Berita›Luar Negara

Perenang Profesional Alami Detik Cemas, Pengsan Dalam Air Di Kejohanan Dunia
Kejohanan akuatik dunia yang berlangsung di Budapest pada Rabu lalu menyaksikan satu detik cemas yang dialami oleh seorang perenang artistik dari pasukan Amerika Syarikat apabila dia dipercayai telah pengsan dalam air. Memetik laporan NBC News, Anita Alvarez tidak sedarkan diri dan terapung ke dasar kolam selepas menyelesaikan rutin bebas solonya. Melihat keadaan tersebut, jurulatihnya, Andrea […]

Belajar Dari Manusia, Tular Orang Utan Kutip & Hisap Rokok Undang Kemarahan Netizen
Satu video tular yang memaparkan aksi seekor orang utan kutip dan hisap rokok di sebuah zoo bandar Ho Chi Minh, Vietnam telah mencetuskan kemarahan netizen. Memetik laporan Daily Mail, video tersebut memaparkan orang utan itu menyedut asap rokok sebanyak beberapa kali sebelum memadamkannya ‘sebijik’ seperti seorang perokok tegar. Kakitangan zoo itu berkata haiwan tersebut telah […]

Anak Penceramah Terkenal Indonesia Maut, Abang Tak Sengaja Tertembak Guna Senjata Api Pengawal
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, yang merupakan anak kedua kepada penceramah terkenal Indonesia, Ustaz Arrazy Hasyim, dilaporkan maut dipercayai tertembak oleh abangnya yang berumur lima tahun secara tidak sengaja, menggunakan senjata api milik pengawal peribadi keluarga mereka. Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika keluarga berkenaan bercuti di Tuban, Jawa Barat, Indonesia. Mereka diiringi oleh seorang […]

Alami Ketagihan Melampau, Lelaki Dakwa Teguk 30 Tin Air Minuman Ringan Bergas Sehari Selama 20 Tahun
Seorang lelaki mendakwa dirinya mengalami ketagihan air tin minuman ringan bergas dan mengambil minuman berkenaan sebanyak 30 tin sehari, dalam tempoh 20 tahun lalu. Menurut Daily Star, dalam tempoh berkenaan, Andy Currie, 41, dikatakan telah meminum lebih kurang 219,000 air tin bergas, bersamaan dengan pengambilan kira-kira 8,000kg gula serta telah melaburkan sebanyak RM37,939 setahun hanya […]

Padah ‘Kalung’ Ular Sawa Yang Ditangkapnya Di Leher, Lelaki Hampir Maut Akibat Sesak Nafas
Seorang lelaki di Indonesia mengalami detik cemas selepas dililit oleh ular sawa sehingga menyebabkannya sukar untuk bernafas. Memetik laporan Suara.com, kejadian malang itu bermula apabila lelaki tersebut berjaya menangkap ular sawa besar yang memasuki rumahnya. Menerusi video yang tular di media sosial, lelaki itu dilihat berjalan keluar dari rumahnya sambil lehernya dililit oleh ular tersebut. […]

“Tidur Bukanlah Tujuannya,” Lelaki Bina Hotel ‘Tanpa Bilik’, Caj RM1,485 Semalam
“Tidur Bukanlah Tujuannya,” Lelaki Bina Hotel ‘Tanpa Bilik’, Caj RM1,485 Semalam SWITZERLAND – Sebuah hotel tanpa bilik yang terletak bersebelahan dengan stesen minyak bakal disewakan dengan harga RM 1,485 (£275). Menurut Daily Mail, tujuan Patrik dan kembarnya, Frank mengusahakan hotel tersebut adalah untuk membuat para tetamu memikirkan tentang masalah di dunia. Lazimnya, pengusaha hotel yang lain […]

Kedai Makan Tular, Larang Individu 18 Tahun Ke Atas Panggil Pemilik Kedai ‘Makcik’
Sebuah kedai makan di Taiwan menjadi tular di media sosial apabila memasang kain rentang yang memaklumkan bahawa pelanggan mereka yang berumur 18 tahun ke atas dilarang memanggil pemilik kedai di situ sebagai ‘Makcik’, lapor portal Mothership. Kejadian itu menarik perhatian ramai sehinggakan ada yang sanggup datang di kedai tersebut hanya untuk mengambil gambar sahaja tanpa […]

Pekerja Restoran Makanan Segera Ditahan, Tersilap Letak Dadah Dalam ‘Order’ Pelanggan
OKLAHOMA – Seorang pekerja di sebuah restoran makanan segera telah berjaya ditahan polis selepas sebungkus dadah jenis Methamphetamine ditemui dalam pesanan pelanggannya. Memetik Daily Mail, lelaki tersebut merupakan seorang pekerja di sebuah restoran makanan segera yang dikenali sebagai Carl’s Jr di Skiatook. Difahamkan, pada Isnin lalu, sewaktu sedang bertugas, dia secara tidak sengaja telah meletakkan […]

Runsing Nak Cari Duit Kahwin, Lelaki Dilapor Maut Minum Racun Tikus Atas Kubur Isteri
SURABAYA, INDONESIA – Gara-gara runsing fikir cara nak cari duit bagi melangsungkan perkahwinan keduanya bersama dengan seorang janda, seorang lelaki dilaporkan maut akibat minum racun tikus, lapor detik Jatim. Perkara tersebut telah disahkan oleh pihak polis yang menyimpulkan bahawa kematian mangsa adalah disebabkan oleh meminum racun tikus sehingga meninggal dunia. Polis juga turut menyatakan bahawa mangsa […]

Emiriah Arab Bersatu Dijangka Sambut Raya Haji 9 Julai – Balai Cerap UAE
Hari Raya Aidiladha atau Raya Haji di Emiriah Arab Bersatu (UAE) berkemungkinan akan disambut pada hari Sabtu, 9 Julai 2022, lapor Gulf News. Pihak Balai Cerap Angkasa Abu Dhabi, Balai Cerap Al Sadeem berkata bahawa anak bulan Islam Zulhijjah akan muncul pada 29 Jun (Rabu), yang menandakan hari terakhir Zulkaedah. Menurut balai cerap itu, 30 […]

Berat Hati Nak Berpisah, Ibu Sanggup Simpan Mayat Anak Seminggu Hingga Busuk & Reput
Mayat seorang lelaki yang telah meninggal dunia di sebuah rumah flat dipercayai disimpan oleh ibu selama lebih dari seminggu kerana berat hati untuk berpisah dan melepaskan anak kesayangannya itu. Insiden tersebut difahamkan berlaku di sebuah unit pangsapuri di negara republik tersebut, lapor Shin Min Daily News, memetik Mothership. Salah seorang wartawan yang berada di tempat […]

Justin Bieber Terpaksa Tangguh Konsert Summerfest, Masih Belum Pulih
Penyanyi kelahiran Kanada, Justin Bieber terpaksa tangguh konsert ‘Justice Tour’ di US kerana masih belum pulih selepas mengalami gejala Sindrom Ramsay Hunt, lapor IndiaTv. Pada minggu lalu, dia memuat naik video mengatakan dirinya mengalami lumpuh separa muka akibat jangkitan virus itu. Kini, dia perlu menangguhkan konsertnya itu terlebih dahulu untuk menerima rawatan lanjut. Penangguhan konsert […]

Angka Kematian Gempa Bumi Di Timur Afghanistan Melonjak, Catat Lebih 1,000 Orang
Gempa bumi di wilayah timur Afghanistan, Paktika terus menyaksikan angka kematian melonjak naik dengan lebih 1,000 korban direkodkan sejak semalam, lapor CNN News. Gegaran berskala 5.9 magnitud yang melanda negara itu telah membunuh lebih 1,000 mangsa dan mencederakan ratusan lagi individu, menurut sumber pegawai wilayah. Difahamkan, kebanyakan kematian tertumpu pada wilayah Paktika, di daerah Giyan, […]

Menderita Penyakit Tulang Rapuh, Budak Lelaki Patah 100 Tulang Sejak Lahir
Seorang budak lelaki dilaporkan telah mengalami insiden patah sebanyak 100 tulang disepanjang hidupnya sehingga dia menerima gelaran ‘tulang kaca’ oleh penduduk setempat. Memetik Daily Mail, Rohit yang berusia 12 tahun berasal dari Uttar Pradesh, India telah menghidap sejenis penyakit osteoporosis yang juga lebih dikenali sebagai ‘tulang rapuh. Kes ini dipercayai yang paling teruk pernah berlaku […]

50,000 Penduduk Dalam Blok Sekecil 2.6 Hektar, Kenali Kowloon Walled City, Penempatan Dipercayai Paling Sesak Di Dunia
Bandar Tembok Kowloon ataupun Kowloon Walled City merupakan salah satu bandar dipercayai paling sesak di dunia yang pernah wujud di Hong Kong sekitar awal 1990 dahulu, merujuk artikel Daily Mail UK. Ia pernah dianggap sebagai tempat paling padat dengan kapasiti penduduk 50,000 orang dalam beberapa buah blok bangunan seluas 2.6 hektar sahaja. Ia juga pernah […]

Kecewa Isteri Kena ‘Sailang’, Lelaki Saman Sahabat Baik Sendiri RM 787 Ribu
Seorang lelaki di Taiwan bertindak memfailkan penceraian terhadap isterinya selepas mendapat tahu wanita berkenaan curang dan lebih malang, kekasih gelap isterinya itu merupakan sahabat baik sendiri. Merasa perit dengan penipuan tersebut, lelaki berkenaan juga bertindak menfailkan saman terhadap sahabat baik itu sebanyak RM 787 ribu. Lelaki yang hanya dikenali sebagai Li itu pada awalnya bersahabat […]

Kakitangan Perubatan Dipercayai Cuai, Terpenggal Kepala Bayi & Masukkan Semula Ke Dalam Rahim Hingga Pecah
Satu kes dipercayai kecuaian ketika pembedahan berlaku apabila kakitangan perubatan dilapor terpenggal kepala bayi dan memasukkannya semula ke dalam rahim seorang wanita, lapor NDTV. Difahamkan, mangsa iaitu seorang ibu berusia 32 tahun terpaksa mengalami detik hitam itu di sebuah pusat kesihatan luar bandar di wilayah Sindh, Pakistan baru-baru ini. Menurut NDTV, setelah berdepan insiden tersebut, […]

Dari Kakak Ipar Kini Isteri, Kisah Lelaki 90 Tahun Kahwini Kakak ‘Ex’ Umur 28 Tahun Tular
KOLAKA UTARA, INDONESIA – Seorang wanita muda berusia 28 tahun di Indonesia telah menjadi bualan masyarakat setempat apabila mengahwini seorang lelaki yang berusia 90 tahun. Menurut laporan detik.com, lelaki yang dikenali sebagai Paduai itu berasal dari Kolaka Utara, Sulawesi Tenggara (Sultra). Paduai telah menjadi tular di media sosial selepas berkahwin dengan seorang wanita bernama Shintia […]

Bakal Dedahkan Kebenaran, Amber Heard Rancang Terbitkan ‘Buku Balas Dendam’
NEW YORK – Bintang Hollywood terkenal, Amber Heard dipercayai sedang berbincang untuk menerbitkan sebuah buku yang disifatkannya sebagai buku ‘balas dendam’ berkisarkan biografi diri dan perbicaraannya setelah tewas dalam tuntutan saman fitnah ke atas bekas suaminya, Johnny Depp. Menurut New York Post, pelakon Aquaman itu tidak takut kerana dakwanya dia sudah tidak memiliki apa-apa dan […]

Pemburu Dilapor Maut, Tengkorak Kepala Hancur Akibat Diserang Beruang Yang Ditembaknya
RUSIA – Seorang pemburu berusia 62 tahun dilapor maut akibat diserang seekor beruang yang dicederakannya, lapor Daily Mail. Berdasarkan gambar penemuan mayat yang diperolehi, mayat pemburu tersebut telah ditemui bersama dengan bangkai binatang yang berada 50m dari badannya di daerah Tulun, wilayah Irkutsk, Siberia. Pemburu itu dipercayai telah menembak dan mencederakan beruang tersebut dari atas […]