Berita›Luar Negara

Gunung Berapi Meletus, Perkampungan Di Rusia Diselimuti Debu Tebal
Gunung Berapi Meletus, Perkampungan Di Rusia Diselimuti Debu Tebal MOSCOW — Susulan letusan gunung berapi Shiveluch hari ini, sebahagian kawasan di sekitar gunung berkenaan dilaporkan dilitupi debu tebal di Semenanjung Kamchatka, Rusia, lapor AFP. Dalam beberapa rakaman yang dimuat naik di Twitter mendedahkan sebahagian kawasan kediaman berhampiran gunung tersebut dipenuhi debu setebal 8.5 cm. Video […]

Himalaya Hilang Jisim Glasier Bersamaan Berat 570 Juta Gajah – Kajian
Himalaya Hilang Jisim Glasier Bersamaan Berat 570 Juta Gajah – Kajian Satu kajian mendapati Himalaya kehilangan glasier yang jumlahnya menyamai berat 570 juta ekor gajah, lapor India Today. Kajian itu menandakan penyelidik berjaya mendokumentasikan jisim glasier yang hilang buat pertama kali. Ini kerana fenomena berkenaan biasanya berlaku di bawah permukaan dan terhalang daripada pandangan mata […]

Pecah Rekod, Nombor Plat ‘P7’ Dibida RM 66 Juta, Termahal Dunia
Pecah Rekod, Nombor Plat ‘P7’ Dibida RM 66 Juta, Termahal Dunia Satu acara lelongan di Dubai, Emirates Auction berjaya mencatat rekod apabila nombor plat P7 dibida pada harga termahal di dunia, baru-baru ini. Acara berkenaan berlangsung di Four Season Resort Dubai di Pantai Jumeirah, Sabtu lepas yang dianjurkan oleh Emirates Auction dengan kerjasama Badan Pengangkutan […]

Lelaki Dipenjara, Dipercayai Takutkan Ayam Jiran Hingga Mati
Lelaki Dipenjara, Dipercayai Takutkan Ayam Jiran Hingga Mati BEIJING — Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara selepas menyelinap masuk ke reban ayam jirannya dan bertindak menakutkan ribuan ayam jantan sehingga menyebabkan sebahagiannya mati, lapor New York Post. Tertuduh menggunakan lampu suluh untuk menakutkan ayam itu di wilayah Hunan. Perkara itu menyebabkan kawanan ayam saling memijak antara […]

Pemandu Tinggalkan Kereta, Tak Tahan 3 Jam Tunggu “Que” Di Parkir “Mall”
Pemandu Tinggalkan Kereta, Tak Tahan 3 Jam Tunggu “Que” Di Parkir “Mall” Para pengunjung tersadai di perkarangan tempat letak kereta bertingkat di Cardiff selama lebih dari tiga jam ketika Easter Weekends (8-9 April), Sabtu lepas. Beberapa pengunjung pula dilaporkan tekad meninggalkan kenderaan mereka di perkarangan tempat letak kereta tersebut. Memetik Independent, satu barisan kereta yang […]

Pelakon & Model Korea Selatan, Jung Chae Yul Meninggal Dunia
Pelakon & Model Korea Selatan, Jung Chae Yul Meninggal Dunia SEOUL — Pelakon dan model Korea Selatan, Jung Chae Yul dilaporkan meninggal dunia pada usia 26 tahun, lapor Koreaboo.com Menurut laporan Star News, pelakon terbabit ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di rumah pada awal pagi hari ini. Pihak pengurusannya dalam satu kenyataan mengesahkan kematian Chae […]

Taliban Tetapkan Pakaian Sekolah Patuh Syariah Untuk Pelajar
Taliban Tetapkan Pakaian Sekolah Patuh Syariah Untuk Pelajar Perempuan Kerajaan Taliban di Afghanistan telah merangka rang undang-undang yang mencadangkan kod pakaian patuh syariah untuk pelajar sekolah, lapor The Independent. Difahamkan, Kementerian Pendidikan telah menetapkan pemakaian tudung, jubah, tunik panjang dan seluar longgar dalam warna yang berlainan bagi setiap jantina untuk pelajar tersebut. Kesemua pelajar lelaki […]

Pengguna Nyaris Kena “Hook”, Temui Mata Kail Dalam Tin Sardin
Pengguna Nyaris Kena “Hook”, Temui Mata Kail Dalam Tin Sardin Seorang pengguna di Bangkok, Thailand nyaris mengunyah mata kail yang ditemui dalam ikan sardin tin keluaran jenama terkenal di Thailand, lapor The Thaiger. Kejadian itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna di Facebook yang kemudiannya memuat naik gambar penemuan berkenaan sebagai bukti. “Seorang pengguna yang makan […]

Bapa Bunuh Anak Kerana Dimarahi Habiskan Kari Ayam
Bapa Bunuh Anak Kerana Dimarahi Habiskan Kari Ayam Seorang anak dipercayai maut selepas dipukul menggunakan objek kayu oleh bapanya sendiri hanya disebabkan kari ayam dalam kejadian di Karnataka, India pada Selasa. Lapor NDTV, insiden yang berlaku di bandar Sullia itu berpunca apabila mangsa, 32, memarahi bapanya kerana tidak dapat merasai hidangan yang dimasak oleh dirinya […]

Dokumen Sulit Amerika Syarikat Dibocorkan Di Media Sosial
Dokumen Sulit Amerika Syarikat Dibocorkan Di Media Sosial Sejumlah dokumen sulit yang mengandungi perincian rahsia keselamatan Amerika Syarikat dari Ukraine ke Timur Tengah hingga China bertebaran di media sosial pada Jumaat lalu, lapor New York Times. Penyebaran dokumen sulit itu telah mendatangkan kebimbangan Pentagon dan kekacauan kepada pentadbiran Biden. Penganalisis berkata, skala kebocoran dipercayai melebihi […]

Polis Sahkan Pihak Berkuasa Australia Rampas 336Kg Heroin Dari M’sia Ke Brisbane
Polis Sahkan Pihak Berkuasa Australia Rampas 336Kg Heroin Dari M’sia Ke Brisbane KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan Pihak Berkuasa Australia telah berjaya merampas 336 kilogram (kg) dadah jenis heroin yang dibawa masuk dalam sebuah kontena dari Malaysia ke Brisbane, Australia pada 13 Mac lepas. Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd […]

Imam Ditikam Ketika Sujud, Seorang Lelaki Ditahan
Imam Ditikam Ketika Sujud, Seorang Lelaki Ditahan UNITED STATES — Seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan selepas bertindak menikam seorang imam di Masjid Omar, Paterson di New Jersey pada Ahad, lapor CNN. Menurut jurucakap masjid Abdul Hamdan kepada CNN, imam Sayed Elnakib telah ditikam sewaktu rakaat pertama solat Subuh kira-kira pada jam 5.30 pagi waktu […]

Pelakon Veteran Hong Kong, Richard Ng Meninggal Dunia
Pelakon Veteran Hong Kong, Richard Ng Meninggal Dunia HONG KONG — Pelakon dan pelawak veteran, Richard Ng dilaporkan meninggal dunia pada usia 83 tahun semalam, lapor CNA. Mendiang dipercayai menghembuskan nafas terakhir akibat kegagalan jantung. Difahamkan, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Richard menghidap pelbagai penyakit termasuk penyakit buah pinggang dan tahap pendengarannya semakin merosot. Pada […]

Polis Sahkan Pihak Berkuasa Australia Rampas 336kg Heroin Dari Malaysia Ke Brisbane
Polis Sahkan Pihak Berkuasa Australia Rampas 336kg Heroin Dari Malaysia Ke Brisbane KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan Pihak Berkuasa Australia telah berjaya merampas 336 kilogram (kg) dadah jenis heroin yang dibawa masuk dalam sebuah kontena dari Malaysia ke Brisbane, Australia pada 13 Mac lepas. Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd […]

Anjing Dipercayai Ketagih Alkohol, Berjaya Sembuh Lepas Dirawat
Anjing Dipercayai Ketagih Alkohol, Berjaya Sembuh Lepas Dirawat ENGLAND — Seekor anjing dilaporkan berjaya disembuhkan selepas mengalami masalah ketagihan alkohol sejurus kematian pemiliknya. Menerusi satu hantaran sebuah badan amal penempatan haiwan di Plymouth, Woodside Animal Welfare Trust di Facebook memaklumkan haiwan berkenaan dikenali sebagai ‘Coco”. Difahamkan, Coco tiba di pusat penjagaan itu sejak sebulan lalu […]

Populasi Harimau Di India Meningkat Lebih 3,000 Ekor
Populasi Harimau Di India Meningkat Lebih 3,000 Ekor Populasi harimau liar India dilaporkan telah meningkat melebihi 3,000 ekor yang merupakan jumlah terbesar di dunia setakat ini, lapor AFP. Ia adalah berdasarkan bancian yang dikeluarkan pada Ahad. Dengan rekod itu, usaha untuk memulihara spesies terancam itu perlu dipertingkatkan lagi. Seperti yang diketahui, haiwan terbabit juga pernah […]

Kecewa Cinta Tak Dibalas, Tekad ‘Hadiah’ Sekilo Daging Babi Untuk ‘Crush’
Kecewa Cinta Tak Dibalas, Tekad ‘Hadiah’ Sekilo Daging Babi Untuk ‘Crush’ Kecewa cinta tidak dibalas, seorang pelajar lelaki di Britain bertindak menghantar sekilo daging babi kepada ‘crush’nya, iaitu wanita rakan kampusnya yang beragama Islam. Tidak cukup menghantar daging babi, lelaki bernama M (bukan nama sebenar) itu turut mengganggunya menggunakan 44 nombor telefon yang berbeza. Seperti […]

Lelaki Kesal, Jiran Bina Tembok Setinggi 2 Meter Halang Jalan Keluar
Lelaki Kesal, Jiran Bina Tembok Setinggi 2 Meter Halang Jalan Keluar JAKARTA — Rumah sebuah keluarga ‘dipagar’ tembok setinggi dua meter oleh penduduk di Kabupaten Bulukumba, Sulawesi Selatan, Indonesia, lapor KompasTV. Menurut ketua keluarga tersebut, dia kesal terhadap tindakan sesetengah penduduk yang dikenalinya di kawasan berkenaan. Penutupan laluan keluar rumahnya itu menyebabkan keluarga berkenaan mengalami […]

Ikan Paus Sperma Ditemui Terdampar Di Bali
Ikan Paus Sperma Ditemui Terdampar Di Bali JAKARTA — Seekor ikan paus sperma jantan berukuran 17 meter (56 kaki) ditemukan mati selepas terdampar di pantai Yeh Leh di daerah Jembrana, Bali Barat, Indonesia petang semalam, lapor AFP. Menurut pegawai Marin dan Perikanan tempatan, Permana Yudiarso hari ini, paus berkenaan merupakan yang ketiga ditemui terdampar dalam […]

Tragis, Wanita Maut Dibelit Ular Sawa Ketika Menoreh Getah
Tragis, Wanita Maut Dibelit Ular Sawa Ketika Menoreh Getah Indonesia — Seorang wanita dilaporkan maut selepas dibelit ular sawa sepanjang 6 meter ketika sedang menoreh getah pada Jumaat lalu. Memetik TribunSumsel, mangsa, 50, merupakan seorang penoreh getah dan penduduk di Kampung Sukajaya, Sumatera Selatan dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas selepas dibelit reptilia tersebut. Wanita […]