Berita›Luar Negara

Jawa Timur Secara Rasmi Larang Guru Beri Pelajar Kerja Rumah
Mungkin ramai pelajar di Jawa Timur akan gembira apabila mendengar berita ini. Manakan tidak, Jabatan Pendidikan Kota Blitar, di daerah itu melarang guru memberikan pelajar kerja rumah. Menurut Ketua Jabatan Pendidikan Kota Blitar, M Sidik, tindakan ini diambil supaya pelajar dapat menjalani kehidupan lebih berkualiti bersama keluarga. “Kami akan mengeluarkan pekeliling mengenai larangan itu ke […]

Dituduh Curi Telefon Bimbit, Mayat Wanita Dikerat, Organ Dalaman Dikorek Buang Dalam Tandas
Seorang wanita dibunuh hidup-hidup oleh teman lelaki gara-gara marah dituduh mencuri telefon bimbit. Lelaki tersebut bertindak mengerat mayat mangsa dan membuang organ dalaman ke dalam mangkuk tandas. Suspek, Sergey Kovalchuk, 28 tahun mengaku melakukan kesalahan itu terhadap teman wanitanya, Vera Nurbaeva. Namun pun begitu, mayat mangsa sehingga kini masih tidak dapat di jumpai. Dalam perbicaraan […]

Roti Berusia 14,500 Tahun Ditemui, Lebih Lama Sebelum Manusia Mula Bercucuk Tanam
Ahli arkelogi yang sedang membuat penyelidikan di sebuah tapak di timur laut Jordan berjaya membuat penemuan yang mengejutkan apabila sebuku roti, berusia 14,500 tahun ditemui dalam sebuah alat pembakar. Penemuan bersejarah tersebut memberi petunjuk bahawa manusia kuno sudah mengusai teknik pembuatan roti, makanan ruji dunia, beribu-ribu tahun sebelum manusia mula membangunkan teknik penanaman. Penemuan penting […]

(Video) Gerun, Rakaman Fenomena Sungai Lava Yang Mengalir Di Hawaii
Kepulauan Hawaii, destinasi pelancongan tropika popular dunia ketika ini terus berhadapan dengan bencana letusan gunung berapi ketika ini. Dalam beberapa rakaman video yang tular, Hawaii bertukar menjadi ‘sungai api’ apabila lava yang membuak-buak keluar daripada rekahan mengalir ke laut dengan membentuk laluan sepeti sungai. Fenomena menakutkan tersebut berjaya dirakam beberapa stsesen televisyen antarbangsa antaranya CNN […]

Bayi Maut Terkena Jangkitan Meningitis Daripada Orang Yang Tak Divaksin
Killy berusia baru 4 bulan mengalami demam dan ruam setelah mengunjungi salah sebuah pusat perubatan untuk mendapatkan suntikan vaksin. Akibat keadaannya yang semakin serius, ibunya, Alex telah membawa Killy menjalani beberapa ujian di Hospital St. Mary. Selepas ujian, doktor memberitahu bahawa Killy telah menghidap meningitis, salah satu jangkitan yang berpotensi membawa maut. Doktor yang merawat […]

(Video)Alyssa Carson, Gadis Cantik Ini Bakal Jadi Manusia Pertama Jejakkan Kaki Di Marikh
Seorang remaja yang obses dengan dunia angkasa lepas, Alyssa Carson mungkin menjadi manusia pertama yang menjejakkan kaki di Planet Marikh di masa hadapan. Dia yang ketika ini berusia 17 tahun sedang mempersiapkan diri dengan mengikuti program latihan yang diselia oleh National Aeronautics and Space Administration (NASA) untuk menjadi seorang angkasawan mungkin mencapai umur yang sempurna ketika […]

Hantar 2000 Mesej Seks Kepada Dua Wanita, Menteri Letak jawatan
Menteri di Britain, Andrew Griffiths telah meletakkan jawatannya susulan skandal seks membabitkan dua pelayan wanita. Dilaporkan, beliau telah membuat tuntutan dalam 2,000 mesej yang dihantar kepada dua wanita berkenaan. Griffiths yang baru bergelar bapa mengirimkan kepada Imogen Treharne dan rakannya, sejumlah £700 (RM3,754) dan juga menawarkan sebuah unit kediaman untuk mengadakan hubungan seks dimana beliau turut meminta […]

(Video) Bayi Menderita Penyakit Kulit Rapuh, Kulit Tanggal Dan Gugur Setiap Hari
Seorang ibu di New York, Amerika Syarikat terpaksa meluangkan masa selama empat jam setiap hari untuk memandikan bayi perempuannya yang berusia sembilan bulan sebagai cara merawat penyakit jarang-jarang berlaku pada anaknya. Bayi malang itu menghidapi penyakit yang menyebabkan kulitnya tumbuh 10 kali lebih pantas daripada manusia normal. Anna, menderita penyakit Harlequin ichthyosis yang menyebabkan kulitnya […]

Tunjuk Perasaan Ganas Di Nicaragua Ragut 10 Lagi Nyawa
MANAGUA, 16 Julai (BERNAMA-NNN-AGENCIES) — Polis Nicaragua dan kumpulan separa tentera yang setia kepada Presiden Daniel Ortega telah membunuh sekurang-kurangnya 10 orang pada Ahad, kata satu pertubuhan hak asasi manusia ketika angka kematian daripada pertempuran sengit di negara Amerika Tengah itu terus meningkat. Kesemua mangsa terbunuh apabila pasukan keselamatan kerajaan menyerang komuniti Monimbo dan berhampiran […]

(Video)”Kamu Akan Mati”, Rakaman Ngeri Wanita Dan Kanak-Kanak Ditembak Mati Lelaki Bersenjata
”Kamu akan mati” Itulah antara perbualan yang terakam dalam satu rakaman video tular dimana dua orang wanita dan anak mereka yang masih kecil dihukum bunuh oleh dua orang lelaki berpakaian tentera, dalam kejadian yang berlaku di Cameroon. Kerajaan Cameroon bagaimanapun menafikan penglibatan pasukan bersenjatanya dalam kejadian itu. Kesemua mangsa dipercayai dituduh terlibat dalam pergerakkan militan […]

Tak Tahan Tekanan Dari Jiran, Gadis Hilangkan Diri Sebelum Bunuh Diri Di Balai Polis
Seorang gadis berusia lingkungan antara 16 dan 18 tahun didakwa menggantung diri di dalam balai polis Tilak Vihar di Titlak Nagar, India. Ibu gadis berkenaan mendakwa anak mereka mengalami tekanan selepas salah seorang jiran mereka menekankan mangsa supaya berkahwin dengan anak mereka. Terdahulu, keluarga mangsa enggan mengahwinkan anak mereka dengan lelaki berkenaan berikutan umurnya yang […]

Beri Alasan Kerja, Ibu Bapa Tergamak Kurung Anak Kembar Dalam Sangkar Kayu Kecil
Sepasang kembar lelaki ditemui terkurung dalam sebuah kotak kayu kecil oleh polis di tenggara Brazil. Ketika disoal siasat polis, ibu bapa kanak-kanak berusia tiga tahun itu memberi alasan terpaksa mengurung anak kembar lelaki mereka bagi membolehkan mereka melakukan kerja rumah dan di ladang tanpa sebarang gangguan. Penemuan menggemparkan polis di bandar Aparecidinha di Espirito Santo […]

Bapa Durjana, Rakam Dan Rogol Anak Usia 8 Bulan
Bapa durjana, itu selayaknya gelaran bagi seorang lelaki di Ukraine apabila dia tergamak merogol bayi perempuannya yang berusia lapan bulan. Lebih menjijikkan, dia turut merakamkan perbuatan terkutuknya itu dan menjual ‘bahan pornografi’ tersebut kepada sebuah laman web lucah di Australia. Lelaki tersebut pada mulanya menyangka identitinya tidak akan terbongkar kerana dia menjual imej anaknya yang […]

Gara-gara Asap Vape, Pesawat ‘Jatuh’ 10,000 Kaki
Penumpang pesawat Air China berdepan detik mencemaskan selepas pesawat tersebut ‘terjatuh’ 10,000 kaki gara-gara asap vape. Insiden itu berlaku selepas pembantu juruterbang dipercayai menggunakan rokok elektronik di dalam kokpit. Difahamkan, anak kapal terpaksa melakukan prosedur bantuan kecemasan selepas tahap oksigen di dalam kabin menurun menyebabkan topeng oksigen juga turut terkeluar secara automatik. Namun, mereka bernasib […]

Sahut Seruan Kerajaan Basmi Plastik Tahun Depan, Usahawan Cipta Straw Boleh Tanam Semula Guna Tebu
Salah satu inisiatif untuk membendung penggunaan plastik, sekumpulan komuniti usahawan Taiawan telah mencipta rekaan baru menggantikan straw plastik kepada straw tebu. Bunyi macam pelik kan? Rekaan ini adalah tanda sokongan kepada usaha kerajaan Taiwan yang ingin menghentikan penggunaan plastik berkuatkuasa tahun depan pada 1 Julai 2019. Inovasi ini merupakan rekaan serbaguna daripada serat tebu yang […]

Ubat Sakit Jantung Ini Ditarik Balik, Potensi Kanser
Jabatan Kesihatan Hong Kong, mengarahkan dua pemborong perubatan berlesen, iaitu Actavis Hong Kong Limited dan Hong Kong Medical Supplies Ltd (HK Medical), untuk menarik balik lima produk yang mengandungi valsartan dari pasaran sebagai langkah berjaga-jaga pencemaran yang dikesan dalam bahan mentah. Produk yang terjejas: Produk Nombor Pendaftaran Hong Kong Pemegang sijil pendaftaran Tablet 160mg Valtensin […]

6 Mati Akibat Kanser Ovari, Johnson & Johnson Diarah Bayar RM19 Billion Kandungan Merbahaya Dalam Produk
Syarikat Johnson & Johnson diperintah membayar pampasan berjumlah AS$4.69 billion atau RM18.98 billion kepada 22 wanita dan keluarga mereka yang mendakwa bedak talkum bayi syarikat berkenaan mengandungi asbestos penyebab kanser. Daripada 22 wanita yang diwakili dalam kes ini, enam telah mati akibat kanser ovari. Pakar-pakar perubatan turut memberi keterangan semasa perbicaraan bahawa asbestos dan karsinogen, […]

Wanita Ditangkap Jual Anak 2 Tahun Dijadikan Hamba Seks
Seorang ibu di Houston ditangkap kerana cuba menjual anaknya berusia dua tahun untuk dagangan hamba seks, kata pihak berkuasa. Sarah, 25 tahun sudah merancang sejak Februari lalu untuk pergi ke Texas dan bertemu lelaki berkenaan yang ingin melakukan perbuatan seksual dengan anak perempuannya. Sarah dikatakan dibayar sebanyak $1200 diatas pertukaran anaknya sebagai hamba seks lelaki […]

(Video) Bongkah Ais Sebesar Bukit Hanyut Menghampiri Perkampungan Greeland, Mungkin Cetus Tsunami
Bongkah ais sebesar bukit ditengah-tengah pantai Greenland menghampiri kawasan perkampungan Innarsuit dan telah mencetuskan kebimbangan banjir besar serta tsunami jika ia pecah sepenuhnya. Keadaan itu membuatkan pihak berkuasa berusaha memindahkan penduduk sekitar daripada zon berisiko tinggi. “Kami khuatir bongkah ais itu menyebabkan banjir teruk sehingga merosakkan keseluruhan kampung,” kata ketua keselamatan, Lina Davidsen kepada agensi […]

(Video) Trump Dikritik Tak Hormat, Langgar Tradisi Ketika Perjumpaan Ratu Elizabeth II
Donald Trump telah mencetuskan kemarahan kerana kegagalan beliau ‘tidak menghormati’ protokol kerajaan ketika bertemu dengan Ratu Elizabeth II pada hari Jumaat lalu. Desas-desus ini bermula apabila Presiden lambat untuk pertemuannya bertemu Ratu, 92 tahun yang menunggu lebih 10 minit dengan cuaca yang ketika itu sedang panas terik. Sekali lagi kontroversi tercetus apabila pemimpin Amerika itu […]