Berita›Luar Negara

Rakaman Detik-Detik Dipercayai Pesawat China Eastern Airlines Jatuh Menjunam Sebelum Terhempas
Satu rakaman yang memaparkan detik-detik dipercayai pesawat China Eastern Airlines MU5735 jatuh menjunam sebelum terhempas telah tular sejak semalam. Video yang dikongsi oleh media tempatan itu menunjukkan pesawat tersebut jatuh menjunam ke arah darat berhampiran bandar Wuzhou di wilayah selatan Guangxi. Dalam kejadian yang berlaku semalam, pesawat Boeing 737 itu telah terbang kira-kira 30,000 kaki, […]

Kronologi Pesawat China Eastern Airlines Terhempas, Terjunam Setinggi 29 Ribu Kaki
Semalam, dunia dikejutkan dengan tragedi sebuah pesawat China Eastern Airlines MU5735 yang dilaporkan terhempas di kawasan pergunungan di China. Menurut CNN, data pengawasan menunjukkan pesawat berkenaan mula terjunam dengan sangat laju pada ketinggian 29,000 kaki sebelum didapati terhempas. Berikut adalah kronologi tragedi nahas pesawat Boeing 737 penerbangan MU5735 yang terhempas pada 21 Mac 2022. Pesawat […]

Diinspirasi Dari Plastik Tesco, Balenciaga Jual Beg Berharga RM5,113
Satu jenama mewah, Balenciaga, telah mengeluarkan rekaan beg beli-belah terbaharu yang diinspirasi dari plastik Tesco, lapor Daily Mail. Diinspirasi dari plastik Tesco Reka bentuk tersebut dilihat menyerupai beg plastik Tesco keluaran tahun 1980-an yang sudah tidak digunakan pada masa kini. Aksesori buatan Itali yang dikeluarkan sebahagian daripada koleksi Musim Bunga 2022 itu dijual pada harga […]

Antartika Timur Dilapor Catat Suhu Panas Lebih Tinggi Dari Biasa
Suhu di atas lapisan ais Antartika timur dilaporkan melonjak hingga 50 darjah Fahrenheit (32 darjah Celsius) melebihi kebiasaan. Keadaan itu telah mengejutkan para saintis, lapor The Washington Post. Menurut laporan, lokasi paling sejuk di dunia itu telah mengalami episod cuaca panas luar biasa pada minggu ini. Tidak pernah berlaku sebelum ini “Keadaan ini benar-benar tidak […]

Pemuda Tikam Rakan Sendiri, Gara-gara Rebut Parkir Kereta
Jakarta, 21 Mac 2022 – Seorang pemuda ditahan polis kerana tikam dua rakan yang merupakan jirannya sendiri gara-gara berebut tempat letak kereta. Menurut Kompas.com, suspek, 23 tahun tekad menikam dua rakan (mangsa) tersebut kerana berebut tempat letak kereta di sebuah kedai emas di Jalan Kranggan, Indonesia. Wakil polis tempatan, Dwi Perbawa Nugraha berkata, suspek merasakan […]

Lal Bihari, Pernah Dipalsukan Kematian Sebab Rampasan Harta
Lal Bihari merupakan ‘mayat hidup’ yang paling terkenal di India dan salah seorang daripada mereka yang telah dipalsukan kematian secara rasmi kerana harta. Menurut Oddity Central, membunuh seseorang di atas kertas bukanlah hal yang sukar untuk dilakukan di India. Apa yang diperlukan hanyalah wang rasuah kepada pegawai yang sanggup untuk melakukan kerja kotor itu. Pada […]

Pesawat China Eastern Terhempas Kurang Dua Minit Dari Ketinggian 25,000 Kaki
FlightRadar24 mengesan pesawat China Eastern MU5735 yang terhempas siang tadi jatuh terjunam dari ketinggian 25,000 kaki kurang dari dua minit. Menurut CNN, data pengawasan menunjukkan Boeing 737-800 telah berada pada ketinggian 29,000 kaki apabila ia mula terjunam dengan sangat laju. “Ia sempat berhenti seketika pada ketinggian 10,000 kaki sebelum terjunam semula menurut data. “Data penerbangan […]

Paparan ‘Website’ China Eastern Airlines Bertukar Warna Hitam Putih
Paparan laman sesawang syarikat penerbangan China Eastern Airlines telah ditukar kepada warna hitam dan putih, lapor NDTV. Pertukaran tersebut dibuat susulan tragedi sebuah pesawatnya, MU5735 yang terhempas dalam satu kejadian sebentar tadi. Difahamkan, ia dipercayai bertujuan untuk solidariti atau ‘berkabung’ dan tanda penghormatan kepada mangsa-mangsa yang terlibat. “Laman sesawang China Eastern Airlines telah menukar warna […]

Pasukan Penyelamat Pertama Tiba Di Lokasi Kejadian Pesawat Terhempas
Pasukan penyelamat pertama yang dikerah ke lokasi kejadian pesawat China Eastern Airlines MU5735 terhempas telah tiba sebentar tadi. Menurut CGTN, pasukan bomba dan penyelamat Wuzhou tiba dengan kekuatan 23 unit jentera bomba dan 117 orang penyelamat. Difahamkan, seramai 538 anggota penyelamat dari Nanning, Liuzhou, Guilin, Beihai, Yulin, Hezhou, Laibin dan Hechi turut dikerahkan ke lokasi […]

Pesawat China Eastern Airlines Bawa 133 Penumpang Dilapor Terhempas
Sebuah pesawat China Eastern Airlines MU5735 yang membawa lebih 133 orang penumpang dilaporkan telah terhempas di pergunungan di China, lapor Mirror. Menurut laporan, pesawat China Eastern Airlines model Boeing 737 yang terbang dari Kunming ke Guangzhou itu mengalami kemalangan di Guangxi. Pesawat itu berlepas dari Kunming pada pukul 1.11 petang (waktu tempatan) dan dijadualkan tiba […]

Akibat Tahan Kentut, Penyanyi Brazil Ini Dimasukkan Ke Hospital
Seorang penyanyi Brazil mengakui bahawa dia dimasukkan ke hospital untuk dirawat kerana gas terperangkap di dalam badannya akibat tahan kentut di hadapan teman lelakinya, lapor Daily Star. Viviane de Queiroz Pereira atau dikenali sebagai Pocah, telah berkongsikan gambar ketika dalam bilik rawatan akibat tahan kentut kepada berjuta-juta pengikutnya dalam laman sosial Instagram. Mengalami sakit perut […]

Pencuci Pantai Terkejut, Temui Ikan Kembar Berkepala Dua
Seorang pencuci pantai telah menemui seekor ikan berkepala dua yang menyerupai bentuk hati, lapor Mirror UK. Claudinei Antonio yang telah bertugas mencuci pantai selama 25 tahun di Sao Paulo, Brazil berkata, dia tidak pernah menemui ikan seperti itu sebelum ini. “Ikan ini menarik perhatian saya kerana ia sangat berbeza, ia mempunyai dua kepala. Saya sempat […]

‘Pengembara Masa’ Dakwa Perang US-Korea Utara Bakal Meletus Esok
Seorang individu yang mendakwa dirinya ‘pengembara masa’ memberi dakwaan amaran bahawa perang antara US-Korea Utara bakal meletus esok. Menurut Daily Star, mengikut dakwaannya, perang tersebut meletus hanya beberapa minggu selepas bermulanya pencerobohan Russia ke atas Ukraine. “Inilah perkara yang perlu anda ketahui untuk 2022…22 Mac – Pencerobohan Korea Utara dan US,” tulis video yang dimuat […]

Sekolah Seni Mariupol, ‘Shelter’ 400 Penduduk Ukraine Musnah Diserang Rusia
Sebuah sekolah seni di Mariupol, Ukraine yang menempatkan kira-kira 400 orang yang berlindung di sana musnah akibat terkena serangan pihak Rusia, lapor BBC. Menurut BBC, serangan tersebut mengakibatkan ramai orang terperangkap di bawah runtuhan bangunan. Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berkata, “Serangan Rusia ke atas bandar pelabuhan selatan Mariupol akan sentiasa diingati selama berabad-abad,” “Semakin banyak […]

Teleskop Angkasa Baru ‘James Webb’, Mampu Lihat Bintang Lebih Teliti
Sebuah agensi angkasa lepas di Amerika Syarikat (US) telah berjaya mencapai kejayaan besar dalam mencipta Teleskop Angkasa James Webb yang baharu. Menurut BBC, jurutera agensi itu berkata mereka telah berjaya menyiapkan sepenuhnya sebuah balai cerap yang bernilai RM40 billion dalam ujian bintang. “Untuk sampai ke tahap ini, cermin di teleskop James Webb perlu diselaraskan dengan pecahan […]

Terima Bisikan Ghaib, Ibu Dera Anak Hingga Mati
Didakwa gara-gara terima bisikan ghaib, seorang ibu berusia 35 tahun mendera anaknya sendiri hingga mati dan cedera parah di Brebes, Indonesia. Dilaporkan oleh Tribun News, tiga mangsa yang terlibat merupakan darah dagingnya sendiri, masing-masing berumur 10, tujuh dan lima tahun. Menurut laporan, anaknya yang berusia tujuh tahun itu telah meninggal dunia, manakala dua lagi masih […]

Tak Mahu Anak Rasa Hidup Susah Sepertinya, Ibu Tergamak Tetak 3 Anak Hingga Mati
Seorang ibu tergamak menetak 3 orang anaknya di Tonjong, Brebes, Jawa Tengah pada pagi Ahad, 20 Mac 2022 hanya kerana tak mahu anak-anaknya rasa hidup susah, lapor SeputarTangsel. Menerusi satu video yang tular di media sosial, dapat dilihat bahawa ibu kepada mangsa telah ditahan polis. Video itu dimuat naik oleh pemilik akaun Mazzini @mazzini_gsp. “Suspek […]

Panahan Petir Di Litar MotoGP Indonesia Kejutkan Penonton
Ribut petir dipercayai telah melanda kawasan perlumbaan MotoGP Indonesia 2022 di Litar Jalanan Antarabangsa Pertamina Mandalika sehingga menyebabkan perlumbaan tertangguh. Menerusi video yang dimuatnaik di media sosial, panahan kilat dilihat berlaku di litar tersebut sebentar tadi sehingga mengejutkan orang ramai dan pelumba. Dalam video itu, bunyi dentuman yang kuat dapat kedengaran apabila kilat ‘menyambar’ litar […]
Hanya Kerana RM1 Untuk Beli Barang Keperluan, Lelaki Nekad Tikam Isteri Hingga Mati
Dubai – Seorang lelaki Mesir nekad menikam isterinya sehingga mati hanya kerana wang berjumlah RM1, lapor Gulf News. Difahamkan bahawa, mereka berdua baru sahaja 20 hari mendirikan rumah tangga. Memetik laporan, jenayah itu terbongkar selepas pihak polis menerima laporan mengenai penemuan mayat wanita yang berlumuran darah di sebuah apartmen. Menurut siasatan polis, suami mangsa disyaki […]

Lelaki Menangis, Tak Sengaja Gilis Isteri Ketika Mengendalikan Jengkaut
Seorang lelaki dilaporkan menangis kerana tidak sengaja membunuh isterinya apabila dia melanggar dan menggilisnya dengan jengkaut di tapak pembinaan kereta api di Ratchaburi, Thailand, lapor media Thai. Memetik akhbar, lelaki yang berusia 45 tahun itu bekerja dalam satu pasukan dengan isterinya, 40 tahun, di sebuah tapak pembinaan kereta api berkembar itu. Difahamkan, lelaki tersebut bertugas […]