Berita›Luar Negara

Tragedi Belon Udara Panas Terbakar, Seorang Maut
Tragedi Belon Udara Panas Terbakar, Seorang Maut Mexico – Seorang maut manakala dua lagi dilaporkan cedera apabila belon udara panas yang dinaiki terbakar ketika berada di udara pada 11 Mei lalu, lapor BNO News. Menurut pihak berkuasa Zacatecas, siasatan jenayah dilancarkan selepas sebuah belon udara panas terbakar dan terhempas ketika Festival Belon Pertama berlangsung. Pihak […]

Lelaki Maut Dibaham Singa Peliharaan Di Halaman Rumah
Lelaki Maut Dibaham Singa Peliharaan Di Halaman Rumah Seorang lelaki warga Iraq, Aqil Fakhr al-Din, 50, maut selepas dibaham dan sebahagian tubuhnya dimakan oleh singa peliharaannya sendiri. NDTV melaporkan, kejadian berlaku di rumah kediaman mangsa di kawasan Al-Hasinat, dalam daerah Al-Barakiya, Wilayah Najaf, pada Khamis lalu. Insiden dipercayai terjadi hanya beberapa hari selepas mangsa membeli […]

Rusia, Ukraine Akan Bertemu Di Istanbul Buat Pertama Kali Sejak 2022
Rusia, Ukraine Akan Bertemu Di Istanbul Buat Pertama Kali Sejak 2022 ISTANBUL, 15 Mei (Bernama) — Media global menantikan perbincangan mengenai penyelesaian konflik Ukraine yang dijangka diadakan di Istanbul pada Khamis atas inisiatif Presiden Rusia Vladimir Putin. Mesyuarat ini mungkin menandakan hubungan langsung pertama antara delegasi Rusia dan Ukraine sejak Mac 2022, apabila perunding dari […]

TikToker Wanita Maut Ditembak Ketika “Live”
TikToker Wanita Maut Ditembak Ketika “Live” Seorang TikToker wanita dilaporkan maut ditembak ketika sedang “live” di aplikasi TikTok, dalam satu kejadian di sebuah salon kecantikan di Mexico pada Selasa lalu. The New York Times melaporkan, Valeria Márquez, 23, sedang duduk di kerusi sambil memeluk anak patung berwarna merah jambu di atas riba ketika kejadian. Tidak […]

AS, Arab Saudi Meterai Perjanjian Pertahanan Bernilai US$142 Bilion
AS, Arab Saudi Meterai Perjanjian Pertahanan Bernilai US$142 Bilion RIYADH, 13 Mei (Bernama) — Amerika Syarikat (AS) dan Arab Saudi menandatangani perjanjian pertahanan bernilai hampir US$142 bilion pada Selasa, yang disifatkan Rumah Putih sebagai “perjanjian jualan pertahanan terbesar dalam sejarah”. Menurut kenyataan di laman sesawang rasmi Rumah Putih, perjanjian itu menyasarkan untuk membekalkan Arab Saudi […]

Bekas Presiden Uruguay, Jose Mujica Meninggal Dunia
Bekas Presiden Uruguay, Jose Mujica Meninggal Dunia Bekas Presiden Uruguay, Jose Mujica telah meninggal dunia pada usia 89 tahun, lapor BBC. Mentadbir Uruguay dari 2010 hingga 2015, Mujica dikenali sebagai ‘presiden termiskin di dunia’ kerana gaya hidupnya yang sederhana. Berita kematian Mujica telah diumumkan oleh Presiden terkini, Yamandu Orsi dalam laman media sosial X. “Terima […]

Israel Lancar Serangan Ke Atas Hospital Di Gaza, 28 Terkorban
Israel Lancar Serangan Ke Atas Hospital Di Gaza, 28 Terkorban Sekurang-kurangnya 28 orang dilaporkan terbunuh akibat serangan Israel yang disasarkan di sekitar hospital Eropah di Khan Younis pada Selasa. Angka kematian itu disahkan oleh Agensi Pertahanan Awam Gaza . Memetik laporan AFP, serangan itu berlaku selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengumumkan tentera akan memasuki […]

Siri Rakam Audio Peribadi, Pengguna Apple Boleh Tuntut Wang
Siri Rakam Audio Peribadi, Pengguna Apple Boleh Tuntut Wang NEW YORK — Pengguna peranti Apple kini dapat membuat tuntutan pampasan kewangan selepas gergasi teknologi Apple Inc. bersetuju untuk membayar sebanyak $95 juta saman melibatkan dakwaan pembantu suara Siri melanggar privasi pengguna secara tidak sengaja, lapor CBC News. Difahamkan, tuntutan kewangan itu telah dibuka sehingga 2 […]

Gabenor Indonesia Cadang Vasektomi Sebagai Syarat Kelayakan Bantuan Sosial
Gabenor Indonesia Cadang Vasektomi Sebagai Syarat Kelayakan Bantuan Sosial Cadangan yang dikemukakan oleh Gabenor Jawa Barat, Dedi Mulyadi, untuk menjadikan vasektomi sebagai syarat kelayakan bantuan sosial (bansos) telah mencetuskan pelbagai reaksi dan perdebatan hangat. Tempo.co melaporkan bahawa cadangan itu diusulkan bagi mengawal pertumbuhan penduduk dalam kalangan masyarakat miskin. Hal ini kerana, menurut beliau, keluarga miskin […]

Percaya Tafsiran ChatGPT Dakwa Suami Curang, Wanita Failkan Cerai
Percaya Tafsiran ChatGPT Dakwa Suami Curang, Wanita Failkan Cerai Greece – Seorang wanita memfailkan perceraian selepas meminta ChatGPT mentafsir hampas kopi yang telah dihidangkan kepada suaminya, lapor Greek City Times. Tafsiran ChatGPT itu turut menyertakan kehadiran seorang wanita muda yang tekad untuk memisahkan keluarga berkenaan. Mengambil dakwaan ChatGPT dengan bersungguh, wanita tersebut memfailkan perceraian. Ketika […]

Respon Trump Selepas Terima Hadiah Mahal Dari Qatar, Jadi Tumpuan
Respon Trump Selepas Terima Hadiah Mahal Dari Qatar, Jadi Tumpuan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mencetuskan kontroversi apabila dipercayai bersetuju menerima sebuah pesawat jet Boeing 747-8 bernilai AS$400 juta (sekitar RM1.7 bilion). Pesawat itu dikatakan ditawarkan oleh keluarga diraja Qatar untuk dijadikan sebagai pesawat Air Force One baharu. Trump, 78, menyifatkan tawaran tersebut sebagai […]

Hyperloop China Dalam Ujian, Disasar Capai Kelajuan Setanding Kapal Terbang
Hyperloop China Dalam Ujian, Disasar Capai Kelajuan Setanding Kapal Terbang China telah menjalankan ujian skala penuh terhadap kereta api hyperloop dalam tiub vakum sepanjang dua kilometer. Ujian yang dijalankan baru-baru ini dipercayai telah memperlihatkan prototaip itu telah mencapai kelajuan 623km/j, lapor Escape.com. Jurutera di sebalik projek itu bercita-cita tinggi dengan menyasarkan kelajuan melebihi 1,000 km/j, membolehkan […]

PBB Beri Amaran 2.1 Juta Penduduk Gaza Berhadapan Kebuluran Akibat Sekatan
PBB Beri Amaran 2.1 Juta Penduduk Gaza Berhadapan Kebuluran Akibat Sekatan NEW YORK, 12 Mei (Bernama) — Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) menggesa agar sekatan berterusan ke atas Semenanjung Gaza yang kini memasuki minggu kesembilan berturut-turut dihentikan, dengan memberi amaran bahawa nyawa 2.1 juta orang awam berada dalam risiko serius. Menurut […]

Sekurang-Kurangnya 13 Maut, Termasuk Empat Anggota Tentera Dalam Letupan Peluru Di Indonesia
Sekurang-Kurangnya 13 Maut, Termasuk Empat Anggota Tentera Dalam Letupan Peluru Di Indonesia JAKARTA, 12 Mei (Bernama) — Sekurang-kurangnya 13 orang termasuk empat anggota tentera maut dalam insiden letupan semasa pemusnahan peluru tamat tempoh di Wilayah Jawa Barat, Indonesia, menurut pihak berkuasa. Letupan itu berlaku kira-kira 9.30 pagi waktu tempatan pada Isnin di kawasan terpencil di […]

Nissan Rancang Berhentikan 10,000 Pekerja – Media Jepun
Nissan Rancang Berhentikan 10,000 Pekerja – Media Jepun Nissan merancang untuk memberhentikan 10,000 pekerja di seluruh dunia, lapor media Jepun, NHK, pada Isnin. Memetik AFP, laporan itu disiarkan sehari sebelum pembuat kereta terkemuka itu dijangka mendedahkan lebih lanjut mengenai kerugian tahunan yang dicatatkan oleh mereka iaitu sekitar $5 bilion. Keputusan untuk mengurangkan pekerja itu dikatakan […]

Media Negara Jiran Akui Tidak Mampu Kalahkan Malaysia
Media Negara Jiran Akui Tidak Mampu Kalahkan Malaysia Media negara jiran mengakui bahawa nilai mata wang negara itu semakin lemah dan tidak lagi mampu bersaing dengan banyak mata wang serantau. CNBC Indonesia melaporkan mata wang Indonesia, rupiah, terus mencatat penyusutan ketara berbanding beberapa mata wang utama di Asia termasuk ringgit Malaysia. Menurutnya, kejatuhan ini berlaku […]

Pakistan Lancar “Operasi Bunyan-un-Marsoos” Susulan Serangan India Ke Atas Pangkalan Udara
Pakistan Lancar “Operasi Bunyan-un-Marsoos” Susulan Serangan India Ke Atas Pangkalan Udara NEW DELHI, 10 Mei (Bernama) — Pakistan pada awal Sabtu mengumumkan telah melancarkan “Operasi Bunyan-un-Marsoos” yang menyasarkan beberapa lokasi di seberang sempadan, susulan serangan udara India ke atas beberapa pangkalan udara utama negara itu. Beberapa kawasan di Kashmir yang ditadbir India serta negeri barat […]

Lelaki Tunjuk Macam Mana Tamatkan Semua Episod One Piece Dalam 24 Jam Jam
Lelaki Tunjuk Macam Mana Tamatkan Semua Episod One Piece Dalam 24 Jam Seorang pencipta kandungan di YouTube, Alex Onay mendakwa menghabiskan masa selama 24 jam menonton kesemua episod anime terkenal, One Piece. Video berdurasi 20 minit yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya itu menerangkan bagaimana dan mengapa dia bertekad untuk lakukan perkara tersebut. “Salah […]

Tak Hirau Penat Lelah, Anak Gendong Ibu Lumpuh Ketika Melancong
Tak Hirau Penat Lelah, Anak Gendong Ibu Lumpuh Ketika Melancong Shanghai – Seorang lelaki meraih perhatian ramai apabila tular gambarnya sedang mengendong ibunya ketika mereka melancong pada cuti Hari Pekerja, lapor South China Morning Post. Dengan menggunakan kain anduh bayi tradisional China, Chai Wanbin, 51 tahun, dirakam menggendong ibunya, berusia 88 tahun yang lumpuh di […]

Thailand Catat Lebih 41,000 Kes Covid-19, Dijangka Akan Meningkat Pada Musim Hujan
Thailand Catat Lebih 41,000 Kes Covid-19, Dijangka Akan Meningkat Pada Musim Hujan Nonthaburi – Jabatan Kawalan Penyakit (DDC) Thailand menjangkakan jangkitan Covid-19 di negara tersebut berkemungkinan meningkat berikutan musim hujan dan pembukaan sekolah yang bakal tiba. Menurut laporan The Nation, Ketua Pengarah DDC, Dr Panumas Yanwetsakul mendedahkan sebanyak 7,013 kes berkaitan Covid-19 dilaporkan dari 4 […]