatkuasakan, salah satu benda yang paling penting kita perlu ada adalah makanan. Paling tidak pun makanan asas seperti beras, tepung, gula dan roti. Menyentuh berkenaan roti, baru-baru ini pernah menjadi isu di mana banyak bekalannya terputus di kedai-kedai, mungkin disebabkan permintaan tinggi sehingga ramai yang tidak dapat perolehinya. […]
Berita
Pasar Pagi, Pasar Tani Dicadang Buka Semula
PUTRAJAYA, 27 Mac — Kementerian Pertanian dan Industri Makanan akan mencadangkan supaya pasar pagi dan pasar tani dibuka semula, dengan syarat bersesuaian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menterinya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, cadangan itu bertujuan mengatasi masalah lambakan hasil pertanian yang dihadapi oleh pengeluar industri makanan, selepas kedua-dua pasar berkenaan tidak dibenarkan beroperasi […]
Berita
Harga Runcit Petrol RON97 Dan RON95 Turun 6 Sen, Diesel Turun 7 Sen Seliter
Kementerian Kewangan Malaysia menerusi siaran media yang dikeluarkan hari ini mengumumkan harga runcit produk petroleum bagi tempoh 28 Mac 2020 sehingga 3 April 2020. Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 6 sen seliter iaitu daripada RM1.74 seliter kepada RM1.68 seliter. Manakala, […]
Berita
RM1 Bilion Dana Jaminan Makanan Negara – PM
PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, memastikan bekalan makanan negara sepanjang tempoh kritikal ini adalah perkara penting. “Dalam tempoh kritikal ini, adalah penting untuk memastikan bekalan makanan kekal terjamin dan mencukupi. “Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion kepada Dana Jaminan Makanan,” katanya dalam perutusan Pakej Rangsangan Ekonomi hari ini. Dalam pada itu, Muhyiddin menambah, […]
Berita
Kerajaan, Bank Negara Sediakan Dana Tambahan RM 4.5 Bilion Untuk Perusahaan Kecil & Sederhana
Putrajaya, 27 Mac – Kerajaan dan Bank Negara Malaysia akan menyediakan dana RM4.5 bilion tambahan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di seluruh Malaysia. 1. Menambah dana RM3 bilion dana untuk tabung bantuan khas PKS, menjadikan jumlah keseluruhan RM5 bilion. Selain itu, kadar faedah bagi keseluruhan dana ini akan dikurangkan kepada 3.5 peratus dari 3.7 […]
Kesihatan
COVID-19 Makin Terkawal Di China, Rakyatnya Dilapor Sedia Melancong Semula Bermula April
Setelah penularan pandemik COVID-19 semakin pulih di China, rakyat negara itu dilaporkan mula bersedia untuk melancong. Menurut laman The Bangkok Post, syarikat pelancongan di China mula menghubungi rakan niaga di Thailand menyatakan dua wilayah negara itu, Zhejiang dan Jiangsu sudah menamatkan sekatan perjalanan. Walaubagaimanapun, rakyat tempatan dilaporkan ingin membuat perjalanan domestik terlebih dahulu sebelum ke […]
Berita
Cara Nak Mohon Simkad YES Data Percuma 40GB Untuk Anak-anak Belajar Dirumah, Ditaja Oleh Yayasan YTL
Putrajaya, 26 Mac- Yayasan YTL telah menawarkan data internet percuma sebanyak 40GB bagi para pelajar untuk belajar dari rumah. “Berdasarkan tinjauan terhadap ibu bapa di Malaysia yang mempunyai anak-anak di sekolah, YTL mendapati ada keluarga yang mempunyai sumber pembelajaran terhad serta tidak semua orang mampu membayar internet untuk pembelajaran. “Dengan kolaborasi bersama YES dan FrogAsia, […]
Gaya hidup
Semua Bank Tempatan Tawar Moratorium Sehingga Enam Bulan – PM
SEMUA bank tempatan akan menawarkan moratorium atau penangguhan bayaran balik sehingga enam bulan kepada peminjam individu dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemegang kad kredit yang menghadapi masalah kewangan juga boleh memilih untuk menukar baki kad kredit kepada peminjam berjangka. “Fleksibiliti penangguhan pembayaran balik kad kredit ini boleh […]
Selera
(Video) Menyentuh Hati, Ini Cara Warga Dunia Hargai Pengorbanan ‘Frontliner’ Perangi COVID-19
Kemanusiaan masih subur dalam jiwa kebanyakan ahli masyarakat. Dalam kekacauan menghadapi penularan COVID-19 yang semakin serius, warga dunia dengan kreativiti sendiri telah menzahirkan penghargaan kepada ‘frontliner’ atau petugas barisan hadapan yang setia berkhidmat membendung wabak ini. Jom kita saksikan bagaimana warga dunia berterima kasih kepada petugas barisan hadapan yang telah banyak berkorban demi kesihatan orang […]
Kesihatan
Kerajaan Wajibkan Stesen Minyak Sediakan ‘Sanitizer’ Di Setiap Premis
Putrajaya, 23 Mac – Merujuk kepada dakwaan tular stesen minyak menjadi salah satu tempat penularan wabak COVID-19, Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengakui rasional dakwaan tersebut. Justeru, beliau mengumumkan kerajaan akan mewajibkan stesen minyak menyediakan pembasmi kuman di premis mereka. “Kita akan mewajibkan setiap stesen minyak menyediakan sanitizer di stesen minyak masing-masing. “Bermakna […]
Gaya hidup
Harga Naik, Sebotol Penyembur Disinfektan Dijual Cecah RM100 Di Atas Talian
Dalam situasi gawat, kadangkala ada segelintir pihak oportunis yang suka mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain dengan menangguk di air keruh. Gara-gara penularan gelombang kedua COVID-19 di Malaysia yang berlaku secara pantas, orang ramai mula membeli produk sanitasi seperti penyembur disinfektan, cecair pembasmi kuman dan topeng muka. Susulan Perintah Kawalan Pergerakan, pembelian di platform e-dagang […]
Kesihatan
COVID-19: Zakat Pulau Pinang Beri Bantuan Khas RM500 Kepada Peniaga, Penjaja Kecil
BUKIT MERTAJAM, 19 Mac — Zakat Pulau Pinang (ZPP) hari ini mengumumkan pemberian bantuan khas RM500 kepada peniaga dan penjaja kecil dalam kalangan asnaf dan fakir miskin, di negeri ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, langkah itu diambil memandangkan golongan […]
Berita
Yayasan Jack Ma Dan Yayasan Alibaba Mengumumkan Sumbangan Kepada Empat Buah Negara Asia Tenggara
HANGZHOU, China, 20 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) — Yayasan Jack Ma dan Yayasan Alibaba hari ini mengumumkan sumbangan berupa bekalan perubatan kepada empat buah negara Asia Tenggara. Kedua-dua yayasan itu telah dapat berhubungan dengan kerajaan Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina dan mencadangkan sumbangan bekalan perubatan. Matlamat yayasan-yayasan itu adalah untuk membantu dalam memerangi virus COVID-19 di negara-negara […]
Kesihatan
Waktu Operasi Cawangan Maybank Dipendekkan Bermula Esok
Malayan Banking Berhad (Maybank) mengumumkan perubahan waktu perkhidmatan di cawangan mereka di seluruh negara berikutan krisis COVID-19. “Waktu operasi cawangan kami akan berubah kepada 9.30 pagi hingga 3 petang bermula 2o Mac hingga 31 Mac 2020 untuk mengurangkan risiko kesihatan kepada pelanggan dan pekerja kami. “Kami menggalakkan penggunaan Maybank2u untuk urusan perbankan anda. Sebarang kesulitan […]
Gaya hidup
5 Sebab Kenapa Pembelian Panik Hanya Merugikan Anda
Panik tidak membantu menyelesaikan masalah. Dalam situasi genting ini, kita perlu tenang dan mematuhi perintah kerajaan dan pihak berkuasa dalam membendung penularan wabak COVID-19. Pembelian panik hanya membahayakan diri sendiri apabila orang ramai berduyun-duyun memenuhi pasar raya. Boleh jadi dalam keramaian itu, ada antara pelanggan lain yang merupakan pesakit COVID-19 tanpa kita sedari. Malah, pesakit […]
Bisnes
Pakatan Harapan Cadang Kerajaan Hadkan Pembelian Barang Keperluan Asas
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) — Pakatan Harapan (PH) mencadangkan agar kerajaan menimbang langkah mengehadkan pembelian barang keperluan asas di pasar raya bagi menjamin kuantiti adalah mencukupi untuk semua yang memerlukan. Menurut kenyataan Majlis Setiausaha PH hari ini, langkah itu boleh dikuatkuasakan dengan pasar raya mengenakan had pembelian seperti kempen jualan murah bagi sesuatu produk. […]
Gaya hidup
Larangan Pergerakan: Peniaga, Penjaja Makanan Tambah Nilai Perkhidmatan
KUALA LUMPUR, 18 Mac – Tidak boleh berniaga seperti biasa. Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa hari ini, bagaimanapun secara tidak langsung telah mencetuskan idea kepada kalangan peniaga, terutamanya peniaga makanan, untuk menambah nilai perkhidmatan mereka. Langkah itu yang julung kali diambil oleh kerajaan untuk menangani penularan COVID-19 telah sedikit sebanyak menjejaskan rutin harian mereka, tetapi […]
Berita
‘Hikmah Covid-19’, Tiga Hari Berkurung Dalam Bilik Demi Nak Kaya Dan Berjaya
“Setiap hari adalah peluang untuk buat lebih baik dan jadi insan yang bermanfaat kepada lebih ramai orang”. Ini adalah antara nilai yang dipegang oleh Team RichWorks bersama Pengasasnya – Dr Azizan Osman. Setelah melihat keadaan penularan wabak COVID-19 semakin serius di seluruh dunia dan juga di Malaysia, kami menyahut gesaan kerajaan untuk membatalkan sebarang perhimpunan […]
Berita
(Video)Dua Jam Satu Malam ‘Kaut’ RM16,000, Lelaki Kongsi Teknik Agresif Tambah ‘Income’
Bagi mencapai sesuatu kejayaan, pelbagai usaha dan langkah bijak perlu dilakukan bagi memastikan ‘berita gembira’ memihak kepada diri sendiri. Melihat kepada dunia pada hari ini, pelbagai kejayaan sudah diraih tidak kiralah dari sudut individu mahupun berkumpulan. Pun begitu, jangan dilupa bahawa setiap kejayaan yang diperolehi pastinya turut didatangkan dengan pelbagai masalah dan kerugian. Pelbagai cara […]
Gaya hidup
COVID-19: GSC Cinemas Umum Tutup Operasi Semua Pawagam Hingga 31 Mac
Susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi, syarikat hiburan, GSC Cinemas mengumumkan penutupan semua premis mereka bermula 18 Mac ini. “Berikutan pengumuman Perdana Menteri pada 10 malam 16 Mac 2020, kami akan menutup semua pawagam kami buat sementara waktu dan membatalkan semua acara dan tayangan dari 18 Mac […]