Berita›Bisnes

Daihatsu Perkenal Ayla EV, ‘Kembar’ Perodua Axia Versi Kereta Elektrik Di Indonesia
Daihatsu Perkenal Ayla EV, ‘Kembar’ Perodua Axia Versi Kereta Elektrik Di Indonesia Bersempena dengan acara pameran Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2022, Daihatsu mengambil peluang tersebut dengan memperlihatkan sebuah kereta konsep kompak berkuasa elektrik, Daihatsu Ayla EV. Untuk makluman, di Indonesia, Daihatsu Ayla merupakan salah sebuah kereta yang dikategorikan sebagai Low Cost Green Car […]

iPhone & AirPods Dijangka Bakal Guna Kabel USB-C Menjelang 2023
iPhone & AirPods Dijangka Bakal Guna Kabel USB-C Menjelang 2023 Seorang pakar teknologi telah menjangkakan bahawa iPhone dan AirPods bakal menggunakan USB-C kembali pada tahun 2023 untuk menyeragamkan penggunaan port yang sama untuk kesemua produknya. Penganalisis Apple, Ming-Chi Kuo menganggap, kesemua model AirPod yang dikeluarkan pada 2023 akan dilancarkan dengan pengecas USB-C dan bukannya kabel […]

Alibaba & Dua ‘Taikun’ Dapat Kelulusan Bina Bangunan Tertinggi Di Singapura
Syarikat gergasi e-dagang dari China, Alibaba mengadakan satu kolaborasi bersama Perennial Holdings, yang memiliki dua jutawan Singapura iaitu, Kuok Khoon Hong dan Ron Sim sebagai pemegang saham utamanya. Mereka telah berjaya mendapatkan kelulusan daripada kerajaan untuk membina bangunan pencakar langit tertinggi di bandar itu yang juga merupakan pasaran pejabat terhangat di rantau Asia-Pasifik Dalam satu […]

Cecah RM 13,000 Sekilogram, Kenapa Gamat Jadi Juadah Istimewa Digemari Orang Kaya?
Gamat mungkin kelihatan seperti makhluk yang biasa-biasa sahaja, tetapi sebenarnya ia sangat berharga dan boleh dijual dengan harga mencecah RM 13,365 sekilogram. Disebabkan harga jualan yang begitu lumayan, maka tak hairanlah hidupan laut ini diburu dan ramai yang sanggup mempertaruhkan nyawa bagi mendapatkannya. Gamat haiwan yang agak pelik. Ia tidak mempunyai sebarang anggota badan serta […]

Terkesan Akibat Inflasi, KFC Di China Dilapor Bakal Masukkan Kaki Ayam Dalam Menu
Terkesan Akibat Inflasi, KFC Di China Dilapor Bakal Masukkan Kaki Ayam Dalam Menu CHINA – KFC di China melaporkan akan menghidangkan kaki ayam di dalam menu mereka kepada para pelanggannya disebabkan negara mereka sedang mengalami masalah inflasi, lapor Mothership.sg. Pelanggan KFC di China tidak lama lagi mungkin akan makan kaki ayam sebagai sebahagian daripada hidangan […]

Lelaki Cipta Papan Lapis Daripada Sekam Padi, Kalis Anai-anai
Seorang lelaki dari Chennai, India membuat inovasi baharu dengan mencipta papan lapis daripada sekam padi yang kalis daripada anai-anai. India merupakan negara kedua dalam pengeluaran papan lapis di dunia. Menurut data industri tersebut, pasaran domestiknya telah mencapai nilai RM13.80 bilion pada 2021 dan dijangka akan mencecah RM19.48 bilion pada 2027. Kedudukan negara tersebut dalam penghasilan […]

Laman Web Maybank2U Dilapor Tergendala Seketika, Masalah Sedang Diatasi Ketika Ini
Laman Web Maybank2U Dilapor Tergendala, Masalah Sedang Diatasi Ketika Ini Maybank melalui satu tweet sebentar tadi memaklumkan bahawa laman web Maybank2U tergendala dan tidak boleh diakses buat sementara waktu. Tweet berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan masalah yang dihadapi, namun kerja-kerja untuk memulihkan kembali perkhidmatan tersebut sedang dijalankan. Para pelanggan yang mempunyai urusan boleh berbuat demikian melalui […]

200 Kali Ganda Lebih Kuat Dari Logam, Malaysia Bakal Jadi Negara Pertama Hasilkan Graphene, Dibuat Dari Sisa Sawit
200 Kali Ganda Lebih Kuat Dari Logam, Malaysia Bakal Jadi Negara Pertama Hasilkan Graphene, Dibuat Dari Sisa Sawit Anda mungkin pernah mendengar nama vibranium, iaitu satu bahan yang dikatakan lebih kuat dari logam. Bagaimanapun, bahan ini hanya wujud dalam negara fantasi Wakanda, dalam dunia Marvel sahaja. Namun begitu, Malaysia bakal menjadi negara pertama di dunia […]

Patutlah Ramai Buat ‘Affiliate’, Sambil Tidur Pun Duit Masuk Cecah RM3k & Ini Kiraan Kasar Boleh Dapat Sebulan
Jika diperhatikan, semakin ramai mula mempromosi pautan-pautan affiliate, tak kira individu perseorangan ataupun ‘page’ besar di media sosial. Hal ini kerana ia merupakan salah satu cara menghasilkan pendapatan secara pasif, sambil tidur pun duit ‘masuk’. Syaratnya, mereka perlu sekurang-kurangnya 1,000 pengikut di media sosial (bergantung kepada platform affiliate). Sebagai salah satu entiti yang turut membuat […]

Bersedia Hadapi Hari Anda Dengan Setiap Hirupan Nescafe Iced Gaya Barista
PETALING JAYA, 4 Ogos 2022 – Dengan persekitaran yang bergerak pantas, kita sudah terbiasa dengan menggalas pelbagai tanggungjawab. Kami faham dengan waktu kerja yang panjang, mesyuarat demi mesyuarat, dan juga idea yang tidak kunjung tiba. Buat penggemar kopi, adakah anda ingin meluangkan masa dengan pergi ke kafe untuk menikmati secawan kopi yang dibru oleh barista, […]

Maggi Perkenalkan Mi Bijian Penuh Tanpa Goreng Nutri-licious Yang Lebih Sihat
MAGGI baru-baru ini telah memperkenalkan rangkaian mi segera yang baharu, MAGGI Nutri-licious, khusus untuk pengguna yang mencari pilihan yang lebih sihat untuk dinikmati. MAGGI Nutri-licious menjadi mi segera pertama di Malaysia yang diiktiraf dengan logo Pilihan Lebih Sihat. Ini merupakan satu inisiatif pelabelan bahagian hadapan pembungkusan oleh Kementerian Kesihatan bagi pilihan makanan yang lebih sihat. […]

airasia Super App Tawar Pekerjaan Sepenuh Masa Untuk Penunggang Gig – Pertama Di Rantau Asia
KUALA LUMPUR, 4 OGOS 2022 – Platform pelancongan & gaya hidup paling pesat berkembang di rantau ini, airasia Super App, telah menjadi yang pertama di Asia untuk menawarkan pekerjaan sepenuh masa untuk para rakan penghantar gig, sebagai sebahagian daripada komitmennya dalam memberikan mereka persekitaran kerja yang lebih baik dan kestabilan pekerjaan, di samping meningkatkan peluang […]

Sekatan Eksport Ayam Hanya Langkah Sementara – Ronald
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) — Sekatan pengeksportan ayam pedaging hidup yang masih berkuat kuasa adalah bersifat sementara, iaitu sehingga harga dan pengeluaran ayam kembali stabil sepenuhnya, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee. Beliau berkata kerajaan juga sedar peningkatan kos pengeluaran ayam berikutan kenaikan kos makanan ternakan dan pemberhentian eksport memberi […]

“Dah Macam Duduk Kat KL,” Gaji RM5k Boleh ‘Lesap’ Awal Bulan, Ini ‘Hakikat’ Kena Hadam Bila Duduk Penang
Sedar atau pun tidak, kehidupan di kota raya Kuala Lumpur memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah dengan kos sara hidup yang amat tinggi. Begitu juga dengan kehidupan di Pulau Pinang atau Penang yang juga mempunyai kos sara hidup yang tinggi yang juga merupakan pusat dan juga tumpuan pelancong. “Dah macam duduk kat KL, gaji RM5k […]

Dah 4 Tahun Tak Muncul, MAHA 2022 Kembali Bagai Syurga Makanan, Menyesal Kalau Tak Pergi
Selepas ditangguhkan selama 4 tahun atas beberapa faktor termasuklah pandemik yang melanda dunia sebelum ini, Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) bakal kembali tahun ini. Kali terakhir diadakan pada 2018, MAHA 2022 menjanjikan penganjuran yang lebih meriah berbanding sebelumnya dengan lebih 1,500 booth pameran dan jualan menanti para pengunjung. Bertemakan Sekuriti Makanan Untuk Masa […]

Bukan Lagi Pepsi, KFC & Pizza Hut Di Malaysia Kini Beralih Ke Coca-Cola
Minuman coke terkenal, Coca-Cola kini secara rasminya akan menjadi minuman pilihan yang dihidangkan di beberapa restoran KFC dan Pizza Hut terpilih bermula Ogos ini, merujuk laporan The Edge Market. Dalam laporan itu, syarikat Coca-Cola Malaysia kini menjadi pembekal hidangan minuman Coca-Cola buat restoran tersebut berikutan kerjasama multi-year partnership bersama pemilik serta operator kedua-dua francais berkenaan, […]

Harga Maksimum Minyak Masak Botol 5KG Dijual RM34.70 Bulan Ini – Annuar Musa
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) — Minyak masak sawit dalam botol lima kilogram (5kg) akan dijual pada harga RM34.70 bulan ini bermula dari 8 Ogos, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa. Annuar berkata harga itu ditetapkan susulan pelaksanaan harga maksimum minyak berkenaan secara bulanan berdasarkan harga bagi satu tan metrik minyak sawit mentah […]

Kadar Inflasi Turki Cecah 70% Kerana OPR Terlalu Rendah, Kenapa OPR Turun Ibarat ‘Ubat’ Pulihkan Ekonomi Negara Yang ‘Tenat’
Apabila beredarnya khabar mengenai keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sekali lagi, gamat seketika tanah air. Rasa panik orang ramai begitu jelas dizahirkan di media sosial. Rasa keliru, sudah tentu. Pelbagai persoalan juga ditimbulkan. Kerisauan seperti kemampuan untuk membayar balik pinjaman dengan pihak bank, tertanya-tertanya apakah harga barang juga ikut […]

Panasonic Komited Bina Solusi Kesejahteraan Dengan Rangkaian Baharu Penulen Air
Kuala Lumpur, 28 Julai 2022 – Seiring dengan janji ‘Healthy Everyday with Panasonic’, hari ini Panasonic Malaysia memperkenalkan dua model daripada rangkaian penulen air terbaharu – Penulen Air Panasonic jenis pemasangan di bawah sinki (TK-CB430-ZMA), dan Penulen Air Pili (TK-CJ600 dan TK-CJ300), di majlis pelancaran yang diadakan di Pusat Solusi Panasonic HOME.2.COM. Pelancaran solusi penulenan […]

Kecoh Jalan Di Sabah Kena ‘Serbu’, Ada Yang Nampak Kelibat Ella Turut Serta
Penduduk Sabah gempar apabila salah satu jalan di Kota Kinabalu ‘diserbu’ sekumpulan individu Ahad lalu. Kumpulan itu membawa plakat seolah-olah ingin menyampaikan sesuatu. Jalan tersebut dikatakan mula dipenuhi orang ramai seawal pagi dan berlarutan sehingga sekitar 12.30 tengah hari. Kejadian yang berlaku di Jalan Jati Off, Jalan Gaya itu membuatkan orang ramai tertanya-tanya dengan tujuan […]