Berita›Luar Negara

(Video)Sedar Atau Tidak, Ini 5 Amarah Bencana Alam Berlaku Kebelakangan Ini Di Serata Dunia
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai fenomena alam yang berlaku di kawasan ibu kota dan beberapa tempat di Selangor. Fenomena-fenomena yang disebut-sebut itu adalah bunyi detuman guruh yang kuat dan bertahan dalam tempoh yang agak lama selain pancaran kilat di pucak Menara Berkembar Petronas. Bahkan di Malaysia ketika ini, terutamanya beberapa tempat misalnya di […]

Wanita Maut Akibat Tertidur Dalam Keranda Untuk Ritual Halau Bala
GUMI: Seorang wanita warga Korea Selatan ditemui mati selepas dipercayai tertidur dalam keranda dalam satu ritual keagamaan yang dikatakan untuk menjauhkan bala dan musibah, pada Jumaat. Menurut polis, wanita yang berusia 47 tahun itu berada di dalam keranda bermula pukul 8 malam Khamis dimana acara keagamaan tersebut di adakan di rumah seorang kenalannya yang terletak […]

Dilarang Dari Berjumpa Dengan Kekasih, Pengasuh Rendam Anak Majikan Dalam Tong Air
Berikutan rasa sakit hati kerana dihalang dari berjumpa dengan kekasih hatinya, seorang pengasuh sanggup pembunuh anak majikannya yang berusia tiga tahun. Menurut sumber, sebelum kejadian berlaku, pengasuh yang dikenali sebagai SN, 29, cuba menenangkan kanak-kanak itu, namun dia enggan berhenti menangis, “RA disuruh diam tapi tak mahu, kemudian dipukul, masih menangis, lalu dicelupkan dalam tong […]

(Video) Pelancong Biadap, Tampar Muka Pegawai Imigresen Di Bali
Sorang wanita berasal daripada United Kingdom bertindak di luar batas apabila menampar seorang pegawai imigresen yang ditugaskan untuk memeriksa dokumen perjalanannya, dalam insiden yang berlaku di Indonesia. Auj-e Taqaddas, 42, yang berdarah Pakistan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali ditahan setelah pihak berkuasa mendapati visanya telah tamat dan tinggal di Indonesia melebihi tempoh masa […]

(Video) Hanya Beberapa Saat, Bezakan Hidup Dan Mati Buat Ayah Dan Anak Ini
Seorang lelaki dengan anaknya di China nyaris menjadi mangsa kemalangan dahsyat apabila sebuah eskalator yang digunakan mereka di dalam sebuah raya runtuh sebaik sahaja mereka melangkah ke atas lantai bahagian atas. Sebaik sahaja kejadian tersebut berlaku, petugas keselamatan segera mematikan eskalator tersebut yang runtuh dipercayai akibat kegagalan fungsi. Ketika itu, pasangan ayah dan anak itu […]

Tengah Berusaha Nak Bergabung Dengan LGBT, Gerakan Songsang Ini Mahu Masyarakat Terima Pedofilia Sebagai Orientasi Seks Baru
Belum habis dengan masalah LGBT, terbaru gerakkan pengamal perilaku seks pelik dan kecenderungan seksual terhadap kanak-kanak atau biasa di kenali sebagai pedofilia di Amerika Syarikat kini sedang giat menjalankan kempen untuk membolehkan pedofilia dianggap sebagai kemahuan seks baru (New Sexual Orientation) dengan bergabung dengan komuniti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT). Ketika ini, gerakkan pedofilia […]

Tak Restu Kahwin, Keluarga Sendiri Culik Pasangan Muda Ini Dan Paksa Minum Air Kencing
Sepasang suami isteri di India terpaksa melalui detik hitam dalam kehidupan mereka apabila menjadi mangsa culik dan pukul oleh keluarga sendiri, dipercayai sebagai hukuman kerana berkahwin tanpa kebenaran keluarga. Suami, 23, diikat pada tiang dan dipukul hingga lembik, manakala si isteri, 21, dibogel dan digunting rambutnya sehingga pendek, sebelum kedua-duanya dipaksa minum air kencing. Menurut […]

Padah Leka Bermain Telefon Bimbit, Lelaki Langgar Anaknya Sendiri Ketika Hantar Ke Sekolah
Polis Republik Indonesia (Polri) melalui pasukan polis trafiknya (Korlantas) mengingatkan pengguna jalan raya di negara itu mengenai bahaya menggunakan alat komunikasi terutamanya telefon bimbit ketika memandu. Peringatan tersebut dikeluarkan sususlan satu kemalangan yang menyedihkan apabila seorang kanak-kanak berusia 5 tahun yang maut dilanggar ayahnya sendiri yang leka bermain telefon bimbit. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di […]

Thailand Bakal Jadi Negara Asia Pertama ‘Halalkan’ Penggunaan Ganja Dalam Perubatan
Thailand yang sebelum ini terkenal antara negara mempunyai undang-undang ketat membabitkan pengedaran dadah, mungkin akan meniru langkah yang dibuat oleh Kanada dan beberapa lagi negara dan menjadi negara Asia pertama yang akan membenarkan penggunaan ganja dalam perubatan. Alasan Thailand untuk mengambil tindakan sedemikian rupa adalah ia sangat menguntungkan ekonomi mereka. Thailand suatu ketika sekitar tahun […]

Kerana ‘Jilatan’ Seekor Anjing, Lelaki Ini Kudung Kaki Dan Alami Kerosakkan Teruk Pada Tangan
Seorang lelaki berasal daripada Wisconsin tidak menyangkan akan kehilangan kedua-dua belah kaki dan tangannya hanya disebabkan oleh jilatan seekor anjing. Greg Manteufel, 48, yang merupakan salah seorang anggota kelab permotoran terpaksa menerima hakikat untuk melupakan terus hobinya selepas selepas kehilangan anggota badan penting tersebut setelah doktor mendapati berlaku jangkitan kuman dalam darah dipercayai akibat air […]

(Video) Tidak Mahu Kerajaan Kaut Keuntungan Dari Hasil Jenayah, Presiden Filipina Arah Musnahkan Kereta Mewah Seledup
Pemusnahan kereta mewah seludup oleh pihak kastam membuatkan presiden Filipina, Rodrigo Duterte, teruja melihatnya. Nilai kenderaan yang dimusnahkan pada Isnin dianggarkan bernilai RM22.5 juta dengan sebanyak 68 buah kereta mewah pelbagai jenama seperti Lamborghini, Mustang, Porsche dan lapan motosikal. Menurut laporan tempatan, Duterte yang memakai topi putih dilihat bersorak sewaktu jengkaut memusnahkan kenderaan-kenderaan itu di Sta Ana, […]

Timur China Gunakan Dron Awasi Lalu Lintas Dan Kesalahan Pemandu
BEIJING- Kesalahan lalu lintas yang berlaku di bandaraya Jinan, ibu kota Wilayah Shandong di timur China kini di awasi oleh pihak berkuasa menggunakan dron. Menurut berita yang dipetik dari akhbar Beijing Youth Daily, empat dron telah memulakan pemantauan pada Selasa lalu. Setiap dron dilengkapi dengan kamera berdefinisi tinggi yang mampu mengesan kesalahan lalu lintas dalam tempoh […]

(Video) Bahaya Betul, ‘Dashcam’ Rakam Lelaki Terlelap Dalam Kereta Lebih 1 Minit
Satu rakaman video dari dalam kereta seorang lelaki menunjukkan dia telah terlelap ketika kereta dipandu dengan laju. Sambil tangannya diletakkan di stereng kereta, lelaki tersebut tertidur hampir 1 minit dan sepanjang perjalanan itu dia langsung tak sedarkan diri. Situasi ini dipanggil Sindrom Microsleep iaitu dimana keadaan badan tidur buat sementara waktu. Bukan hanya lelaki ini, […]

Tidak Tahan Terus Dijadikan Hamba Seks, Bos Mafia Mati Ditikam Tiga Anak Sendiri
Tiga anak perempuan kepada ketua mafia membunuh bapa mereka sendiri berikutan tidak tahan terus dijadikan hamba seks di Moscow. Kristina, 19, Angelina, 18, dan Maria, 17, didakwa atas tindakan membunuh ayah mereka, Mikhail Khachaturyan, 57, yang menjadikan anaknya sebagai hamba seksnya. Menurut polis di Moscow, ketiga-tiga beradik itu mengaku bersama-sama membunuh mereka selepas mayat Khachaturyan […]

(Video) Ada Bau Busuk, Saya Bakar La Sampah Tu, Rupanya Saya Terbakar Mayat Bayi Sekali
Seorang lelaki di Indonesia tidak menyangka tindakannya membakar longgokan sampah yang berbau busuk akhirnya membawa kepada penemuan satu mayat bayi baru lahir yang turut terbakar bersama-sama sampah tersebut. Menurut Putra, kejadian tersebut berlaku di kawasan Perumahan Muka Kuning Permai II Kurahan Buliang, Kecamatan Batuaji, Batam, pada Rabu lepas. Ketika kejadian, Putra keluar mahu membuang sampah di […]

Direnjat Elektrik Dan Dipukul Sehingga Berdarah, Dedah Sukarelawan Flotila Ketika Ditahan Israel
Media melaporkan sebelum sebuah bot Pakatan Pembebasan Flotila yang terlibat dalam misi Right To A Just Future For Palestine, Al-Wada (Pulang) pada Ahad mendedahkan bahawa regim Zionis itu telah menggunakan kekerasan ke atas anggota-anggota sukarelawan di atas bot berkenaan. Antara yang ditahan dan masih belum dibebaskan adalah seorang rakyat Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Afandi Salleh […]

(Gambar) Rakyat Britain Ini Sanggup Terbang 10,000KM Ke Malaysia Hanya Untuk Dapatkan Bar Coklat Cadbury
Seorang penggemar tegar coklat dari Britain sanggup terbang ke Malaysia sejauh 10,000km semata-mata untuk mendapatkan cokelat Cadbury Dream yang sebelum ini ditarik semula pengeluarannya di sana. Menurut laporan media, seorang penulis blog yang dikenali sebagai AnnieIWillKnow telah memuat naik gambar coklat Cadbury Dream yang ditemuinya di KLIA. Walaupun dengan harga RM24 per bar, dia mengakui […]

Perkhidmatan ‘Sewa’ Ketiak Untuk Iklan Di Jepun
Mungkin ini kedengaran janggal, namun sebuah agensi pengiklanan Jepun mula menjual iklan ketiak wanita jelita. Difahamkan, sebuah klinik rawatan kecantikan telah menjadi pelanggan pertama agensi itu. Syarikat pengiklanan Wakino yang diambil sempena perkataan “waki” yang bermaksud ketiak itu ditubuhkan pada awal tahun ini. Laman web syarikat itu mempunyai pelbagai contoh gambar sampel iklan ketiak berbentuk empat […]

(Video) Organ Badan Rosak, Wanita Maut Lepas Tertusuk Ekor Udang
Wanita berumur 60 tahun maut setelah mengalami kegagalan organ badan apabila tercucuk duri ekor udang di jari tengah sebelah kanan. Menurut laporan media tempatan, selepas terkena tusukan itu, keesokkannya dia mengalami demam panas, jari dan badannya mula membengkak dengan teruk. Dia kemudian dikejarkan ke hospital selepas ahli keluarga menyedari sesuatu yang tidak kena terhadap mangsa. […]

(Video) Trump Mungkin Dibenci, Tetapi Lelaki Ini Sembahnya Sebagai ‘Tuhan’
Di bahagian lain dunia, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mungkin antara individu yang paling dibenci khususnya oleh umat Islam disebabkab beberapa keputusan kontroversinya, namun ia cerita yang berbeza buat seorang lelaki di India ini. Krishna, 30, sejak tiga tahun yang lalu, telah menjadikan Trump sebagai Tuhannya. Demi membuktikan taat setia, Krishna di khabarkan akan […]