Berita›Luar Negara

Croatia Kini Rasmi Guna Mata Wang Euro
Croatia Kini Rasmi Guna Mata Wang Euro Negara Croatia secara rasminya telah menjadi negara ke-20 yang menyertai Zon Euro dan secara langsung bakal menggunakan mata wang euro, menggantikan mata wang lama iaitu kuna. Memetik laporan CNN, wang kertas dan syiling euro kini mula diedarkan di negara berkenaan, malah kira-kira 70 peratus mesin ATM di negara […]

Gaji Tahunan Pegawai Kanan Kerajaan Korea Dibekukan Untuk 2023
Gaji Tahunan Pegawai Kanan Kerajaan Dibekukan Untuk 2023 SEOUL, 3 Jan (Bernama) — Kabinet pada Selasa meluluskan pelan pembekuan gaji tahunan pegawai kanan kerajaan untuk tahun ini sejajar langkah kerajaan mengurangkan perbelanjaan dan menjamin disiplin fiskal, lapor Yonhap memetik Kementerian Pengurusan Kakitangan. Menerusi pelan itu, gaji tahunan penjawat awam daripada gred 4 dan lebih tinggi […]

Tanda Penghargaan, Pekerja Syarikat Landskap Ini Dapat Bonus Antara RM 30k Hingga RM 881k
Tanda Penghargaan, Pekerja Syarikat Landskap Ini Dapat Bonus Antara RM 30k Hingga RM 881k Ruppert Landscape, sebuah syarikat yang terlibat dalam industri landskap di Amerika Syarikat mengumumkan pemberian bonus lumayan kepada pekerjanya. Semua staf yang berkhidmat melebihi tempoh satu tahun layak menikmati bonus itu sebagai tanda terima kasih di atas peranan yang dimainkan dalam perkembangan […]

Empat Maut Dalam Nahas Pertembungan Helikopter Di Australia
Empat orang dilapor terkorban dalam nahas pertembungan di udara antara dua helikopter berhampiran Sea World di Gold Coast, Australia kira-kira pukul 2 petang baru-baru ini. Susulan daripada itu, pihak polis Queensland berkata siasatan awal menunjukkan nahas tersebut berlaku apabila sebuah helikopter sedang melakukan pendaratan manakala sebuah lagi sedang berlepas. Difahamkan kesemua yang terkorban berada dalam […]

Fantasi Jadi Realiti, Lelaki Belanja Sekitar RM100,000 Untuk Kostum Serigala
Demi memenuhi impian untuk menjadi serigala, seorang lelaki di Jepun sanggup membelanjakan sekitar RM100,000 ($23,000) untuk kostum serigala yang asli buatan tangan. Difahamkan, Zeppet merupakan syarikat yang bertanggungjawab untuk menunaikan mimpinya itu. Hal ini kerana sebelum ini, ia pernah mencipta sut anjing khas kerana pelanggan mahu anjingnya sentiasa ‘hidup’. Ekoran daripada itu, syarikat tersebut telah […]

Jepun Tawar Insentif RM33,600 Jika Pindah Dari Ibu Kota Untuk ‘Pulihkan’ Populasi
Kerajaan Jepun menawarkan insentif sebanyak RM33,600 bagi setiap anak dalam keluarga yang berpindah dari ibu kota, dalam usaha untuk memulihkan kekurangan populasi di seluruh negara, lapor The Guardian. Pemberian insentif yang akan diperkenalkan pada bulan April itu mempunyai peningkatan dramatik daripada kadar insentif pemindahan sebelumnya iaitu berjumlah sebanyak RM10,000 sahaja. Ia merupakan sebahagian daripada usaha […]

Isteri Maut, Suami Campak Dari Tingkat Tiga
Seorang wanita disahkan meninggal dunia selepas dilapor dicampak oleh suami dari tingkat tiga sebuah bangunan di kawasan Kotwal, India pada malam Ahad, lapor NDTV. Difahamkan, mangsa berusia 32 tahun didakwa bergaduh dengan suspek mengenai beberapa isu sebelum suspek bertindak untuk mencampaknya. Superintendan Polis (Bandar) Kapil Dev Singh berkata, mangsa yang mengalami kecederaan serius itu dikejarkan […]

Kemalangan Motor: Terbaring Tepi Jalan Selama Enam Hari Disangka Mati
Seorang lelaki yang mengalami kecederaan dalam kemalangan motosikal dilaporkan selamat selepas terbaring selama enam hari di tepi jalan di wilayah Isaan Udon Thani, Thailand. Difahamkan mangsa, Witthawat Nanthapetch dilaporkan hilang pada 29 Disember tahun lalu selepas pergi ke bar untuk minum bersama-sama rakan-rakannya. Menurut rakaman kamera litar tertutup (CCTV), Witthawat, 22 tahun dilihat berjalan keluar […]

Harga Minyak & Petrol Pertamina Turun
Harga Minyak & Petrol Pertamina Turun PT Pertamina (Persero) secara rasmi mengumumkan penurunan harga minyak bahan bakar tidak bersubsidi (BBM) di Indonesia pada hari Selasa, lapor CNBC Indonesia. Penurunan harga bahan api ini terpakai kepada produk Pertamax (RON92), Pertamax Turbo (RON98), Dexlite dan Pertamina Dex. Penurunan harga bahan api bukan subsidi berkuat kuasa mulai Selasa, […]

Perdana Menteri UK Rancang Wajibkan Pelajar Belajar Matematik Hingga Umur 18 Tahun
Perdana Menteri UK Rancang Wajibkan Pelajar Belajar Matematik Hingga Umur 18 Tahun Perdana Menteri United Kingdom (UK), Rishi Sunak merancang untuk mewajibkan kesemua pelajar bagi mempelajari mata pelajaran matematik sehingga berusia 18 tahun. BBC News melaporkan, Rishi Sunak mengumumkan perancangan itu dalam ucapan pertamanya pada tahun 2023, yang akan digunakannya untuk menetapkan keutamaannya untuk tahun […]

Tesla Terhumban 250 Kaki Dari Tebing, Semua Mangsa Dilapor Terselamat
Tesla Terhumban 250 Kaki Dari Tebing, Semua Mangsa Dilapor Terselamat Dua orang dewasa dan dua lagi kanak-kanak berjaya terselamat tanpa sebarang kecederaan selepas kereta Tesla yang dinaiki terjunam kira-kira 250 kaki dari tebing Lebuhraya Pantai Pasifik California, lapor CNN. Insiden itu dilaporkan berlaku pada pagi Isnin di sebuah kawasan yang dipanggil sebagai Devil’s Slide, kira-kira […]

Lepaskan Kembali Ke Laut Selepas Terdampar Di Pantai, Lelaki Harap Jerung Kenang Budi
Seorang peluncur ‘berjiwa besar’ dikatakan telah membawa ‘pulang’ seekor jerung yang terdampar di pantai kembali ke laut dalam kejadian di Eastern View, Victoria di Australia. Menurut laporan, Paul Myles, 55 tahun, dia menjumpai jerung tersebut dalam keadaan yang belum matang (masih kecil) serta berpotensi dalam keadaan bahaya di pantai berkenaan. Ekoran itu, Paul cuba untuk […]

Penyelidik Dakwa Pisau iKnife Mampu Kesan Kanser Rahim Dalam Masa Singkat
Penyelidik Dakwa Pisau iKnife Mampu Kesan Kanser Rahim Dalam Masa Singkat Pasukan penyelidik di London mendakwa bahawa pisau bedah iKnife mampu mendiagnosis kanser rahim dalam beberapa saat, membolehkan ribuan pesakit untuk sembuh dengan lebih cepat, lapor The Guardian. Kanser rahim adalah kanser keempat yang lazim dialami oleh golongan wanita dan menjejaskan kira-kira 9,000 orang dalam […]

Tugasan Di Eropah Dah Selesai, Saya Sudah Menang Segalanya Di Sana – Ronaldo
Tugasan Di Eropah Dah Selesai, Saya Sudah Menang Segalanya Di Sana – Ronaldo Penyerang terbaru kelab Al-Nassr, Cristiano Ronaldo tegaskan mahu dilayan sama rata seperti rakan pasukannya selepas sah menandatangani kontrak bersama kelab itu pada Jumaat yang lalu. Menurut laporan Fox News, Ronaldo telah mula menjalani latihan di Mrsool Park Stadium di Riyadh, Arab Saudi […]

Kru Landasan Kapal Terbang Maut, Tersedut Ke Dalam Enjin Pesawat
Kru Landasan Kapal Terbang Maut, Tersedut Ke Dalam Enjin Pesawat Seorang pekerja kru darat sebuah syarikat penerbangan meninggal dunia pada hari Sabtu selepas disedut ke dalam enjin pesawat di Alabama, kata Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NSTB). Berdasarkan laporan Yahoo News, pekerja itu “tertelan” ke dalam enjin sebuah pesawat American Airline Embraer 170 yang diletakkan di […]

Presiden FIFA, Gianni Infantino “Selfie” Sebelah Keranda Pele
Presiden FIFA, Gianni Infantino “Selfie” Sebelah Keranda Pele Presiden FIFA Gianni Infantino bergambar bersama rakan dan keluarga Pele di sebelah keranda pemain lagenda bola sepak Brazil yang sedang terbuka pada awal minggu ini, lapor Mirror. Infantino kini dilaporkan berada di Brazil untuk memberi penghormatan terakhir kepada Pele, yang meninggal dunia pada usia 82 tahun akibat […]

China Selar Tindakan Ujian COVID-19 Wajib Ke Atas Pelancong Warganya, Janji Bertindak Balas
Beijing Selar Tindakan Ujian COVID-19 Wajib Ke Atas Pengembara Dari China Kerajaan China telah mengkritik terhadap keperluan untuk mengambil ujian COVID-19 wajib yang dikuatkuasa oleh beberapa negara terhadap penumpang kapal terbang yang berlepas dari negaranya. Amerika Syarikat, Kanada, Perancis dan Jepun merupakan antara negara yang mewajibkan para pengembara dari China untuk menunjukkan ujian COVID-19 dengan […]

Air Disalurkan Tidak Berusik, Usaha Menyelamat Budak Lelaki Jatuh Dalam Lubang Konkrit Masih Diteruskan
Air Disalurkan Tidak Berusik, Usaha Menyelamat Budak Lelaki Jatuh Dalam Lubang Konkrit Masih Diteruskan VIETNAM – Pihak berkuasa tempatan masih meneruskan usaha untuk menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang terperangkap dalam lubang paip konkrit sedalam 35 meter di wilayah selatan Dong Thap pada Sabtu lalu. Memetik laporan AFP, walaupun selepas tiga hari kanak-kanak […]

Korea Selatan Denda Tesla 2 Juta Dolar Atas Dakwaan Pengiklanan Palsu
Korea Selatan Denda Tesla 2 Juta Dolar Atas Dakwaan Pengiklanan Palsu Pihak berkuasa Korea Selatan berkata, pihaknya akan mendenda Tesla sebanyak 2.85 bilion won (RM 9.85 bilion) atas kegagalannya untuk memaklumkan kepada pengguna mengenai julat pemanduan kereta elektrik tersebut pada waktu musim sejuk. “Syarikat tersebut didapati telah membuat membuat dakwaan paksu serta berlebih-lebihan mengenai jarak […]

Cipta Sejarah Baharu, Danuri Si Pengorbit Bulan Berjaya Rakam Gambar Permukaan Bulan Dan Bumi
Cipta Sejarah Baharu, Danuri Si Pengorbit Bulan Berjaya Rakam Gambar Permukaan Bulan Dan Bumi SEOUL — Pengorbit bulan pertama Korea Selatan, Danuri dilaporkan berjaya menghantar gambar berwarna hitam putih yang memaparkan permukaan bulan dan bumi hari ini. Dinamakan sebagai Danuri, ia merupakan gabungan perkataan Korea yang membawa maksud “Bulan” dan “Nikmatilah”. Institut Penyelidikan Aeroangkasa Korea […]