Berita›Hiburan

Bintang Hollywood & Aktor Filem Goodfellas, Ray Liotta Meninggal Dunia
Pelakon terkenal filem 90-an, Goodfellas, Ray Liotta meninggal dunia ketika tidur di lokasi penggambaran di Republik Dominican. Bintang Hollywood kelahiran Amerika Syarikat itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 67 tahun. Berita pemergian pelakon klasik ini disahkan oleh wakil agensi publisiti yang mewakilinya, Jennifer Allen. Memetik daripada laporan BBC, Liotta berada di Republik Dominican bagi menjalani […]

Top Gun Maverick ‘Review’: Bagai Pandu Jet Pejuang Dalam Panggung
Hari rabu yang lepas aku dapat peluang menonton tayangan perdana filem terbaharu lakonan Tom Cruise iaitu Top Gun: Maverick, jadi nak buat sedikit ‘review’ tentang filem ini. Orang-orang lama mesti ingat filem Top Gun yang pertama ditayangkan pada tahun 1986. Selepas 36 tahun baru keluar sekuel filem ni. Kalau kau tengok pelakon-pelakon Top Gun 1986 […]

Watak Phunsukh Wangdu ‘3 Idiots’ Sebenarnya Wujud, Lelaki Ini Bina Sekolah & Sistem Pendidikan Sendiri Untuk Murid ‘Gagal’ Di India
Filem-filem Bollywood pernah menjadi tumpuan hangat suatu ketika dahulu hingga menjadi fenomena termasuklah di Malaysia. Lebih-lebih lagi ‘mak-mak’ yang menonton hingga kering air mata akibat menangis. Ketika itu, banyak filem Bollywood menjadi kegilaan ramai untuk ditonton bersama keluarga. Bahkan, filem-filem seperti ‘Kabhi Khushi Kabie Gham‘, ‘Kuch Kuch Hota Hai‘, ‘Mohabbatein‘ dan termasuklah ‘3 Idiots’ masih […]

“Wajahnya Mirip Dengan Saya,” Aulia Sarah Dedah Pernah ‘Didatangi’ Badarawuhi Sebenar
Seakan bermimpi, Aulia Sarah dedah pernah ‘bertemu’ Badarawuhi sebenar. Wajah dikatakan sangat mirip dengannya. Filem seram dari negara seberang, KKN di Desa Penari telah menjadi bualan hangat sejak beberapa minggu yang lalu kerana mengetengahkan mengenai kisah benar yang pernah tular sejak tahun 2019. Malah, ia dikatakan memecahkan rekod filem seram di Indonesia dan mendapat kutipan […]

Baru Ja Tunjuk, Sekali Netizen Korek ‘Spec’ Telefon Chong Wei, Harga Tak Sampai RM1,500 Pun
Siapa yang tak kenal dengan Datuk Wira Lee Chong Wei, setiap gerak gerinya mesti akan diperhatikan malah turut dijadikan sebagai idola atau contoh terutamanya bagi mereka yang mahu berjaya dalam bidang sukan. Bukan itu sahaja, apa yang dipakai oleh Lee Chong Wei, pasti ada yang bercerita termasuklah telefon pintar yang dipamerkannya di laman Facebook baru-baru […]

Sampul Duit Raya Banyak Lebih, Lelaki Anyam Jadi Gubahan & Lukisan Cantik Buat “Frame” Hiasan Rumah
Selepas hari raya, pasti akan ada banyak sampul duit yang bersepah di rumah. Tambah-tambah lagi mereka yang mempunyai anak kecil, sudah tentu sisa sampul raya ‘bersepah’ di rumah. Nak buang rasa sayang, bila disimpan lama kemungkinan ia akan rosak jadi terpaksalah buang juga. Pernah tak anda terfikir sebenarnya ada cara untuk tidak membuang sampul duit […]

Pemilik Suara Latar Doraemon Ucap Terima Kasih, Netizen Sebak Rindu Zaman Kanak-kanak
Siapa saja yang tidak kenal dengan Doraemon? Sebuah kartun dari Jepun mengenai robot kucing dari angkasa yang menjadi ‘kegilaan’ ramai ketika zaman kanak-kanak dahulu. Selain memiliki wajah yang comel, Doraemon juga mempunyai satu poket khas yang menyimpan pelbagai barangan istimewa yang boleh membantu pada keadaan-keadaan tertentu. Selain disiarkan sebagai rancangan kartun di kaca televisyen pada […]

Siri Animasi Popular, Keluang Man Bakal Diangkat Ke Layar Perak
Sebelum wujudnya animasi 3D, Malaysia pernah mempunyai pelbagai rancangan animasi 2D yang sentiasa mendapat tempat di hati penonton. Salah satu animasi popular pada satu ketika dahulu adalah Keluang Man. Ia disiarkan pada tahun 1998 dan merupakan siri animasi adiwira pertama negara. Kini setelah lebih dua dekad, siri animasi legenda itu dilaporkan bakal diangkat ke layar […]

Youtuber Pasang GoPro Pada Kura-kura, Tak Sangka Ini Mata Kura-kura Tengok Dalam Tasik Hijau
Mungkin ada dalam kalangan pembaca yang tidak tahu tentang kehidupan haiwan yang berada di dalam tasik, kan? Tak kurang juga, yang ingin tahu apa yang ada dalam sebuah tasik yang hijau warna airnya. Ya, setiap kali melihat tasik atau sungai yang warnanya kehijauan pasti kita semua sudah memikirkan ‘sesuatu’ yang menyeramkan. Mungkin ada yang tertanya-tanya […]

Lima Tahun Tinggal Di Indonesia, Lelaki Cari Isteri Untuk Tolong Habiskan Duitnya
Baru-baru ini, tular sebuah video menyaksikan seorang lelaki mendakwa tengah mencari calon isteri untuk menghabiskan duit simpanan. Ken Alcindor seorang lelaki berkulit gelap itu tinggal di Bali, Indonesia sejak lima tahun lalu. Melalui video berkenaan juga, dia juga dilihat turut fasih bertutur dalam bahasa Indonesia itu. “Perhatian. Perhatian. Nama saya Ken, tinggal di Indonesia udah […]

“The French Festival” Kini Kembali
Kuala Lumpur, 18 MEI 2022 – Alliance Française di Malaysia kembali ke persada budaya dengan program yang dinanti-nantikan iaitu Le French Film Festival 2022 (LFFF22)! Bermula dari bulan Jun hingga Julai, LFFF22 akan memberikan anda satu pengalaman yang mengasyikkan melalui pelbagai acara menarik yang akan mengetengahkan filem-filem Perancis yang memenangi anugerah, aktiviti gastronomi yang menyelerakan, […]

Kereta Rosak Tepi Jalan, Keluarga Tak Sangka Johan Raja Lawak Berhenti Hulur Bantuan, Siap Hulur Duit Raya
Perkongsian daripada seorang pengguna Facebook yang menunjukkan pelawak dan pelakon terkenal, Johan sanggup berhenti untuk membantu satu keluarga dalam kesusahan akibat kereta rosak baru-baru ini berjaya menarik perhatian ramai. Difahamkan, keluarga ini ketika itu dalam perjalanan pulang daripada Chowkit sebelum kereta yang dinaiki tiba-tiba mengalami kerosakan di tepi jalan. Dalam keadaan kelam kabut mencari pertolongan, […]

Pelakon Filem ‘Doctor Strange’ Dipenjara 8 Tahun, Didapati Bersalah Lakukan Penderaan Seksual Terhadap Kanak-Kanak
Salah seorang bintang wanita dalam filem Doctor Strange, Zara Phytian dijatuhi hukuman penjara 8 tahun atas kesalahan mendera kanak-kanak secara seksual. Memetik laporan BBC, bintang wanita berusia 37 tahun tersebut dijatuhi hukuman berkenaan selepas didapati bersalah mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun. Sementera itu, suaminya, Victor Marke didakwa mendera seorang kanak-kanak berusia 15 tahun dengan […]

Ellie Suriaty, Azri Iskandar Sah Bercerai
Pasangan pelakon, Ellie Suriaty Omar dan Azri Iskandar dilaporkan telah sah bercerai sebentar tadi, lapor Getaran.my. Memetik laporan Getaran.my, Ellie dipercayai telah memfailkan permohonan cerai ke atas suaminya sejak sebelum Ramadan yang lalu. Prosiding perceraian mereka berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur. Menurut laporan, perceraian terjadi kerana mereka sudah tidak lagi […]

Pengacara Popular Didakwa Di Mahkamah Atas Pertuduhan Khianat
PETALING JAYA, 17 Mei (Bernama) — Seorang pengacara popular didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar pondok pengawal milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara. Pengacara itu telah mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah. “Saya mengaku tidak bersalah,” jawabnya yang […]

Gempar, Lelaki Dakwa Temui Kampung Terpencil Dalam Hutan Yang Disangka Lokasi Sebenar Filem ‘KKN Desa Penari’
Sebuah foto tular memaparkan penemuan mengejutkan sebuah rumah misteri yang disangka lokasi sebenar dalam filem seram Indonesia, KKN Desa Penari, lapor Tribun Style. Baru-baru ini, sebuah filem seram baharu yang sedang menjadi trending di Indonesia, KKN Desa Penari telah berjaya ‘memecahkan’ panggung wayang di sana. Dalam filem tersebut, antara elemen penting yang diketengahkan dan cukup […]

Asyik Duduk Rumah Je, Ni ‘Port Gempak’ Nak Bawa Anak Hujung Minggu Ini, Siap Ada ‘Show’ Robotik
Aktiviti hujung minggu bersama anak-anak pastinya akan terisi dengan pelbagai program yang menarik oleh ibu bapa. Tak dinafikan, anak-anak mesti sudah bosan dengan aktiviti di dalam rumah sahaja. Sesekali teringin juga nak keluar jalan-jalan di luar. Tetapi masalah sekarang, ibu bapa yang tidak tahu untuk bawa anak-anak pergi ke mana bukan? Mana taknya, selalu tugas […]

Dianggap Jualan Air Balang Laku RM60k Sebab ‘Dah Ada Nama’ & Popular, Syahmi Buka Mulut Jelas Hal Sebenar
Jualan air balang Youtuber terkenal, Syahmi Sazli sepanjang Ramadan baru-baru ini mencecah lebih RM60,000. Murahnya rezeki, apa amalannya ya? Dalam bulan Ramadan tempoh hari, ramai daripada kalangan peniaga tidak melepaskan peluang untuk menjalankan perniagaan sama ada di bazar Ramadan dan juga kawasan-kawasan lain. Tidak terkecuali juga, seorang Youtuber yang terkenal dengan drama pendek spontan, Syahmi […]

Mira Filzah & Suami Timang Cahaya Mata Pertama, Selamat Lahir Anak Lelaki Pagi Tadi
Pelakon dan pengacara tanah air, Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman selamat timang cahaya mata pertama di salah sebuah pusat perubatan pada jam 3.40 pagi tadi. Berita gembira itu dikongsikan sendiri suami kepada pelakon cantik itu, Wan Emir Wan Astar Mohammad Khair-il Anuar menerusi akaun Instagram miliknya. Menerusi kenyataan yang dimuat naik […]

Kecoh Geng Baju Hitam ‘Serang’ Kafe & Menghilang Tiba-tiba, Misteri Terungkai Dalam Siri Viu “Seribu Nina”
Korang mesti tertanya-tanya apa yang telah berlaku pada gadis yang hilang ketika sambut majlis hari jadi tu? Nah, apa kata korang ‘layan’ satu siri drama baharu di Viu sebab sekarang pelbagai variasi drama Melayu yang best untuk korang semua. Tetapi, yang paling kecoh kenapa gadis itu hilang dan apa kaitan dengan sekumpulan individu misteri yang […]