Berita›Luar Negara

Ibu Tangmo Nida Mahu Bedah Siasat Terhadap Anaknya Dilakukan Semula
Baru-baru ini orang awam digemparkan dengan berita kematian yang sangat tragis melibatkan seorang bintang terkenal dari Thailand, Tangmo Nida. Tangmo Nida atau nama sebenarnya Nida Patcharaveerapong dilapor mati lemas akibat didakwa terjatuh dari bot laju bersama pengurus dan beberapa rakan yang lain dalam satu kejadian pada 24 Februari lepas. Rentetan kejadian itu, pelbagai spekulasi demi […]

Bayi 18 Bulan Maut Dalam Serangan Russia
Tular beberapa gambar memaparkan detik pilu ibu dan ayah yang menangis melihat bayi mereka berusia 18 bulan yang maut dalam serangan Russia ke atas Ukraine, lapor Metro Uk. Menurut laporan, bayi lelaki berkenaan yang berusia 18 bulan, Kirill dipercayai merupakan mangsa paling muda sejak tentera Russia melancarkan serangan ke atas Ukraine. Marina Yatsko (ibu) dan […]

Penangan Air Mata ‘Buaya’, Lelaki Warga Emas Ini Akan Menangis Setiap Kali Makan
Seorang lelaki di China didakwa mengalami sindrom ‘air mata buaya’ yang jarang berlaku dalam terma perubatan, di mana ia menyebabkan penghidapnya mengalirkan air mata ketika makan. Menurut Oddity Central, ‘tangisan’ itu tercetus apabila berlaku tindak balas emosi yang kuat kepada seseorang seperti sedih, sakit, ketawa yang tidak terkawal dan seumpamanya. Namun, ia juga boleh diaktifkan […]

Lelaki Dilapor Obses Dengan Wanita Idaman, Sanggup Sembunyi Dalam Loteng Rumah
Seorang lelaki dilaporkan bersembunyi di loteng rumah seorang gadis berusia 24 tahun selepas bertemu dengannya di laman sosial OnlyFans. Lelaki berusia 20 tahun dari Pennsylvania itu didakwa memperoleh kunci rumah mangsa dan membuat salinannya untuk mengakses kediaman mangsa di New Hampshire, Amerika Syarikat. Suspek kemudian bersembunyi di loteng rumah mangsa itu pada waktu malam lalu […]
Rusia Umum Gencatan Senjata Untuk Pindahkan Orang Awam
MOSCOW, 7 Mac (Bernama) — Rusia pada Isnin mengumumkan akan mengisytiharkan gencatan senjata di bandar Kyiv, Mariupol, Kharkiv dan Sumy di Ukraine mulai 10 pagi waktu tempatan (0700GMT) untuk memindahkan orang awam. Konflik Rusia dengan Ukraine telah mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa menyaksikan Kesatuan Eropah, United Kingdom dan Amerika Syarikat mengenakan pelbagai sekatan ekonomi ke atas […]
(Video) Pelik, Petugas Kesihatan Hairan Jarum Suntikan Vaksin Tak Boleh Tembus Kulit Budak Ini
Tular satu video di Indonesia yang memaparkan proses suntikan vaksin ke atas seorang kanak-kanak, yang didakwa tidak dapat menembusi kulit bahunya. Memetik laporan Suara.com, kanak-kanak tersebut berasal dari suku kaum Baduy yang didakwa mempunyai ilmu kebal. Menerusi video tersebut, kanak-kanak yang memakai baju sekolah itu dilihat sedang duduk di atas kerusi dan bersedia untuk disuntik. […]
TERKINI: China Rekod Lebih 500 Kes Baharu Hari Ini
China dilaporkan telah mencatatkan sebanyak 526 kes COVID-19 baharu pada Isnin iaitu jumlah jangkitan terbesar sejak wabak itu bermula di Wuhan, lapor Bloomberg. Daripada jumlah itu, 312 jangkitan adalah tanpa gejala dengan 50 jangkitan dicatatkan di bandar Shanghai. Bandar pelabuhan Qingdao pula mencatatkan sebanyak 163 kes dan selatan Dongguan dengan 153 kes. Kes baharu itu […]

Kematian Tangmo Adalah ‘Kemalangan’ – Ketua Polis Thailand
Kematian Tangmo adalah kemalangan berdasarkan bukti, lapor Ketua Polis Thailand, Suwar Jangyodsuk. Pol Jen Suwat berkata, pihak polis menjangkakan untuk mengetahui keputusan dengan lebih lanjut dalam beberapa hari apabila keputusan pemeriksaan forensik keluar. Beliau telah mengarahkan penyiasat untuk meneliti kenyataan saksi dan bukti berkaitan seperti rekod telefon dan kelajuan pemanduan serta data GPS bot laju […]
“Ia Mempunyai Pukulan Maut,” Robert Pattinson Dedah Guna Gerakan Silat Dalam Filem The Batman
Filem superhero popular, The Batman kembali menemui peminat dan telah ditayangkan di seluruh dunia bermula minggu lalu. Pelakon utamanya, Robert Pattinson yang membawa watak Bruce Wayne atau Batman kini menjadi bualan ramai apabila lakonannya di dalam filem itu dikatakan ‘menjadi’. Sejak ditayangkan, rata-rata memberikan ulasan yang baik dan mengatakan bahawa pemilihannya sebagai Batman satu keputusan […]
Kesan Krisis Rusia-Ukraine, Harga Emas Dilapor Naik RM8,359 Satu Auns
Harga emas dilaporkan telah melonjak melebihi $2,000 (RM8,359) satu auns berikutan permintaan yang semakin meningkat untuk aset komoditi selamat apabila pelabur mempertimbangkan kesan geopolitik dan ekonomi yang akan berlaku daripada krisis Ukraine dan Rusia. Memetik laporan Bloomberg, bullion (kebiasaannya dalam bentuk jongkong emas dan syiling) melonjakkan keuntungan selepas mencatatkan pendahuluan mingguan terbesarnya sejak Julai 2020. […]
Rogol Anak Sendiri Sehingga Hamil, Lelaki Bakal Berdepan Hukuman Penjara 15 Tahun
Seorang lelaki dilaporkan telah merogol anak kandungnya sendiri di Kabupaten Tangerang, Banten. Menurut Tribun News, suspek merupakan seorang buruh binaan dan berusia 48 tahun. Manakala mangsa pula merupakan seorang remaja perempuan yang berusia 14 tahun. Hasil daripada kejadian itu, mangsa kini dilaporkan sedang hamil akibat perbuatan ayah kandungnya. Ketua Polis Balaraja, Kompol Herry Fitriyono mengesahkan […]

Wanita Tawar Khidmat Uji Kesetiaan Teman Lelaki, Akan Pulangkan Wang Semula Kalau Lelaki Itu Setia
Seorang wanita menawarkan perkhidmatan untuk menguji kesetiaan pasangan kepada para wanita lain dengan mengenakan bayaran sebanyak £1,400 (RM7,737), lapor Mirror UK. Carolina Lekker, yang pernah muncul di muka depan majalah Playboy Africa mengatakan bahawa perkhidmatannya merupakan satu bentuk bantuan buat wanita yang berasa sangsi terhadap pasangan mereka. Modus operandinya adalah dia akan berfoya-foya dengan lelaki […]
Helikopter Rusia Dibedil Peluru Berpandu Dirakam
Sebuah helikopter Rusia dilaporkan telah diletupkan dari langit oleh tentera Ukraine sebelum meletup dan terhempas menjadi seperti ‘bola api’ di padang, lapor Mirror. Rakaman luar biasa yang tular di media sosial itu menunjukkan helikopter rusia tersebut sedang terbang melintasi sebuah kawasan sebelum peluru berpandu dilihat bergerak ke arahnya. Ia kemudian meletup dan terhempas ke padang. […]
Anggota NATO Dapat ‘Lampu Hijau’ Hantar Jet Pejuang Ke Ukraine – Setiausaha AS
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken memaklumkan bahawa anggota NATO telah mendapat kebenaran untuk menghantar jet pejuang ke Ukraine dalam usaha untuk membantu negara itu mempertahankan diri daripada pencerobohan Rusia, lapor CBS News. Menurutnya dalam satu temu bual, langkah itu telah mendapat ‘lampu hijau’. “Malah, kami sedang bercakap dengan Poland mengenai apa yang kami boleh […]

Lukisan ‘Berhantu’ Bawa Nasib Malang Kepada Lelaki Pengumpul Barang ‘Rare’
Kehidupan seorang pengumpul benda-benda ‘rare’ berubah selepas beliau mengambil keputusan membeli sebuah lukisan ‘berhantu’ dengan harga RM200 di pasar lambak walaupun telah diberikan amaran. Memetik Oddity Central, Dan Smith (bukan nama sebenar) membeli lukisan tanpa nama tersebut yang terpapar dua anak patung di salah sebuah pasar dengan mengabaikan amaran dari pemilik asal bahawa ia hanya […]

(Video) Sama Macam ‘Popeye’ & ‘Wreck It Ralph’ Lelaki Miliki Saiz Tangan Luar Biasa
Seorang lelaki dari Minnesota, Amerika Syarikat dilapor mempunyai saiz tangan yang sangat luar biasa, lapor Daily Star. Menurut laporan, Jeff Dabe, menjadi tumpuan orang ramai di media sosial selepas dia memaparkan tangannya yang begitu besar. Orang ramai mula mengelarnya sebagai ‘Popeye’ dan ‘Wreck It Ralph’ kerana bentuk lengannya yang sama seperti watak kartun animasi berkenaan. […]

Lelaki Dilapor Maut Bunuh Diri Secara ‘Live’ Di Instagram
Seorang lelaki warga Palembang, Indonesia didakwa bunuh diri secara ‘live’ di akaun Instagram miliknya baru-baru ini, dipercayai dengan cara menggantung diri hingga maut. Meninjau artikel terbitan Indo Zone, pegawai polis Sukarami, Ipda Herman menerima laporan kejadian tersebut daripada rakan kerja mangsa pada 5 Mac semalam. “Rakan kerja mangsa melaporkan hal tersebut pada pihak polis setelah […]
Suspek Kes Curi Tumpas, Kambing Jadi ‘Hero’ Bantu Polis
Seorang suspek bagi sebuah kes curi tumpas diberkas polis gara-gara seekor kambing yang muncul sebagai ‘hero’ bantu polis dalam satu operasi baru-baru ini, lapor The Mirror. Menurut The Mirror, kambing bernama Gracie itu memainkan peranan penting membantu dua timbalan syerif dalam mengesan suspek yang melarikan diri dengan berjalan kaki di kawasan Fieldale, Georgia. Situasi bermula […]

Tidak Sempat Tunai Solat Terakhir, Kanak-Kanak Maut Dihempap Tembok Ketika Wuduk
Seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun tidak sempat tunai solat terakhir apabila maut akibat dihempap tembok dinding tangki air ketika sedang mengambil wuduk, memetik Kompas.com. Peristiwa tragis tersebut berlaku di Masjid Riyatus Shohibin, Desa Sawentar, Indonesia pada Sabtu lalu ketika mangsa sedang mengambil wuduk untuk menunaikan solat Maghrib bersama jemaah lain. Ketua Bahagian Perhubungan Awam […]
Saintis Kelahiran Malaysia Di Universiti Oxford Dilapor Maut Dalam Nahas Jalan Raya
Seorang saintis kelahiran Malaysia, Dr Ling Felce dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan ketika menunggang basikal di persimpangan bulatan St Clement’s Street dan The Plain di Oxford pada Selasa lalu. Mendiang dilaporkan maut di tempat kejadian selepas berlanggar dengan sebuah lori pada jam 2.35 petang waktu tempatan, lapor OxfordshireLive. Memetik laporan BBC, seorang pemandu […]