Berita›Luar Negara

Pesawat Tentera Sudan Terhempas, 46 Orang Maut
Pesawat Tentera Sudan Terhempas, 46 Orang Maut Sudan – 46 orang terbunuh apabila sebuah pesawat tentera milik Sudan terhempas di kawasan perumahan luar bandar Khartoum, lapor AFP. Pesawat Antonov tersebut terhempas pada malam Selasa berdekatan salah satu pangkalan udara terbesar di Omdurman, Wadi Seidna. Menurut jurucakap tentera, pesawat yang terhempas ketika berlepas itu mengorbankan dan […]

Pendaki Cemas Selamatkan Diri, Runtuhan Salji Tiba-tiba Berlaku
Pendaki Cemas Selamatkan Diri, Runtuhan Salji Tiba-tiba Berlaku Sekumpulan pendaki menghadapi detik cemas apabila menyaksikan runtuhan salji berlaku di depan mata mereka di Gunung Salji Meili, China. Menurut CNN, kejadian yang berlaku secara tiba-tiba di bahagian cerun gunung di barat daya negara itu turut berjaya dirakam dan menjadi tular menerusi aplikasi Weibo. Sementara itu, media […]

Gaza: Enam Bayi Baru Lahir Maut Akibat Cuaca Sejuk
Gaza: Enam Bayi Baru Lahir Maut Akibat Cuaca Sejuk Agensi Pertahanan Awam Gaza pada Selasa melaporkan enam bayi meninggal dunia akibat gelombang sejuk di wilayah Palestin sejak minggu lalu, lapor AFP. “Kami merekodkan kematian enam bayi baru lahir dalam tempoh seminggu, yang berpunca daripada gelombang sejuk melampau dan kekurangan pemanas,” ujar jurucakap agensi itu, Mahmud […]

Wanita Hilang Lebih 3 Bulan Ditemui Maut Dibunuh
Wanita Hilang Lebih 3 Bulan Ditemui Maut Dibunuh Seorang wanita warga Thailand yang dilaporkan hilang sejak tiga bulan lalu ditemui maut dalam keadaan tragis. Mayatnya yang rentung dijumpai di kawasan pergunungan berhampiran bandar Salalah, Oman. Polis tempatan telah mengesahkan bahawa mayat tersebut adalah milik Athitiya “Mind” Wilachan, 29, selepas ujian DNA dilakukan. Penemuan ini didedahkan […]

Microsoft Perkenal Cip Pengkomputeran Kuantum Pertama
Microsoft Perkenal Cip Pengkomputeran Kuantum Pertama Washington – Microsoft memperkenalkan cip pengkomputeran kuantum (quantum computing) pertama syarikat tersebut pada Rabu, lapor CNBC. Pengumuman tersebut dibuat selepas hampir 20 tahun syarikat konglomerat teknologi Amerika Syarikat (AS) itu menjalankan penyelidikan dalam bidang berkenaan. Dakwa Microsoft, penghasilan cip Majorana 1 itu memerlukan pembangunan satu bentuk jirim baharu yang […]

Suami Hadiahkan Isteri RM12 Juta Selepas Bersalin Anak Kedua
Suami Hadiahkan Isteri RM12 Juta Selepas Bersalin Anak Kedua Setiap ibu hamil perlu melalui sebuah perjalanan yang penuh dengan tuntutan dan pengorbanan, baik dari segi fizikal, emosi mahupun mental. Cabaran mengandungkan zuriat selama sembilan bulan, ditambah pula dengan kesakitan kontrasi sewaktu bersalin memerlukan ketabahan dan kekuatan yang luar biasa. Oleh itu, sokongan yang diberi oleh […]

Bekas Pemain Arsenal, Mesut Özil Kini Sertai Politik Turkiye
Bekas Pemain Arsenal, Mesut Özil Sertai Politik Turkiye Bekas pemain bola sepak Arsenal dan Real Madrid, Mesut Özil dilapor terjun ke bidang politik dengan menyertai Parti Keadilan dan Pembangunan Turki (AKP), lapor Sky News. Pemain kelahiran Jerman yang berusia 32 tahun itu telah menjadi ahli majlis bagi parti pemerintah Turkiye, Parti AKP. Pengumuman itu dibuat […]

Kanak-Kanak Dilapor Maut, Tangan Tersangkut Lubang Air Kolam Renang
Kanak-Kanak Dilapor Maut, Tangan Tersangkut Lubang Air Kolam Renang Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dilaporkan maut selepas tangannya tersangkut pada lubang saliran air kolam renang di sebuah hotel. Menurut laporan media tempatan, insiden malang ini berlaku di Kecamatan Pameungpeuk, Kabupaten Garut, sekitar pukul 10.00 pagi waktu tempatan. Mangsa yang berasal dari Desa Bojong Kaler […]

Hilang Sejak Januari 2024, Rangka Manusia Ditemui Dipercayai Milik Jurujual Kereta
Hilang Sejak Januari 2024, Rangka Manusia Ditemui Dipercayai Milik Jurujual Kereta Misteri kehilangan seorang wanita, Feni Ere, 28, sejak setahun lalu terungkai apabila penemuan rangka manusia dipercayai miliknya di Kota Palopo, Sulawesi Selatan, petik detik.com. Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Palopo, AKP Supriadi mengesahkan perkara itu selepas tengkorak wanita ditemui oleh dua penunggang motosikal yang […]

Penerbangan American Airlines Dilencongkan Ke Rom Susulan Ancaman Bom
Penerbangan American Airlines Dilencongkan Ke Rom Susulan Ancaman Bom ROM, 24 Feb (Bernama-Xinhua) — Sebuah penerbangan American Airlines yang dalam perjalanan dari New York ke Delhi terpaksa dilencongkan ke Rom susulan ancaman bom pada petang Ahad, lapor Agensi Berita Itali ANSA pada Ahad. Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada […]

Disangka Sakit Gigi Biasa, Lelaki Meninggal Dunia Usai ‘Ditidurkan’
Disangka Sakit Gigi Biasa, Lelaki Meninggal Dunia Usai ‘Ditidurkan’ Sakit gigi sering dianggap sebagai masalah kecil yang boleh dirawat dengan mudah. Namun, siapa sangka keadaan ini boleh bertukar menjadi ancaman yang meragut nyawa? Baru-baru ini, seorang wanita dari Bandung berkongsi kisah tragis suaminya yang meninggal dunia akibat komplikasi daripada sakit gigi di akaun TikTok miliknya, […]

23 Individu Termasuk 7 Anggota Polis Cedera Dalam Letupan Bom Di Yala
23 Individu Termasuk 7 Anggota Polis Cedera Dalam Letupan Bom Di Yala NARATHIWAT, 23 Feb (Bernama) — Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi. Ketua Polis Bannang Sata, Kol. Pol. Ranon Surawit, berkata kejadian berlaku […]

Pasangan Suami Isteri Ditemui Maut Dalam Kereta
Pasangan Suami Isteri Ditemui Maut Dalam Kereta Sepasang suami isteri ditemui kaku di dalam sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan raya Jogja-Magelang, kawasan Krakitan, Salam, Kabupaten Magelang. Menurut laporan media tempatan, polis mengesahkan bahawa wanita tersebut sedang hamil tujuh bulan. “Mereka pasangan suami isteri. Isterinya sedang hamil tujuh bulan dan merupakan penduduk Sleman,” kata […]

Mercedes Benz Diubah Menjadi “Rumah Sakit Bergerak”
Mercedes Benz Diubah Menjadi “Rumah Sakit Bergerak” Gabenor Jawa Barat, Dedi Mulyadi, sekali lagi mencuri tumpuan apabila mencetuskan perubahan besar dalam usaha meningkatkan ‘kecekapan’ perbelanjaan kerajaan negeri. Terbaru, beliau mengarahkan agar kenderaan rasmi jenis Mercedes Benz Sprinter dialih fungsi menjadi “rumah sakit bergerak” bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat. Menurut Kompas.com, arahan ini diumumkan ketika […]

Pope Francis Dalam Keadaan ‘Kritikal’ – Vatican
Pope Francis Dalam Keadaan ‘Kritikal’ – Vatican Pope Francis kini berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami krisis pernafasan akibat asma yang berpanjangan, menurut kenyataan rasmi Vatican pada Sabtu. “Pagi ini, Pope Francis mengalami krisis pernafasan akibat asma dalam tempoh yang panjang, yang turut memerlukan penggunaan oksigen pada kadar tinggi,” kata pihak Vatican mengenai keadaan pemimpin […]

Cinta Berputik Di Hospital, Lelaki Kahwini Wanita Dilanggarnya
Cinta Berputik Di Hospital, Lelaki Kahwini Wanita Dilanggarnya Sepasang suami isteri di China baru-baru ini meraih perhatian ramai apabila takdir menyatukan mereka melalui sebuah kemalangan kereta, lapor South China Morning Post. Lelaki yang dikenali sebagai Li, 36, dan isterinya yang berusia 23 tahun telah melangsungkan perkahwinan di wilayah Hunan pada Februari ini. Difahamkan, kisah percintaan […]

Saintis China Temui Koronavirus Baharu Dalam Kelawar, Berisiko Jangkiti Manusia
Saintis China Temui Koronavirus Baharu Dalam Kelawar, Berisiko Jangkiti Manusia China – Sekumpulan penyelidik menemui koronavirus baharu dalam kelawar yang berpotensi menjangkiti manusia, lapor Anadolu Agency. Penyelidikan yang dijalankan oleh Makmal Guangzhou dengan kerjasama Akademi Sains Guangzhou, Universiti Wuhan dan Institut Virologi Wuhan itu diterbitkan dalam jurnal Cell pada Selasa. Ia diketuai oleh saintis yang […]

Arab Saudi Larang Siaran Langsung, Rakaman Di Dalam Masjid Sepanjang Ramadan
Arab Saudi Larang Siaran Langsung, Rakaman Di Dalam Masjid Sepanjang Ramadan Kementerian Hal Ehwal Islam, Seruan dan Panduan Arab Saudi mengeluarkan larangan menggunakan kamera di dalam masjid-masjid sepanjang bulan Ramadan, lapor Gulf News. Arahan tersebut merangkumi larangan merakam imam dan jemaah sepanjang mendirikan solat termasuk solat tarawih. Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), kementerian tersebut turut […]

Tengah Santai Main Tenis, Wanita Terkejut Petir Menyambar Sebelah
Tengah Santai Main Tenis, Wanita Terkejut Petir Menyambar Sebelah Sukan outdoor sering menjadi pilihan orang ramai sebagai aktiviti riadah di waktu petang. Sambil melakukan aktiviti fizikal yang tentunya baik untuk tubuh badan, kita juga dapat menikmati suasana petang yang menyenangkan. Namun begitu, aktiviti di luar ini sebenarnya ada risiko tertentu, terutamanya apabila dimainkan dalam keadaan […]

Demonstrasi Indonesia Gelap, Mahasiswa Tuntut 13 Perkara
Ratusan Mahasiswa Sertai Demonstrasi Indonesia Gelap, Tuntut 13 Perkara Indonesia – Badan Eksekutif Mahasiswa Indonesia (BEM SI) mengemukakan 13 tuntutan terhadap kerajaan negara tersebut ketika kemuncak demonstrasi Indonesia Gelap, lapor detik. Demonstrasi yang berlangsung sejak Isnin itu menyaksikan ratusan mahasiswa berkumpul di Patung Kuda, Jakarta dengan Koordinator Perhubungan Masyarakat UPNVJ Bergerak, Bagas Wisnu membacakan kesemua […]