Berita›Luar Negara

Institut Gunung Berapi Filipina Tingkatkan Tahap Amaran Gunung Taal
MANILA, 26 Mac – Institut Volkano dan Seismologi Filipina pada Sabtu meningkatkan amaran berjaga-jaga selepas mengesan “peningkatan aktiviti gunung berapi” di Gunung Taal, dekat Manila. Institut itu meningkatkan amaran kepada tahap tiga daripada lima selepas gunung berapi pulau itu mengeluarkan kepulan asap setinggi 1,500 meter disertai kejadian gempa bumi pada 7.22 pagi waktu tempatan, lapor […]

Debu ‘Penuhi’ Langit, Gunung Berapi Taal Di Filipina Muntahkan Asap & Wap Panas Ke Udara
MANILA – Gunung Berapi Taal di selatan Manila yang menunjukkan aktiviti aktif telah menghemburkan asap dan wap panas sehingga kelihatan ke udara. Berdasarkan laporan BNO News, asap berkepul ke udara itu kelihatan sekitar jam 8.30 pagi pada hari ini. Memetik daripada laporan Bernama, Institut Volkano dan Seismologi Filipina telah meningkatkan amaran tahap tiga daripada lima […]

Doktor Di Korea Dakwa Individu Tak Pernah Kena Covid Mungkin Sebab Tiada Kawan & Ada Masalah Hubungan
SEOUL – Satu kenyataan oleh seorang doktor pakar di Korea Selatan baru-baru ini mencetuskan kontroversi selepas beliau menyatakan bahawa individu yang belum dijangkiti Covid-19 berkemungkinan kerana mereka tidak mempunyai atau tiada kawan. Menurut doktor pakar yang juga merupakan Naib Presiden Persatuan Vaksin Korean, Ma Sang-hyuk menerusi Facebooknya mendakwa, orang dewasa yang belum pernah dijangkiti Covid-19 […]

Pemain Drum Kumpulan Muzik Terkenal, Foo Fighters Meninggal Dunia
Pemuzik yang juga merupakan pemain drum kumpulan muzik terkenal, Foo Fighters dilapor meninggal dunia pada usia 50 tahun. Kematian Taylor Hawkins itu dimaklumkan sendiri oleh kumpulan berkenaan melalui laman facebook mereka. ”Keluarga besar Foo Fighters hari ini dikejutkan dengan berita sedih dan pemergian Taylor Hawkins, yang amat kami sayangi. ”Bagaimanapun, kecintaannya kepada muzik dan personaliti […]

Tangki Minyak Di Jeddah Dilapor Terbakar, Didakwa ‘Dibedil’ Peluru Berpandu Houthi
JEDDAH – Tangki minyak simpanan dipercayai milik Aramco di Jeddah dilapor terbakar, didakwa berpunca daripada serangan pemberontak Houthi Yaman. Memetik daripada laporan ringkas CNBC, kumpulan itu bagaimanapun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengaku bahawa pihaknya melancarkan serangan tersebut. Namun begitu, dalam satu tweet lebih awal, jurucakap pemberontak Houthi mengumumkan bahawa pihaknya akan menjalankan operasi ketenteraan jauh […]

Lelaki Thailand Terlibat Pemerdagangan Migran Rohingya Ke Malaysia Ditangkap Selepas 7 Tahun
BANGKOK, 25 Mac – Polis Thailand menahan seorang lelaki tempatan kerana didakwa terlibat dengan kes pemerdagangan migran Rohingya ke Malaysia. Menurut laporan Bangkok Post lelaki berusia 54 tahun dari daerah Sadao di wilayah selatan Songkhla itu ditahan di Samut Prakan, selatan Bangkok pada Khamis selepas tujuh tahun melarikan diri. Komander Polis Daerah Wilayah 8, Mejar […]

Remaja Maut, Tergelincir & Jatuh Dari Permainan “Fun Fair” Setinggi 430 Kaki
CALIFORNIA – Seorang remaja lelaki maut selepas tergelincir dan jatuh dari tempat duduknya ketika menaiki permainan ‘Orlando Free Fall’ setinggi 430 kaki di taman tema Icon Orlando. Memetik daripada laporan Dailymail, identiti remaja tersebut masih belum dapat dikenal pasti kerana kecederaan yang dialaminya sangat teruk. Pekerja taman tema itu mendakwa mangsa tergelincir dan jatuh pada […]

Dua Tahun Terpisah, Lelaki Nekad Kayuh Bot Getah 2000km Dari Thailand Ke India Untuk Jumpa Isteri
PHANGNA – Perasaan rindu yang mendalam seorang suami ke atas isterinya membuatkan seorang lelaki Vietnam nekad mendayung bot getah dari Phuket, Thailand ke India sejauh kira-kira 2000km (kilometer). Bagaimanapun, usahanya tidak berhasil sebelum terpaksa diselamatkan daripada bot getah yang dinaikinya selepas mengharungi perjalanan hanya kira-kira 80 kilometer. Lelaki berusia 37 tahun itu dilapor ditemui oleh […]

Rumah Terbakar, Suami Pegang Isteri Luar Balkoni Elak Disambar Api, Akhirnya Diri Maut Akibat Melecur Teruk
Seorang suami dilapor sanggup mengorbankan diri sendiri apabila dirakam memegang isteri di luar balkoni ketika rumah mereka di tingkat tiga terbakar. Dalam kejadian yang berlaku di China itu, lelaki berkenaan dipercayai cuba menyelamatkan isterinya daripada disambar api. Melalui rakaman yang tular, dapat dilihat beberapa kawasan badannya melecur akibat disambar api. Dia bagaimanapun dilapor meninggal dunia […]

Penduduk Jakarta Terima Hadiah Minyak Masak Jika Ambil Dos Penggalak
JAKARTA – Pusat Kesihatan Daerah Kecil Tebet, Jakarta mengadakan program vaksinasi dengan menghadiahkan minyak masak secara percuma kepada penerima dos penggalak di Masjid Al-Ittihad pada 26 Mac dan 27 Mac 2022. Timbalan Gabenor DKI Jakarta, Ahamd Riza Patria bagaimanapun mengakui bahawa pihaknya tidak menerima sebarang arahan daripada pihak kerajaan sebelum melaksanakan pemberian hadiah tersebut kepada […]

Kematian Pelakon Netflix Thailand Beam Mungkin Berpunca Dari SUDS
BANGKOK, 25 Mac (Bernama) — Kematian pelakon Thailand, Papangkorn Lerkchaleampote, 25, atau lebih dikenali sebagai Beam mungkin berpunca daripada sindrom kematian mengejut yang tidak dapat dijelaskan (SUDS). Pesuruhjaya Biro Polis Metropolitan, Jeneral Samran Nuanma berkata pelakon itu bermain bola sepak dari lapan hingga sepuluh malam, kemudian pulang ke rumah pada 11.30 malam Selasa. Beliau ditemukan meninggal dunia […]

Kanak-kanak 17 Bulan Maut Diserang Anjing Peliharaan
UNITED KINGDOM – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 17 bulan maut selepas diserang anjing peliharaan milik keluarganya. Menurut pihak polis setempat, siasatan sedang dilakukan untuk mengenal pasti sama ada haiwan tersebut merupakan anjing dari baka yang dilarang. Polis juga sedang giat menjejak pemilik terdahulu anjing berkenaan yang dikatakan penduduk seakan-akan baka Staffordshire Bull Terrier atau Pitbull […]

MU Hubungi Erik Ten Hag, Bincang Tugas Pengurus
Manchester United telah bercakap dengan jurulatih Ajax yang berpotensi tinggi, Erik ten Hag mengenai jawatan pengurus mereka yang kosong. Ralf Rangnick, jurulatih Manchester United telah melakukan tugas itu secara sementara sejak Ole Gunnar Solskjaer dipecat pada November. Tekanan semakin dirasai di Old Trafford dan masih terlalu awal untuk mula bercakap tentang tugas itu, walaupun kelab […]

Renault Tutup Kilang Di Moscow, Didakwa Taja ‘Mesin Perang’ Untuk Russia
Pengeluar kereta dari Perancis, Renault mengumumkan bahawa syarikat itu akan tutup kilang mereka di Moscow, lapor CNN. Pengumuman itu dibuat sejurus Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menggesa memboikot Renault selain mendakwa syarikat itu menaja ‘mesin perang’ untuk Russia. “Renault, Auchan, Leroy Merlin dan lain-lain perlu berhenti untuk menjadi penaja jentera perang Russia,” kata presiden itu, memetik […]

Nelayan Maut Setelah Bot Meletup Bertarung Dengan Jerung
Kejadian paling ngeri nelayan maut diserang oleh jerung ketika menaiki bot laju adalah seperti yang pernah berlaku pada tahun 1956 di HMS Burleigh, United Kingdom. Menurut Daily Star, Richard Kirby dan Leslie Nye pada ketika itu yang sedang belayar di perairan British terserempak dengan seekor jerung besar berhampiran dengan kapal mereka. Ketua ekspedisi tersebut, Komander […]

Kanak-kanak Hanyut Ditemui Mati, Penduduk Sangka Patung
Bandung – Seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang hanyut dibawa arus deras dan dilaporkan hilang sejak 12 hari lalu ditemukan maut dalam sebuah parit, lapor Kompas.com. Ketua Polis Daerah Ciwidey, Hadi Mulyana berkata, mayat kanak-kanak itu ditemukan oleh penduduk sekitar ketika mereka sedang lalu di hadapan Sekolah Rendah Penundaan sekitar jam 1.45 petang waktu tempatan. […]

Penutur Terakhirnya Meninggal Dunia, Bahasa Yagan Diisytihar Pupus Buat Selamanya
Bahasa yang paling tidak biasa digunakan di dunia, Yagán, hilang sepenuhnya, lapor Guiness World Records. Ia berikutan penutur terakhir bahasa ini yang juga penjaga kepada budaya Yagan meninggal dunia pada 16 Februari lalu. Menurut rekod, Cristina Calderón yang berusia 93 tahun itu merupakan satu-satunya individu yang mempunyai pengetahuan tentang bahasa berkenaan. Dalam sebahagian hidupnya, Calderon […]

Doktor Ini Dakwa Mereka Yang Tak Pernah Dijangkiti Covid-19 Mungkin Kerana Tiada Kawan
Seorang doktor di Korea Selatan baru-baru ini mendakwa mereka yang belum dijangkiti Covid-19 sebenarnya berkemungkinan kerana mereka tidak mempunyai kawan, lapor Mothership. Catatan yang dikeluarkannya itu telah mencetuskan kontroversi selepas beliau mengeluarkan dakwaan berkenaan. Masalah Interpersonal? Menurut Korea Herald, Ma Sang-Hyuk, naib presiden Persatuan Vaksin Korea, mendakwa orang dewasa yang belum dijangkiti virus merupakan mereka […]

Wanita Kuarantin Di Restoran China, Makan Hotpot Percuma Selama 3 Hari
Seorang wanita di China dilapor terperangkap di dalam sebuah restoran akibat perlu menjalani kuarantin secara serta-merta. Nasib yang awalnya dilihat malang itu bagaimanapun bertukar menjadi tuah apabila dia dibenarkan menikmati makanan hotspot secara percuma selama 3 hari berturut-turut. Wanita yang bernama Wang itu terperangkap di dalam sebuah restoran hotpot yang terdapat di Zhengzhou, ibu kota […]

Korea Utara Langgar Perjanjian, Lepas ‘Missile’ Terlarang Ke Perairan Jepun
Korea Utara dilapor telah melepaskan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) terlarang ke perairan zon ekonomi eksklusif (ZEE) Jepun baru-baru ini, lapor Japan Times. Kementerian Pertahanan Jepun berkata, pelepasan peluru berpandu tersebut didakwa menetapkan ‘pentas’ pertarungan baharu bagi program senjata nuklear mereka. Menurut laporan, pelancaran ICBM itu disyaki jelas menunjukkan Korea Utara yang dipimpin Kim […]