Berita›Hiburan

Dituduh Mencabul Bekas Atlet Bola Keranjang, Aktor Bill Cosby Bakal Dipenjara
Aktor veteran, Bill Cosby bakal berdepan dengan hukuman penjara pada usianya ke 81 tahun atas tuduhan mencabul seorang bekas atlet. Pada April lalu, prosiding perbicaraan semula melibatkan kes aktor ini melakukan gangguan seksual ke atas Andrea Constand berlangsung. Insiden yang sama dilaporkan berulang pada Jun 2017 di mana bekas pemain bola keranjang ini mendakwa dia […]

”Sebak Hati Saya Saat Lagu Negaraku Berkumandang Di Perancis,” Syafeek Ikhwan Harumkan Nama Malaysia
Berentap dengan lebih dari 40 buah negara dari seluruh dunia, anak muda ini bukan calang-calang apabila berjaya mengharumkan nama negara selepas merangkul gelaran juara pertandingan nyanyian i-Sing World 2018 kategori solo di Paris malam tadi. Penyanyi Syafeek Ikhwan, 30, yang membawakan lagu asal Datuk Seri Siti Nurhaliza, Kau kekasihku menerima hadiah wang tunai berjumlah RM10,333.50 (AS$2,500), trofi […]

Saleem Kemalangan, Tulang Rusuk Tertusuk Hingga Ke Paru-Paru
Penyanyi lagenda, Saleem telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada Khamis lalu selepas motosikal yang dinaikinya dilanggar sebuah kereta dari arah belakang. Menurut laporan media, kejadian itu menyebabkan tulang rusuknya tertusuk hingga ke paru-paru. Walau bagaimanapun, isterinya, Julia mengesahkan bahawa suaminya kini dalam keadaan stabil. Menurut isterinya lagi, ketika kejadian Saleem keluar dari rumah […]

Bergantung Dengan Tabung Oksigen, Bob Luqman Jual Nasi Ayam Mulai Minggu Depan
Pelakon Bob Lukman dilihat sering berkongsi keadaan kesihatannya yang semakin merundum. Sebelum ini, Bob ditahan di UiTM Private Specialist Centre Sungai Buloh akibat masalah jantung bengkak dan paru-paru berair pada awal Januari lalu. Bob ketika ditemu bual berkata, kos rawatan bagi ubat sahaja sudah mencecah RM1,000 sebulan dengan 13 jenis kesemuanya. Bob kini perlu bergantung dengan […]

“Diaorang Tak Tahu 20 Orang Team Aku Boleh Tengok FB Diaorang,” Syamsul Bagi Amaran Penonton Curi Rakam Munafik 2
Filem yang pecah panggung tahun ini, Munafik mendapat sambutan menggalakkan sehingga berjaya mengumpul lebih 30 juta sepanjang tayangannya bulan lalu. Pun begitu, keterujaan penonton membuatkan ada segelintir daripada mereka mencuri rakam tayangan sehingga isu ini didengari pelakon Munafik sendiri. Datuk Fizz Fairuz, antara salah seorang yang telah mengeluarkan amaran selepas mendapati filem tersebut dirakam dan […]

‘Dingin’ Di Negara Sendiri, Tapi Filem One Two Jaga Tercalon Kategori Filem Terbaik Asia Di Festival Filem Dunia
Sebuah portal berita berbahasa Melayu tempatan hari ini melaporkan filem One Two Jaga telah dicalonkan ke 12th Five Flavours Asians Film Festival dalam kategori Grand Prix (Filem Terbaik Asia). Walaupun karya arahan Nam Ron itu mendapat sambutan dingin di negara sendiri, nampaknya negara luar memandang tinggi buah tangannya kali ini. Portal berita yang sama turut […]

Gagal Mendapat Sambutan, Ini 10 Filem Melayu Dengan Kutipan Terendah Sejak Ditayangkan
Selepas kejayaan filem Munafik 2 yang mencatat lebih RM30 juta kutipan sepanjang tayangannya, tak ketinggalan turut ada juga filem tempatan yang lain yang gagal mendapat sambutan orang ramai. Mungkin bukan kerana kualiti filem itu sendiri, namun masing-masing menampilkan kelebihan tersendiri. Tak semestinya filem yang tak mendapat kutipan box office itu bukan filem yang bagus. Ini […]

Munafik 2 Pecah Rekod Lagi, 10 Hari Tayangan Kutip RM30 Juta
Filem seram paling sensasi tahun ini, Munafik 2 terus memecah rekod industri filem tempatan apabila berjaya mengutip RM30 juta dalam jangka masa 10 hari tayangan sahaja. Perkara itu diumumkan sendiri oleh pengarahnya Syamsul Yusof menerusi laman rasmi Instagram beliau. Beliau berkata, ini adalah satu fenomena yang luar biasa dan tidak lupa meluahkan rasa syukur kepada […]

”Lebih Baik Buat Filem Lucah, Mungkin Itu Rakyat Malaysia Mahu,” Nam Ron Merajuk Filem Tak Dapat Sambutan?
Mungkin ramai yang tidak tahu, pelakon handalan tanah air, Nam Ron sebenarnya mempunyai buah tangan baru, berupa filem untuk dipersembahkan kepada penonton di seluruh negara. Filem yang diberi tajuk, ‘One Two Jaga’ yang membariskan pelakon-pelakon hebat lagi bergaya antaranya Bront Palarae dan Beto Kusyairi selain Nam Ron sendiri. Untuk pengetahuan anda, filem tersebut sebenarnya sudah […]

‘Saya Minta Maaf Sangat-Sangat’ – Ben Ladin Mengaku Agak ‘Jahil’ Sejarah Negara
Baru-baru ini tular apabila penyanyi muda negara Ben Ladin gagal menjawab soalan asas berkenaan kemerdekaan dan sejarah negara dalam satu temu bual rancangan hiburan. Rata-rata netizen memberi kecaman dan meluahkan rasa kecewa mereka terhadap penyanyi lagu Hikayat Ben Ladin itu yang disifatkan tidak boleh diterima kerana soalan itu merupakan pengetahuan asas yang harus diketahui oleh rakyat negara ini. […]

Filem Munafik 3 Bakal Muncul 2 Tahun Dari Sekarang – Yusof Haslam
Hari ini sudah genap 5 hari filem Munafik 2 ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Untuk hari pertama tayangan sahaja filem terbitan Skop Production Sdn Bhd ini telah berjaya mengutip sehingga RM5.65 juta. Sehingga kini produksi itu masih belum mengumumkan jumlah kutipan semasa yg berjaya dikumpul. Alhamdulillah syukur.#munafik2#fisabilillah Posted by Skop Productions Sdn Bhd on Friday, August […]

(Video) Kedai Diarah Tutup Selepas ‘Kantoi’ Lekatkan Mata Palsu Pada Ikan Untuk Nampak Segar
Seorang penjual ikan di Kuwait ‘kantoi’ menipu pelanggan dengan cara licik untuk membeli ikan jualannya dan menyebabkan premis miliknya diarah tutup oleh pegawai penguatkuasa tempatan. Peniaga itu dipercayai melekatkan mata plastik pada ikan jualannya bagi menjadikannya kelihatan lebih segar dan menarik minat pembeli di kedainya. Perbuatannya itu terbongkar apabila salah seorang pembeli di kedainya memuat […]

(Video) Jozan Dikecam Buat Lawak Sindir PU Azman, Da’i Dazrin Sampaikan Teguran Terbuka
Sebuah rancangan secara langsung di salah sebuah rangkaian televisyen swasta menampilkan pelawak terkenal Malaysia Johan dan Zizan baru-baru ini telah mencetus kontroversi. Siapa yang tak kenal kedua-dua pelawak ini? Masing-masing mempunyai peminat tersendiri selain sentiasa menghiburkan para penonton di setiap penampilan mereka di kaca televisyen. Pun begitu, kadang-kadang lawak yang dipersembahkan mencuit sensitiviti rakyat apabila […]

(Video) Bunga Kebangsaan Pun Tak Tahu? Agak-Agak Korang Boleh Jawab Tak Soalan Kenegaraan Ditanya Kepada Ben Laden Ni?
Semalam, kita sekali lagi diberi rezeki oleh Tuhan untuk terus merasai nikmat dan aman dengan menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang ke-61 dengan sambutan meriah peringkat kebangsaan diadakan di Putrajaya. Daripada si anak kecil hingga yang dewasa, rakyat marhaen dan pemimpin utama negara, Hari Kemerdekaan di sambut dengan perasaan gembira. Pelbagai ucapan, gambar dan kata-kata yang […]

”Munafik 2: Meremang, Seram, Menginsafkan”, Syamsul Berjaya Selitkan Dakwah Dalam Setiap Watak Dan Dialog
Industri filem tempatan ketika ini dilihat berada di tahap tertinggi apabila filem-filem berkualiti dan sarat dengan mesej-mesej berat satu per satu ditayangkan di serata pawagam tanah air. Paling di sebut-sebut sebelum ini adalah filem Hantu Kak Limah (HKL) yang mencatatkan kutipan tertinggi dalam sejarah Malaysia, melebihi RM 30 juta. Walaupaun filem tersebut adalah filem komedi […]

Kena Kecam Hebat Dengan Netizen, Tapi Tiket ‘Jeng Jeng Jeng’ Laris Dijual
Di media sosial baru-baru ini, satu klip video yang menunjukkan seorang gadis menari sambil menyanyi ”Jeng Jeng Jeng” dalam satu rancangan yang disiarkan di salah sebuah stesyen televisyen milik kerajaan menjadi viral dan mendapat perhatian ramai. Ada yang terhibur dan pada masa yang sama ramai turut memberi kecaman dan sindirin. Namun, di sebaliknya mungkin ada […]

(Video) Viral Gadis Jeng Jeng Jeng, Ia Bukan Sekadar Jenaka, Sarat Dengan Emosi Sebenarnya
Baru-baru ini viral di media sosial mengenai satu klip video yang menunjukkan seorang gadis menari sambil menyanyi ”Jeng Jeng Jeng” dalam satu rancangan yang disiarkan di salah sebuah stesyen televisyen milik kerajaan. Video tersebut yang dikongsi di pelbagai platform antaranya Twitter telah menarik perhatian ramai pengguna yang nyata terhibur dan pada masa yang sama, turut […]

(Video)”Mungkin Dah Janji Nak Masak Daging”, Cerita Noh Hujan Lihat Polis Bersenjata Kawal Ibu-Ibu Desperate Minta Daging
Noh Hujan atau Mohammad Noh Bin Salleh, vokalis kumpulan Hujan bersama isterinya, Mizz Nina yang diketahui seringkali terlibat dengan aktiviti kemanusiaan sempat berkongsi pengalaman mereka menyambut Aidiladha di negara bergolak, Syria baru-baru ini. Noh dan Mizz Nina adalah antara artis yang menyertai Misi Korban dan Akikah 2018 bersama-sama Persatuan Cinta Syria Malaysia yang tiba di […]

Syamsul Yusuf Umum Tarikh Tayangan Munafik 2 Dipercepatkan
Tayangan filem seram paling dinanti-nantikan pada 2018, Munafik 2 dikhabarkan akan dipercepatkan sehari lebih awal berbanding jadual asal iaitu 30 Ogos ini. Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh Pengarah dan pelakon utama filem tersebut, Syamsul Yusof melalui satu kemas kini di laman Twitternya. ”Munafik 2 ditayangkan pada 29 Ogos ini, (Dipercepat). Anda dinasihatkan untuk membeli tiket […]

Hantu Kak Limah Pecah Rekod Filem Malaysia, 11 Hari Kutip RM20.5 Juta
Penulis tergamam dan bagaikan tidak percaya apabila Astro Shaw menerusi laman Facebook mereka mengumumkan bahawa kutipan kutipan untuk filem Hantu Kak Limah telah mencecah sehingga RM20.5 juta dalam 11 hari tayangan sahaja. Ini juga telah memecah rekod yang sebelum ini dipegang oleh Abang Long Fadil 2 terbitan Skop Production sebanyak RM18.15 juta. Dalam kenyataan tersebut […]