Berita›Luar Negara

Pasangan Kekasih Dapat ‘Durian Runtuh’ Jumpa Syiling Emas Lama Bawah Rumah
Pasangan Kekasih Dapat ‘Durian Runtuh’ Jumpa Syiling Emas Lama Bawah Rumah UNITED KINGDOM- Sepasang suami isteri dilapor menjumpai syiling emas yang besar bernilai £2,50,000 (RM1289238.56) di bawah lantai dapur rumah semasa melakukan pengubahsuaian lantai, lapor Times Now. Menurut laporan, terdapat 264 keping emas, yang berusia lebih 400 tahun itu ditemui semasa kerja-kerja pengubahsuaian papan lantai […]

Dua Beranak Parah, Melecur Teruk Disambar Api Ketika Ingin Bakar Semut
Dua Beranak Parah, Melecur Teruk Disambar Api Ketika Ingin Bakar Semut INDONESIA – Seorang ibu dan anaknya dilapor melecur teruk disambar api selepas cuba membakar semut di lantai rumah menggunakan minyak petrol. Kejadian yang melibatkan ibu, 18 dan anaknya, 1 di rumah mereka di Dusun Towan, Desa Boro pada Sabtu (3/9/2022) telah disahkan 0leh Ketua […]

Mangsa Ditemui Tengah ‘Bersantai’ Di Rumah, Operasi Kesan Pemandu Lori Jatuh Gaung Ditamatkan
Mangsa Ditemui Tengah ‘Bersantai’ Di Rumah, Operasi Kesan Pemandu Lori Jatuh Gaung Ditamatkan Operasi menyelamat seorang lelaki yang dilaporkan hilang selama dua hari selepas lorinya dilaporkan terjatuh ke dalam gaung di Sireview Lauik, Sumatera Selatan berakhir apabila dia ditemui berada di rumahnya. Memetik laporan Kompas.com, pemandu lori berusia 35 tahun itu ditemui di rumahnya di […]

Ibu Sendiri Izinkan Ayah Merogol, Remaja Nekad Lari Rumah Tak Tahan Jadi Mangsa Rogol
Ibu Sendiri Izinkan Ayah Merogol, Remaja Nekad Lari Rumah Tak Tahan Jadi Mangsa Rogol INDONESIA- Tindakan seorang remaja nekad melarikan diri dari rumah membongkar kisah tragis yang dilaluinya semasa hidup di bawah jagaan ibu dan bapa tirinya. Menurut portal Detik, bapa tiri kepada remaja tersebut dilaporkan telah merogol anak tirinya yang masih di bawah umur […]

Jakarta Dijangka Tenggelam Menjelang 2050
Jakarta Dijangka Tenggelam Menjelang 2050 INDONESIA – Sekitar 90% kawasan Jakarta diramalkan akan ditenggelami air terutama bahagian utara pada tahun 2050. Perkara itu dinyatakan oleh Presiden Pengarah PAM Jaya, Arief Nasrudin dan berpunca daripada penggunaan air bawah tanah yang tidak dapat diselesaikan. “Ada beberapa isu yang turut menjadi cabaran PAM Jaya,” kata Arief, dikutip dari […]

Dianggap Sisa ‘Vampire’, Rangka Mayat Wanita Bersabit & Ibu Jari Berkunci Ditemui
Dianggap sebagai sisa vampire, rangka mayat wanita bersabit di leher dan ibu jadi berkunci ditemui sepasukan ahli arkeologi baru-baru ini. Sebelum ini, Poland yang terletak di Eropah Tengah amat sinonim dengan penemuan prasejarah yang dikenali sebagai sisa-sisa ‘vampire’ sehingga menjadikan negara itu sebagai ‘tuan rumah’ atas penemuan yang biasa ditemui. Jari terkunci dan bersabit di […]

Luluh Hati Ibu Bapa Dapat Tahu Kematian Anak Ada Kaitan Dengan Sindiket Penipuan Kerja
BANGKOK, 4 Sept (Bernama) — Pasangan suami isteri warga Malaysia yang ke Bangkok untuk mencari anak lelakinya yang hilang tidak dapat menahan kesedihan sebaik mengetahui anaknya sudah pun meninggal dunia 11 Mei lalu di Hospital Mae Sot berhampiran sempadan Thailand-Myanmar. Lebih menyedihkan apabila Goi Chee Kong, 50, dan isterinya yang berusia 45 tahun dari Ipoh, […]

Manchester United VS Arsenal: Pemain Baru, Antony Mungkin Diturunkan Malam Ini
Pemain baru Manchester United, Antony Matheus dos Santos berkemungkinan diturunkan buat kali pertama dalam perlawanan menentang Arsenal pada malam ini, lapor Manchester Evening News. Dalam satu hantaran di Twitter milik pemain kelahiran Brazil itu pada petang tadi memaparkan satu rakaman mengenai stadium kebanggaan United, Old Trafford. Perkara itu mencetuskan tanda tanya buat para peminat kelab […]

Selatan Sumatera Digegar Gempa Bumi Lagi
Selatan Sumatera digegarkan dengan gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 pada skala Ritcher yang direkodkan pada 4.52 petang sebentar tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) berkata, pusat gempa bumi terletak pada 5.0 darjah arah selatan dan 102.8 darjah arah timur pada kedalaman 10 kilometer dalam. Tambah kenyataan itu, gegaran tersebut juga terletak sejauh 126 kilometer barat […]

Wanita Dilapor Maut & Lebih 100 Dipatuk Ular Ketika Banjir Melanda Pakistan
Wanita Dilapor Maut & Lebih 100 Dipatuk Ular Ketika Banjir Melanda Pakistan PAKISTAN – Seorang wanita meninggal dunia manakala lebih 100 mangsa lain menderita selepas dipatuk ular berbisa semasa banjir besar berlaku di Pakistan, lapor Mirror. Menurut laporan, wanita itu dipatuk di rumahnya di daerah Nowshera di wilayah barat laut Khyber Pakhtunkhwa. Malangnya, banjir menyebabkan […]

Roller Coaster Alami Masalah Teknikal, Pengunjung ‘Tergantung’ Di Udara Diselamatkan
Roller Coaster Alami Masalah Teknikal, Pengunjung ‘Tergantung’ Di Udara Diselamatkan Sekurang-kurangnya empat orang pengunjung di taman tema Movie World Australia berjaya diselamatkan selepas terperangkap dalam roller coaster yang ‘tergantung’ di udara. Menurut Daily Mail, mereka telah terperangkap dalam Scooby-Doo Spooky Coaster sekitar 4 petang hari ini. Jurucakap Movideo World berkata insiden itu berlaku disebabkan oleh […]

Panjang Umur, Lelaki Hanyut 11 Hari Dalam Peti Sejuk Berjaya Diselamatkan
Panjang Umur, Lelaki Hanyut 11 Hari Dalam Peti Sejuk Berjaya Diselamatkan BRAZIL – Seorang nelayan berjaya diselamatkan selepas 11 hari hanyut dalam peti sejuk beku akibat bot yang dinaiki karam di Atlantik, lapor Daily Mail. Romualdo Macedo Rodrigues, 44, meninggalkan Oiapoque, negeri Amapa, utara Brazil pada akhir Julai dengan menaiki bot kayu sepanjang kira-kira tujuh […]

Wanita Cedera Dirempuh Bagasi Terlepas Dari Eskalator
Wanita Cedera Dirempuh Bagasi Terlepas Dari Eskalator CHINA – Seorang wanita dilapor cedera akibat dirempuh sebuah bagasi yang terlepas dari atas eskalator. Menurut saluran media China NetEase, kejadian itu berlaku sekitar jam 5 petang pada 29 Ogos di stesen kereta api Hangzhou. Daripada rakaman kamera litar tertutup CCTV yang disiarkan dalam talian, seorang remaja perempuan, […]

Pemaju Tebang Pokok, Puluhan Burung Spesis Terlindung Mati Dihempap Pokok
Pemaju Tebang Pokok, Puluhan Burung Spesis Terlindung Mati Dihempap Pokok INDIA – Penduduk India berang apabila sejumlah burung dan anak burung mati selepas pemaju menumbangkan pokok yang menjadi sarang kepada haiwan tersebut demi kerja melebarkan Lebuh Raya Nasional, lapor Daily Mail. Dilaporkan telur burung turut jatuh dan pecah apabila pemaju menumbangkan pokok yang mereka diami […]

Boleh Bayar Ansuran, Tisu Ada ‘Sign’ Penyanyi Terkenal Arab Saudi Dijual Berharga RM35k
Boleh Bayar Ansuran, Tisu Ada ‘Sign’ Penyanyi Terkenal Arab Saudi Dijual Berharga RM35k Tisu yang ditandatangi penyanyi terkenal Arab Saudi, Mohammad Abdu dilaporkan telah mencetuskan kontroversi di negara itu selepas ia dijual pada harga $8000 (RM35,792). Menurut Gulf News, tisu yang dipercayai paling mahal dalam dunia itu telah dijual oleh sebuah kedai dalam talian. Difahamkan, […]

Tak Dapat Restu, Wanita Kaya Ini Sanggup Hidup Miskin & Dibuang Keluarga Demi Pilihan Hati
Tak Dapat Restu, Wanita Kaya Ini Sanggup Hidup Miskin & Dibuang Keluarga Demi Pilihan Hati VIETNAM – Seorang wanita nekad meninggalkan kehidupan mewahnya demi berkahwin dengan pilihan hatinya yang miskin. Menurut eva.vn, wanita berusia 28 tahun itu berasal dari keluarga yang kaya dan pernah berkahwin sebelumnya. Dia turut mempunyai seorang anak lelaki namun bercerai setelah […]

Lima Tahun ‘Peram’, Doktor Berjaya Keluarkan Ketumbuhan Seberat 45Kg Dalam Rahim Wanita
Lima Tahun ‘Peram’, Doktor Berjaya Keluarkan Ketumbuhan Seberat 45Kg Dalam Rahim Wanita Ketumbuhan seberat 45 kilogram dilaporkan telah berjaya dikeluarkan dari rahim seorang wanita di Brazil baru-baru ini. Memetik laporan Daily Mail, wanita berusia 45 tahun itu dipercayai telah menghidap ketumbuhan selama lima tahun. Tidak dapat dipastikan mengapa dia tidak mengeluarkannya sebelum ini. Doktor yang […]

Banjir Di Pakistan: 57 Maut, 7,683 Cedera Dalam Tempoh 24 Jam
ISLAMABAD, 3 Sept (Bernama) — Sekurang-kurangnya 57 orang maut, manakala 7,683 lagi cedera akibat banjir kilat di Pakistan yang dicetuskan hujan monsun dalam tempoh 24 jam lepas, menurut laporan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara (NDMA) pada Jumaat. Sekurang-kurangnya 17 kanak-kanak dan 18 wanita antara yang terkorban dalam insiden banjir di seluruh negara, lapor Xinhua. Wilayah […]

Lelaki Hampir Temui Ajal, Tak Sengaja Cantas Sarang Lebah Pembunuh & Disengat 20,000 Kali
Lelaki Hampir Temui Ajal, Tak Sengaja Cantas Sarang Lebah Pembunuh & Disengat 20,000 Kali Seorang lelaki hampir menemui ajal apabila disengat lebah hampir 20,000 kali ketika membersihkan kawasan berdekatan rumahnya, di Ohio, Amerika Syarikat. Austin Bellamy, 20, diserang serangga berbisa itu selepas tidak sengaja menebas sarang lebah ketika memotong ranting pokok limau. Tindakannya itu menyebabkan […]

Bangkok Dijangka Tenggelam & Hilang Dari Peta Dunia Menjelang 2100
Bangkok Dijangka Tenggelam Dan Hilang Dari Peta Dunia Menjelang 2100 Bangkok, ibu negara Thailand dan beberapa kawasan sekitarnya diramalkan bakal ditenggelami air dan hilang dari peta dunia menjelang tahun 2100, berdasarkan kajian pemetaan yang dibuat oleh sebuah organisasi perubahan iklim global. Memetik laporan The Thaiger, Pengarah Pusat Perubahan Iklim dan Bencana di Universiti Rangsit, Dr. […]