Berita›Luar Negara

Puluhan Bangkai Naga Laut Terdampar Di Pantai
Puluhan bangkai naga laut ditemui terdampar di sebuah pantai di Australia baru-baru ini hingga mengejutkan kebanyakan pengunjung di sana, lapor Daily Star. Menurut laporan, kemunculan puluhan bangkai naga laut di pantai tersebut dipercayai adalah disebabkan fenomena hujan yang berlangsung beberapa minggu ketika ini. Difahamkan, sebahagian pakar turut terkejut dengan kehadiran luar biasa haiwan berkenaan yang […]

Tindakan Pemimpin Parti Haluan Kanan Di Denmark Bakar Al-Quran Dikecam
Sweeden – Seorang pemimpin parti berhaluan kanan di Denmark dilaporkan telah meletakkan senaskah al-Quran di atas lantai sebelum membakarnya di kawasan yang majoritinya penduduk beragama Islam dalam kejadian pada Khamis lalu. Memetik laporan TRTWorld, lelaki tersebut telah diiringi oleh polis dan pergi ke kawasan awam terbuka di selatan Linkoping sebelum meletakkan kitab suci al-Quran itu […]

Berkilat Macam Baru, Pasangan Ini ‘Cipta’ Lamborghini Buatan Tangan Sendiri
Beberapa hari lalu, tular satu video di TikTok memaparkan pasangan suami isteri yang menaiki sebuah kereta Lamborghini. Bagaimanapun, ia menjadi perhatian kerana kereta tersebut sebenarnya ‘dicipta’ sendiri oleh mereka. Memetik laporan Liputan6, Lamborghini itu kelihatan cantik dari luar. Justeru, tidak hairanlah ia berjaya membuatkan netizen tersalah anggap. Menerusi video tersebut, pasangan itu dilihat melakukan sedikit […]

Saintis Dilapor Berjaya Temui Penawar Penyakit Serangan Jantung Pertama Di Dunia
Penawar bagi penyakit serangan jantung dilaporkan telah ditemui iaitu dengan menggunakan cara penjejakan genetik yang mencipta vaksin COVID-19 sebelum ini. Memetik laporan Daily Mail, kod genetik yang dipanggil sebagai mRNA itu menghasilkan protein untuk menjana sel jantung yang sihat. Hasil penyelidikan yang dilakukan oleh para saintis di King’s College London itu boleh membawa kepada penawar […]

Israel Ubah Semenanjung Gaza Jadi ‘Penjara Di Bawah Langit Terbuka’: Rusia
MOSCOW, 16 April (Bernama) — Kementerian Luar Rusia pada Jumaat menyelar tindakan Israel terhadap Palestin sambil menyifatkan Tel Aviv mengubah Gaza menjadi “penjara di bawah langit terbuka,” lapor Agensi Anadolu. Mengulas mengenai kenyataan menteri luar Israel menyokong penggantungan keanggotaan Rusia dalam Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC), kementerian luar mendakwa Israel menggunakan situasi di Ukraine […]

Manusia ‘Tanpa Kepala’ Ditemui Dalam Google Maps, Merayau Bawa Kapak & Nota ‘Misteri’
Pengguna aplikasi peta, Google Maps dilaporkan menemui imej misteri yang kelihatan seperti manusia memakai sut perlindungan diri namun tanpa kepala dan seluruh anggota badan seperti halimunan. Memetik Daily Star, imej tersebut yang dilihat berdiri ditengah jalan dikesan menggunakan peta Google di kawasan Limbungan Tentera Laut Brooklyn, Bandar Raya New York. Bagaimanapun, menurut laporan gambar tersebut […]

Rusia Beri Amaran Kepada Finland & Sweden, ‘Malapetaka’ Menanti Jika Sertai NATO
MOSCOW – Rusia memberi amaran kepada Finland dan Sweden bahawa kedua negara itu bakal berdepan ‘malapetaka’ yang tak disangka-sangka jika mengambil keputusan menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Perkara tersebut disampaikan oleh Menteri Luar Rusia, dalam kenyataan hari ini selepas Moscow menghantar tentera mereka ke Ukraine. Tindakan pasukan tentera Rusia di Ukraine itu telah menimbulkan […]

Laporan Iklim PBB Punca Saintis Seluruh Dunia Tunjuk Perasaan
Beberapa hari kebelakangan ini, tanda pagar #LetTheScientistBeHeard dan #LetTheEarthBreath sempat trending di media sosial, diikuti tunjuk perasaan para saintis seluruh dunia. Tindakan tunjuk perasaan para saintis tersebut dipercayai berpunca dari laporan iklim Panel Perubahan Iklim Antara-Kerajaan (IPCC) yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Laporan iklim itu memberi pengesahan kepada syarikat bahan api fosil untuk membayar pampasan atas […]

50 Tahun Berkhidmat Dengan Tv Kerajaan, Kim Jong Un Hadiahkan Rumah Untuk Penyampai Berita Veteran
PYONGYANG – Presiden Korea Utara, Kim Jong Un menghadiahkan sebuah rumah baharu kepada penyampai berita veteran negaranya, iaitu Ri Chun Hi. Rumah yang diberikan pemimpin itu kepada Chun Hi berupa sebuah apartment yang terletak di tepi sungai di ibu kota Pyongyang, lapor AFP. Chun Hi telah berkhidmat untuk negaranya sebagai seorang penyampai berita media tempatan […]

Kenapa #LetTheScientistBeHeard Dan #LetTheEarthBreath Jadi Trending Satu Dunia?
Jika anda perasan, dua ke tiga hari ini tanda pagar #LetTheScientistBeHeard Dan #LetTheEarthBreath jadi trending satu dunia. Apa sebab tanda pagar ini menjadi bualan warga maya? Para saintis di seluruh dunia melakukan tunjuk perasaan yang dianjurkan oleh Scientist Rebellion di beberapa buah negara selepas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengeluarkan satu laporan tentang perubahan iklim yang mengejutkan. […]

Lelaki Ditahan, Tetak Isteri Berkali-Kali Guna Pisau Pemotong
Singapura – Seorang wanita dilaporkan telah ditetak oleh suaminya dalam kejadian di Beach Road pada Khamis. Memetik laporan TNP, wanita berusia 41 tahun itu telah dihantar ke hospital akibat kecederaan yang dialaminya. Angkatan Pertahanan Awam Singapura berkata bahawa mereka telah menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian tersebut pada jam 5.30 petang. “Siasatan awal mendapati lelaki berusia […]

600 Tiket Perjalanan Ke Angkasa Lepas Bernilai Setengah Juta Terjual
Sebanyak 600 keping tiket bernilai setengah juta untuk perjalanan ke angkasa lepas berjaya dijual oleh sebuah syarikat dari Amerika Syarikat. Space Perspective dikatakan telah menjual tiket dengan nilai keseluruhan $125,000 (sekitar RM528,812) untuk perjalanan ke pinggir angkasa tersebut. Perjalanan berkenaan dijangka bermula pada tahun 2024 dan penumpang dijangka menempuh perjalanan sehingga 20 batu (kira-kira 32 kilometer) […]

Elon Musk Dilapor Nak Beli Twitter Dengan Harga RM175 Bilion
Individu terkaya dunia, Elon Musk, kini dalam cubaan untuk membeli aplikasi Twitter dengan harga $41.39 bilion (RM175 bilion) selepas menolak tawaran untuk menyertai ahli lembaga pengarah syarikat itu beberapa hari lalu. Memetik laporan Daily Mail, lembaga pengarah Twitter mengadakan mesyuarat pada Khamis untuk membincangkan mengenai bidaan Musk itu. Difahamkan, Musk mula melakukan bidaan melalui mesej […]

Wanita Tertelan Berus Gigi 18cm, Sempat Pergi Kerja Sebelum Jumpa Doktor
Seorang wanita dari Taiwan terpaksa dirawat di hospital selepas tidak sengaja tertelan sebatang berus gigi berukuran 18 sentimeter (cm). Menurut Mothership, wanita berusia 44 tahun itu memberus giginya pada sudut yang salah pada pagi itu lalu tertelan berus giginya. Sempat pergi kerja lepas tertelan berus gigi Namun kerana masih berasa letih dari hari sebelumnya, dia […]

Wanita Tak Sedar Dirinya Mengandung, Hampir ‘Flush’ Bayi Dalam Mangkuk Tandas
London – Seorang wanita hampir menjirus atau ‘flush‘ bayinya ke dalam mangkuk tandas hospital apabila dia tak sedar bahawa dirinya sedang mengandung. Namun ‘keajaiban’ berlaku apabila wanita tersebut melihat lengan kecil di dalam mangkuk tandas dan ketakutan apabila menyedari nyawa bayinya itu berada dalam bahaya. “Fikiran saya kosong, saya diletakkan di dalam bilik lain kerana […]

Polis China Dilapor Serbu Rumah, Heret Lelaki Disyaki Positif COVID-19 Ke Kem Kuarantin
Shanghai – Baru-baru ini, beredar sebuah video menunjukkan sepasukan polis China dalam sut perlindungan diri memecah masuk rumah dan mengheret seorang lelaki ke kem kuarantin. Dalam video berkenaan, dapat dilihat bahawa seorang lelaki menjerit sambil berundur ke balkoni untuk melarikan diri setelah dikepung pihak berkuasa. Lelaki itu kemudiannya dijatuhkan oleh pasukan polis dengan menggunakan sejenis […]

Lelaki Ditembak Rakan Sendiri Dari Jarak Dekat
Thailand – Seorang lelaki dilaporkan maut selepas ditembak pada jarak dekat sebanyak enam das oleh rakannya sendiri dalam kejadian yang berlaku di Jalan Prachacuen, daerah Bang Sue. Memetik laporan Utusan Tv, mangsa, 53, yang bekerja sebagai pemandu motosikal sewa disahkan maut di tempat kejadian. Menerusi rakaman CCTV yang tular, suspek 44, dilihat memanggil mangsa yang […]

Shanghai Laksana Lockdown, Penduduk ‘Degil’ Tak Mahu Kuarantin Terpaksa ‘Dihukum’
Shanghai laksana lockdown berikutan kes COVID-19 yang kembali meningkat, namun ada penduduk degil tidak mahu kuarantin. Peningkatan semula virus COVID-19 yang melanda China akhir-akhir ini menyebabkan negara itu terpaksa melaksanakan semula “lockdown” terhadap rakyatnya. Sehingga kini, kes COVID-19 di China menunjukkan peningkatan apabila hampir 30 juta kes direkodkan, menjadikan angka itu adalah paling teruk pernah […]

Angka Kematian Ribut Megi Di Filipina Meningkat Ke 121 Orang
MANILA, 14 April – Angka kematian akibat ribut tropika yang melanda Filipina pada hujung minggu lalu meningkat kepada 121 orang, termasuk 81 mangsa yang tertimbus akibat tanah runtuh di bandar tengah Filipina, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa pada Khamis. Jumlah kematian itu termasuk 118 orang di tengah Filipina dan tiga di selatan Filipina – kawasan […]

Sri Lanka Muflis, Rayu Rakyat Luar Negara Hantar Wang
Sri Lanka merayu rakyatnya di luar negara untuk ‘menghantar’ wang ke tanah air bagi membantu menampung bayaran makanan dan minyak selepas hutang negara mencecah RM215 bilion, lapor AFP. Gabenor Bank Pusat, Nandalal Weerasinghe berkata, beliau meminta rakyat Sri Lanka di luar negara untuk membantu negara pada saat genting ini dengan ‘menderma’ sebarang pertukaran asing yang […]