Berita›Luar Negara

Kantoi Menipu, ‘Instafamous’ Cantik Ini Padam Semua Gambar Curi Dari ‘Google Images’
Kewujudan laman sosial menyebabkan lahirnya ‘instafamous’ atau ‘influencer’ iaitu individu yang berpengaruh di internet. Mempunyai bilangan pengikut yang ramai di instagram mahupun facebook, mereka gemar berkongsi gambar yang dapat menarik perhatian pengguna. Selain gambar sendiri, gambar makanan dan ‘travel’ akan dimuat naik yang kadangkala tidak mampu oleh orang biasa. Tetapi, mengambil gambar juga bukan sesuatu […]

(Video) Ragut 176 Nyawa, Bencana Alam Banjir Dan Tanah Runtuh Jepun Masih Belum Pulih
Bencana tanah runtuh dan banjir yang melanda negeri matahari terbit, Jepun terus meragut korban baru apabila dilaporkan 21 orang lagi menjadi mangsa, yang mana menjadi salah satu bencana alam paling banyak meragut korban selepas tragedi gempa bumi dan tsunami yang berlaku pada 2011 di Fukushima. Sehingga kini, bencana alam terbaru itu sudah pun meragut nyawa […]

(Video) Arizona Lumpuh Dengan Ribut Debu, Hujan Lebat Musnahkan Ribuan Kediaman
Tembok debu menyelubungi kawasan metro Phoenix, menjadikan hari siang menjadi gelap selama lebih 1 jam pada Isnin lalu, disusuli dengan ribut, guruh, kilat, angin kencang sehingga menyebabkan banyak harta benda yang rosak. Pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa Phoenix Sky Harbor berkata kira-kira 12 penerbangan telah dibatalkan dan hampir 100,000 penduduk daerah tersebut kehilangan punca elektrik […]

(Video) Tak Pasal Kena Lempang
New Delhi – Baru-baru ini sebuah video menunjukkan seorang pengantin perempuan menampar seorang tetamu lelaki menjadi tular di media sosial. Difahamkan, pengantin perempuan itu bertindak demikian kerana tetamu berkenaan mengangkatnya tanpa persetujuan. Selepas diangkat oleh lelaki itu, pengantin perempuan yang berang lantas menampar muka lelaki tersebut dengan kuat. Kejadian itu berlaku dalam satu upacara ‘Jaimala’ […]

Di Usia 86 Tahun, Bekas PM Thai Kahwin Lagi
Pada usia 86 tahun, bekas Perdana Menteri Thailand, Chavalit Yongchaiyudh telah berkahwin dengan seorang wanita berusia 53 tahun. Beliau yang berkahwin kali keempat dikatakan telah bercerai dengan isteri terdahulu kira-kira 10 tahun lalu. Jeneral Chavalit mengakui mempunyai wanita baru di dalam hidupnya selepas gambar perkahwinan mereka tersebar di media sosial. Wanita berkenaan dikenali sebagai Orathai […]

Anak Dibaham Buaya, Ibu Sanggup Terjun Ke Sungai Untuk Selamatkannya
Niat seorang budak lelaki untuk mengambil air di sungai berakhir dengan tragedi apabila dia digigit dan diseret ke dalam sungai oleh seekor buaya. Yadi Putra, 11, dari Tanjab Timur, Jambi, Indonesia bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh ibunya yang sanggup terjun ke dalam sungai tersebut. Difahamkan, dalam kejadian pada Sabtu sekitar pukul 10.30 malam, Yadi dikatakan pergi […]

Bertarung Nyawa, Diserang Kanser Ovari Ketika Umur Baru 15 Bulan
Seorang bayi ketika ini sedang bertarung nyawa selepas diagnosis dengan penyakit kanser ovari, ketika itu baru berusia 15 bulan. Harlow yang berasal daripada California, Amerika Syarikat terpaksa menjalani rawatan kemoterapi, pembedahan dan rawatan pemindahan sel stem, ketika itu hanya mempunyai 50 peratus peluang untuk hidup. Bayi perempuan ini diagnosis dengan penyakit kanser yang biasanya hanya […]

(Video) Terkorban Dalam Misi Menyelamat Gua Di Thailand, Saman Kunan Diingati Sebagai ‘Hero Dunia’
Dunia telah meraikan kejayaan misi menyelamat 12 orang ahli pasukan bola sepak bersama jurulatih mereka yang terperangkap selama dua minggu di sebuah gua di Thailand. Namun, dalam misi tersebut, seorang penyelamat merupakan bekas SEAL Tentera Laut Thailand telah terkorban selepas menghantar tangki oksigen ke lokasi kanak-kanak tersebut terperangkap. Ketika dalam perjalanan pulang, beliau tiba-tiba tidak […]

Punyai Keturunan Lima Generasi, Lelaki Ini Mungkin Miliki Keluarga Terbesar Di Dunia
Seorang lelaki di Ukraine hari ini memohon Guiness World Book of Record mengisytiharkan diri sebagai lelaki yang mempunyai keluarga terbesar di dunia. Pavel Semenyuk, 87, memberitahu media bahawa dia seringkali mengimpikan sebuah keluarga yang besar terutama apabila isterinya melahirkan 13 orang anak. Daripada 13 orang anak itu, keluarga Semenyuk semakin berkembang kepada 346 orang dengan […]

Pogba Dedikasi Kemenangan Untuk Pasukan Bola Sepak Thailand Yang Terperangkap
Pemain tengah Paul Pogba telah mendedikasikan kemenangan malam tadi untuk semifinal Piala dunia Perancis ke atas Belgium untuk pemain bola sepak muda yang diselamatkan dari gua di Thailand selepas 18 hari terperangkap. Gol kedua Samuel Umtiti di St. Petersburg sudah cukup untuk mendapatkan Les Bleus melepasi Roberto Martinez ke perlawanan akhir Ahad ini menentang England […]

(Video) Selamat Tinggal Real Madrid, Selamat Datang Juventus
Cristiano Ronaldo, salah seorang pemain bola sepak terbaik sepanjang zaman sah meninggalkan gergasi Sepanyol dan Raja Eropah, Real Madrid untuk mencari angin baru di kota Turin untuk beraksi bersama-sama dengan kelab Juventus. Permintaan Ronaldo kepada majikan lamanya untuk berpindah setelah sembilan tahun menabur bakti akhirnya direstui apabila Real Madrid dikatakan bersetuju dengan yuran perpindahan sebanyak €100 […]

Akibat Derhaka, Anak Ditembak Mati Oleh Ibu Sendiri
Seorang lelaki berusia 72 tahun maut apabila ditembak dibahagian leher dan rahang oleh ibunya yang berusia 92 tahun. Kejadian ini berlaku apabila anaknya, menyatakan hasrat untuk menghantar ibunya di rumah penjagaan orang tua selama beberapa hari. Selain daripada anaknya, teman wanitanya juga hampir ditembak oleh ibunya namun berjaya merampas dua pucuk pistol. Teman wanita anaknya […]

Terkini: 17 Hari Terperangkap, Kesemua Mangsa Dalam Gua Thailand Selamat Dikeluarkan
Thailand, 10 Julai – Penyelam di utara Thailand berjaya mengeluarkan kesemua 13 mangsa yang terperangkap di dalam gua berjaya dikeluarkan selepas 17 hari mereka semua terperangkap di dalam gua terbabit. Kes terbabit mencuri tumpuan dunia sehingga mengumpulkan para penyelam terkemuka dari serata dunia yang berusaha keras menyelamatkan kesemua mangsa. Lapan mangsa pertama yang diselamatkan, pada […]

(Video) Tersentuh Tengok Ibu Panda Derita 3 Hari Sakit ‘Contraction’ Sebelum Lahirkan Anak
Mana-mana ibu akan memberitahu bahawa melahirkan adalah proses yang panjang dan menyakitkan walaupun ia merupakan saat yang paling ditunggu-tunggu semua orang semata-mata untuk satu nyawa. Namun, semakin lama lagi proses kelahiran itu, semakin berat sakit yang ditanggung. Video dibawah ini menunjukkan seekor Panda yang diberi nama MinMin terpaksa menahan sakit selama 3 hari sebelum dapat melahirkan […]

Pelajar Ini Berdiri 4 Jam Di Stesen Keretapi Untuk Meminta Kerja Selepas Beratus Permohonan Tak Dibalas
Seorang pelajar yang telah memohon hampir 100 pekerjaan dalam talian telah bertindak di luar jangkaan dengan menghabiskan masa selama 4 jam di stesen keretapi yang sibuk selepas kesemua permohonanannya tak dibalas. Kamran Hussain, 21, dari Walthamstow, memutuskan untuk berbuat demikian selepas tidak mendapat sebarang berita daripada beratus firma yang telah dipohon melalui internet. Pada hari Selasa […]

Penerbit Dari Hollywood Dah Sampai Ke Lokasi Gua Tham Luang Untuk Terbitkan Filem
Penerbit daripada Hollywood dikhabarkan telah tiba di lokasi operasi menyelamat antara yang paling bahaya di dunia, Gua Tham Luang untuk meninjau operasi yang dijalankan oleh 90 penyelam melibatkan beberapa buah negara antaranya Thailand, Australia, Amerika Syarikat dan United Kindom. Walaupun operasi menyelamat masih lagi berjalan, kedua-dua mereka dikatakan sudah pun mempunyai plot penceritaan mengenai tragedi […]

Jepun Dengan Ciptaan Merentas Masa Hasilkan Bawang Tanpa Air Mata
Jepun yang terkenal dengan rekaan merentas masa ini sekali lagi mengejutkan dunia apabila selepas 20 tahun pengkajian, sebuah syarikat makanan Jepun telah berjaya mencipta bawang yang tak mengeluarkan air mata. via GIPHY Bawang India yang diberi nama ‘Smile Ball’ itu merupakan bawang pertama di dunia yang tak memedihkan mata. Hebat teruk. Penemuan ini berjaya mengubah […]

Hanya Kerana Tak Asingkan Cucian Warna Baju Putih, Pembantu Rumah Dipercayai Diserang Oleh Aktres Cantik Ini
Seorang aktres cantik Bollywood didakwa telah mencederakan pembantu rumahnya hanya kerana dia terlupa mengasingkan cucian pakaian yang berwarna putih dan gelap. Pembantu rumah, Esther Khes, 31, dikatakan telah memfailkan tindakan undang-undang terhadap bekas majikannya itu selepas insiden diserang dan dihalau tersebut. Menurut Esther, dia menyedari kesalahannya mengenai cucian pakaian yang berwarna putih yang terkena warna […]

Empat Lagi Berjaya Dibawa Keluar, Rancangan Perlu Diubah Jika Mahu Keluarkan Baki 5 Mangsa Sekaligus
Pasukan penyelamat seramai 13 pakar selaman gua warga asing dan lima orang penyelam pasukan khas Navy SEAL Thailand semalam dilaporkan berjaya mengeluarkan 4 mangsa menjadikan 8 mangsa keseluruhan yang terperangkap di dalam Gua Tham Luang sejak 16 hari lalu sudah berjaya dibebaskan. Bagaimanapun misi menyelamat masih belum ditamatkan dengan baki mangsa seramai empat remaja dan […]

Nenek Lempar Cucu Luar Hospital Kerana Berang Anak Gadisnya Lahirkan Bayi Luar Nikah
Seorang nenek melempar cucunya yang baru dilahirkan ke lantai di luar kawasan hospital gara-gara geram kerana anak gadisnya melahirkan seorang bayi secara tiba-tiba tanpa pengetahuan keluarga. Anak gadisnya yang berusia 15 tahun itu bersalin di tepi jalan raya berdasarkan sebuah rakaman video yang tular di laman sosial. Wanita itu bukannya menyambut bayi berkenaan, malah meninggalkan […]