Berita›Luar Negara

Peru Umum Perintah Berkurung Berakhir Serta-Merta
LIMA – Presiden Peru, Pedro Castillo dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa darurat dan perintah berkurung yang dikenakan di bandar Lima dan Callao, berakhir serta-merta. Pada Isnin, keganasan tercetus oleh kumpulan tunjuk perasaan yang membantah kenaikan harga minyak yang dibincangkan oleh pihak Kongres. “Kami dengan ini menamatkan perintah berkurung serta-merta. “Kami minta rakyat Peru untuk bertenang,” […]

Lelaki Bertudung Jemput Teman Wanita Dirakam CCTV
Gelagat seorang lelaki ‘bertudung‘ yang dilihat menjemput seorang wanita dipercayai teman wanitanya pada pukul 12:34 tengah malam dirakam kamera litar tertutup (CCTV) baru-baru ini. Menurut Indo Zone, video yang tular di media sosial tersebut jelas memaparkan kelibat pemuda tersebut yang berjalan melewati lorong-lorong di kawasan perumahan teman wanitanya. “Dia memakai tudung berwarna merah jambu, baju […]

Lelaki Terpaksa Jual Semula Rumah Yang Dibeli Serendah RM469
Seorang lelaki terpaksa menjual semula rumahnya yang pernah dibeli dengan harga serendah RM469 satu ketika dulu gara-gara gagal mencari pekerja untuk merenovasinya, lapor Mirror. Lelaki tersebut, Danny McCubbin, 58, membeli rumah itu di Mussomeli di Sicily, Itali ketika kempen Case 1 Euro berjalan bagi menggalakkan warga asing memiliki rumah. Difahamkan, lelaki yang berasal dari Australia […]

Bintang Komedi Terkenal Hollywood, Jim Carrey Umum Akan Bersara Dari Lakonan
Pelakon komedi popular, Jim Carrey membuat pendedahan mengejutkan apabila mengakui bahawa beliau akan bersara daripada dunia lakonan tidak lama lagi, ketika menjadi tetamu dalam rancangan temu bual, Access. Bintang Hollywood itu berkata, dia memikirkan perkara tersebut memandangkan ketika ini dia sudahpun berehat panjang daripada sebarang aktiviti seni. Walaupun begitu katanya, dia tidaklah menutup rapat pintu […]

Saham Twitter Melonjak Selepas Elon Musk Jadi Pemilik Saham Individu Terbesar, Dilantik Jadi Ahli Lembaga Pengarah
Billionair Amerika Syarikat yang juga pengasas Tesla dan SpaceX, Elon Musk dilapor membeli saham Twitter sekaligus menjadi pemegang saham individu terbesar syarikat media sosial itu. Saham syarikat Twitter itu dilapor melonjak naik sebanyak satu perempat selepas Elon membeli saham sebanyak 9.2 peratus bernilai hampir RM12 bilion. Jumlah pelaburan yang dibuat juga mengatasi mana-mana rekod keuntungan […]

Perbandingan Harga Minyak Indonesia & Malaysia
Syarikat Perlombongan Minyak dan Gas Indonesia (PT Pertamina) menyatakan harga minyak RON92 tidak bersubsidi telah naik kepada RM1.05/liter dari sebelumnya RM2.64/liter kepada RM3.69/ liter. Memetik Republika, kenaikan harga itu bermula 1 April baru-baru ini jam tepat pukul 12:00 tengah malam. Kenaikan harga tersebut melibatkan beberapa wilayah di Indonesia antaranya Bali, Nusa Tenggara Barat dan Nusa […]

Wang Yi, Dmytro Kuleba Bincang Perkembangan Terkini Isu Ukraine
BEIJING, 5 April (Bernama) — Menteri Luar China, Wang Yi dan rakan sejawatnya dari Ukraine, Dmytro Kuleba saling bertukar-tukar pandangan berhubung situasi semasa di Ukraine menerusi panggilan telefon, pada Isnin. Wang menzahirkan penghargaan kepada Ukraine atas bantuan memindahkan warga China dari negara itu dengan selamat. Menurut beliau, pendirian asas China dalam isu Ukraine adalah mencapai […]

Adik Kim Jong Un Dakwa Senjata Nuklear Korea Utara Boleh ‘Hapuskan’ Korea Selatan
PYONGYANG – Korea Utara bakal menggunakan senjata nuklear untuk ‘hapuskan’ tentera Korea Selatan sekiranya negara itu bertindak melancarkan serangan awal. Perkara tersebut disampaikan oleh adik kepada Presiden Korea Utara, Kim Jong Un, iaitu Kim Yo Jong dalam kenyataan hari ini, lapor AFP. Ia merupakan amaran kedua Yo Jong dalam tempoh tiga hari susulan komen Ketua […]

Kes Pertama Mutasi Varian Baharu Omicron, XE Dikesan Di Thailand
Bangkok – Thailand kini dilapor mempunyai kes pertama mutasi varian baharu Omicron yang dipanggil sebagai ‘XE’, seminggu setelah ia pertama kali dikesan di Britain. Memetik portal The Thaiger, Pusat Perubatan Genomics Hospital Ramathibodi mengesahkan mengenai kes pertama tersebut pada Sabtu lalu. Ia dikatakan hasil daripada rekombinasi varian BA.1 dan BA.2. Terdahulu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan […]

Pyongyang Tidak Akan ‘Serang’ Seoul – Kim Yo Jong
SEOUL, 5 April (Bernama) — Korea Selatan bukan tandingan dan juga bukan “musuh utama” Korea Utara, kata Kim Yo Jong, kakak kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, lapor Yonhap. “Jika tiada sesiapa cuba lakukan provokasi terhadap kami, kami tidak akan ambil apa-apa tindakan untuk menyerang. “Kami tidak akan melepaskan walau sebutir peluru ke arah […]

BTS Tak Akan Terkecuali Dari Dikerah Sertai Khidmat Tentera
Korea Selatan – Kumpulan pop terkenal dunia, BTS tidak akan dikecualikan dari menyertai khidmat tentera di negara mereka. Memetik laporan Daily Mail, kesemua tujuh anggota kumpulan itu sangat diharapkan dapat berkhidmat dengan tentera Korea Selatan. Duta Korea Selatan di Britain, Gunn Kim berkata Korea Selatan perlu sentiasa berada dalam keadaan bersiap siaga berikutan ketegangan yang […]

MPV Rempuh Kedai Roti, Nasib Anak Kecil Jadi Perhatian
Baru-baru ini tular satu video di media sosial yang menyaksikan detik-detik sebuah kereta MPV merempuh kedai roti sehingga mencederakan enam orang awam. Dalam kejadian di Daerah Thanh Khe, Vietnam itu, enam orang mangsa dilaporkan cedera termasuk tiga orang kanak-kanak. Memetik laporan Tuoi Tre News, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 6.30 petang, pada Ahad lalu. Difahamkan, […]

Guru Agama Rogol 13 Pelajar: Hukuman Penjara Seumur Hidup Ditukar Hukuman Mati
Seorang guru agama dijatuhkan hukuman mati oleh Hakim Mahkamah Tinggi Bandung kerana disabitkan kesalahan merogol 13 pelajarnya sehingga hamil dan melahirkan anak. Difahamkan, guru agama tersebut, H (bukan nama sebenar) sebelum ini dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas kes jenayah rogol yang dilakukan. Menurut laporan, keputusan hukuman baharu itu dibuat selepas hakim membenarkan rayuan oleh […]

Lubnan, Bank Pusat Diisytihar Muflis
Bank Pusat Lubnan serta negara itu sendiri telah diisytihar muflis hari ini, umum Timbalan Perdana Menteri, Saadeh Al-Shami. “Negara telah muflis kerana Banque du Liban yang telah mengalami kerugian dan kami cuba untuk mengurangkan kerugian kepada rakyat. “Tiada sebarang konflik mengenai pengagihan kerugian tersebut,” kata Al-Shami kepada media tempatan, Al-Jadeed, lapor Anadolu Agency. Beliau berkata, […]

Profesor Ini Guna Semua Wang ‘Nobel Prize’ Yang Dimenanginya Untuk Bantu Pelajar
Seorang saintis yang memenangi Hadiah Nobel mendedahkan bahawa dia akan menggunakan wang hadiahnya untuk membantu pelajar yang kurang bernasib baik di Scotland, lapor BBC. Prof David MacMillan, 54, yang berasal dari North Lanarkshire telah dianugerahkan dengan Hadiah Nobel dalam bidang kimia bersama saintis Jerman, Benjamin List pada Oktober lalu. Beliau yang juga ahli kimia di […]

Ratusan Muslim AS Lakar Sejarah, Laungan Takbir Tarawih Bergema Di Times Square
Ratusan warga Muslim di Amerika Syarikat (AS) melakar sejarah apabila laungan takbir solat tarawih berjemaah bergema di perkarangan Times Square, New York ketika malam Ramadan pertama baru-baru ini. Penganjur solat tarawih di Times Square tersebut berkata, aktiviti itu dijalankan di tengah-tengah jalan bandar raya adalah kerana sebab-sebab tertentu yang bermotifkan dakwah. Jelasnya, mesej yang ingin […]

Lelaki Nekad Suntik Vaksin Sebanyak 90 Kali, Nak Jual Sijil Vaksin Punya Pasal
Seorang lelaki Jerman didakwa nekad mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 sebanyak 90 kali untuk dirinya bagi memperolehi sijil vaksin yang akan dipalsukan dan dijual kepada orang ramai, lapor Daily Mail. Sijil vaksinasi yang mempunyai nombor siri itu akan dijual kepada mereka yang tidak mahu disuntik dengan vaksin COVID-19. Menurut laporan, lelaki berusia 60 tahun dari bandar […]

Pelakon Watak Filem Toy Story 2, Estelle Harris Meninggal Dunia
Pelakon filem dan televisyen Amerika Syarikat, Estelle Harris dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 93 tahun, lapor BBC. Kematiannya itu disahkan oleh ejennya, Michael Eisenstadt pada petang Sabtu lalu. Beliau meninggalkan tiga orang anak, tiga orang cucu dan seorang cicit. Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai kematiannya tidak didedahkan. Selain terkenal dengan watak Estelle Costanza dalam sitkom […]

Mindanao Digegar Gempa Bumi Tadi
Wilayah Mindanao di Filipina digegar gempa bumi sederhana bermagnitud 5.3 pada skala Ritcher tepat pukul 11:29 malam sebentar tadi. Maklumat itu dilapor oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan. Menurut MET Malaysia, pusat gempa bumi itu terletak di 9.1 darjah utara dan 126.8 darjah timur dengan kedalaman 58 kilometer. Dalam pada itu, ia […]

100 Sampel Air Zamzam Diperiksa Setiap Hari Di Masjidil Haram
Sebanyak kira-kira 100 sampel air zamzam diperiksa setiap hari di Masjidil Haram bagi menjamin kualitinya sebelum diberikan kepada jemaah. Menurut Ketua Hal Ehwal Dua Masjid Suci yang diwakili makmal, kualiti air zamzam itu diperiksa dengan mengambil sampel secara rawak sebelum menganalisisnya secara mikrobiologi dan kimia. Menurut Saudi Gazette, ujian tersebut dijalankan di makmal khas yang […]