Berita›Luar Negara
TERKINI: Gempa Bumi ‘Gegar’ Perairan Indonesia Sebentar Tadi
Satu gegaran gempa bumi sederhana dikesan berlaku di Utara Laut Maluku pada jam 4:21 petang tadi, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia. Menurut jabatan itu, pusat gempa bumi bermagnitud 5.5 pada skala Ritcher tersebut terletak di 0.9 darjah Utara dan 126.4 darjah Timur. Difahamkan, ia berlaku pada jarak 113 kilometer Barat dari Ternate, Indonesia dengan berkedalaman 73 […]
Biden, Putin Bincang Krisis Ukraine Menerusi Panggilan Telefon
WASHINGTON/MOSCOW, 13 Feb (Bernama) – Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan Presiden Rusia Vladimir Putin mengadakan perbualan telefon pada Sabtu mengenai situasi di Ukraine, lapor Agensi Berita Xinhua. Semasa panggilan yang berlangsung kira-kira sejam itu, kedua-dua pemimpin membincangkan situasi di Ukraine dan isu keselamatan yang berkaitan, menurut kenyataan Rumah Putih dan Kremlin. Rumah Putih berkata […]
(Video) Nelayan Selamatkan Buaya Cedera Parah, Akhirnya Berkawan Baik Selama 22 Tahun
Kita mungkin sudah biasa dengar atau lihat persahabatan antara manusia dengan haiwan terutama haiwan comel seperti kucing, anjing, burung dan sebagainya. Namun, jarang pula kita dengar atau lihat persahabatan antara manusia dengan haiwan liar seperti buaya. Bagi seorang lelaki dari Costa Rica ini, semua nyawa adalah penting. Lelaki tersebut pernah bertindak menyelamatkan nyawa seekor buaya […]
Penduduk Gempar, Ikan Aneh Satu Kepala Tapi Berbadan Dua Ditemui
Para penduduk di Garut, Bandung di Indonesia digemparkan dengan penemuan seekor ikan kap yang aneh, pada Selasa lalu, lapor Detik News. Difahamkan, ikan itu kelihatan aneh kerana ia mempunyai satu kepala tetapi berbadan dua. Ia ditemui oleh seorang penduduk, Dodi Sopandi ketika menangkap ikan di kawasan Ciparay di wilayah itu. Dodi berkata dia segera memuat […]
Rusia & Amerika Dilapor Mula Bawa Keluar Staf Diplomat Masing-masing Dari Ukraine
Beberapa media antarabangsa melaporkan bahawa Amerika Syarikat dan Rusia mula membawa keluar staf diplomat masing-masing dari Ukraine. Menurut laporan Wall Street Journal, Amerika Syarikat bertindak sedemikian berdasarkan kebimbangan bahawa Rusia mungkin menyerang negara berkenaan pada bila-bila masa. Manakala dalam laporan Financial Times pula, Amerika Syarikat bagaimanpun akan meninggalkan satu kumpulan kecil yang tak dinyatakan yang […]
Gara-gara Bunga Merah Dijaga Tak Mekar, Tukang Kebun Di Korea Utara Ini Dihantar Ke Kem Buruh
Tukang kebun Korea Utara dihantar ke kem buruh kerana gagal memastikan beribu-ribu begonia ‘kimjongilia’ merah mekar, lapor Daily Mail. Bunga tersebut dinamakan bersempena nama bekas pemimpin tertinggi Korea Utara yang telah meninggal dunia, Kim Jong Il pada 17 Disember 2011. Jalan di bandar negara itu secara tradisinya akan dipenuhi dengan bunga merah menjelang sambutan hari […]

(Video) Tak Perlu Guna Gas, Lelaki Nigeria Cipta Dapur Memasak Guna Tekanan Air & Udara
Seorang lelaki dari Nigeria telah mencipta sebuah dapur memasak yang menggunakan tekanan air dan udara untuk menghasilkan api, lapor TechGh24. Idea ini tercetus akibat berlakunya kenaikan harga gas dan minyak tanah di Nigeria dan sebahagian sub-rantau, termasuk Ghana. Hadi Usman, seorang juruteknik elektronk yang berpangkalan di Jekadafari, Negeri Gombe berkata dapur tersebut dicipta adalah untuk […]
Hartawan Tersohor India, Rahul Bajaj Meninggal Dunia
NEW DELHI, 12 Feb (Bernama) – Taikun tersohor India Rahul Bajaj meninggal dunia pada Sabtu di usia 83 tahun. Bekas pengerusi Kumpulan Bajaj itu, yang juga antara pengeluar motosikal terbesar, menghidap kanser dan meninggal dunia di sebuah hospital di Pune di barat India, lapor media tempatan. Beliau meninggalkan dua anak lelaki Rajiv dan Sanjiv Bajaj […]
Ikut Jejak Amerika, Giliran Jerman & Britain Desak Warganya Segera Tinggalkan Ukraine
Dalam satu laporan risikan yang mendakwa Rusia merancang untuk menyerang Ukraine pada beberapa bulan yang lalu mengundang keresahan beberapa buah negara dunia. Terkini, Jerman dan Britain pada Sabtu telah mengarahkan rakyatnya yang berada di Ukraine untuk keluar dengan kadar segera. Justeru, dua negara besar ini turut menyertai negara lain seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun, […]

Kucing Dilapor Hilang Selama 6 Tahun, Ditemui 2,414 km Dari Rumah Tuannya
Seekor kucing telah dilaporkan hilang selama lebih enam tahun telah ditemui semula di kawasan sejauh 2,414.016 km dari rumah pemiliknya. Pemilik kucing tersebut, Denise Cilley sedang menyambut hari jadinya yang ke-10 pada tahun 2015 apabila seorang tetamu perasan yang kucing milik keluarga itu hilang. Pencarian telah dilakukan di sekitar kawasan rumah namun nasib tidak menyebelahi […]
Perancis Tamatkan Keperluan Ujian COVID-19 Untuk Pengembara Sudah Divaksin
ANKARA, 12 Feb (Bernama) — Perancis pada Jumaat mengumumkan ia menarik balik keperluan ujian coronavirus untuk pengembara yang sudah divaksin, lapor Agensi Anadolu. Bukti vaksinasi adalah mencukupi untuk ketibaan ke Perancis seperti yang dilaksanakan sebelum penularan varian Omicron, kata kerajaan dalam satu kenyataan. Kenyataan itu menyebut, bagi pengembara yang tidak divaksin, keperluan mengemukakan ujian negatif […]

Misteri Ratusan Burung ‘Jatuh’ Dari Langit & Mati, Penduduk Mengaku Dengar Bunyi Dentuman
Misteri ratusan burung berjatuhan di atas jalan dilaporkan Khamis lalu di Wales, United Kingdom menimbulkan tanda tanya warga sekitar. Kejadian yang dikatakan berlaku di Pembrokeshire itu dianggap ‘menyeramkan’ oleh penduduk setempat yang terpaksa menyaksikan bangkai-bangkai burung berselerak di atas jalan. Memetik laporan Mirror, seorang wanita yang sedang dalam perjalanan di antara Waterston dan Hazelbeach yang […]
FDA Tangguh Mesyuarat Tentukan Penggunaan Kecemasan Vaksin Pfizer-BioNTech Pada Kanak-kanak
WASHINGTON, 12 Feb (Bernama) — Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS pada Jumaat mengumumkan penangguhan mesyuarat panel penasihat mengenai penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 pada kanak-kanak berumur enam bulan hingga empat tahun, kerana ia memerlukan lebih banyak data, lapor Xinhua. Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Vaksin dan Produk Biologi Berkaitan FDA pada asalnya dijadual pada 15 Februari. Agensi […]
Selepas Amerika & Jepun, Giliran Korea Selatan Gesa Rakyatnya Segera Keluar Dari Ukraine
Ketegangan yang memuncak akibat ancaman tindakan tentera Rusia ke atas Ukraine semakin mendebarkan sehingga beberapa negara mengambil keputusan untuk ‘mengharamkan’ penerbangan ke negara tersebut. Terbaru, Korea Selatan pada Jumaat telah memutuskan untuk melarang penduduknya melancong ke semua wilayah di Ukraine dan menggesa rakyatnya yang berada di negara tersebut untuk keluar segera. Berdasarkan laporan Korea Herald, […]
Cecah Ribuan Unit & Menggerunkan, Ini Anggaran Jumlah Senjata Nuklear Milik Amerika & Rusia, Terbanyak Di Dunia
Ketegangan memuncak diantara Ukraine yang disokong NATO dengan Rusia mencetuskan pelbagai kemungkinan memandangkan aktor-aktor yang terlibat dalam konflik ini adalah kuasa-kuasa besar dunia. Abang besar dalam NATO adalah Amerika Syarikat yang merupakan kuasa utama dunia, baik dari segi ekonomi mahupun ketenteraan, manakala Rusia pula adalah musuh berzaman negara Uncle Sam itu sejak era Perang Dingin […]

Dipercayai Dari Angkasa, Lelaki ‘Lebur’ Duit RM 17.9 Juta Beli Berlian Hitam Ini
Berlian hitam berusia bilion tahun dipercayai berlian potong terbesar di dunia dijual dengan harga £3.16 juta ( RM17.9 juta). Dinamakan The Enigma, 555.55 karat, yang beratnya hampir sama dengan pisang dijangka mampu memperoleh bidaan lebih daripada £4.4m (RM 25.03 juta) di atas talian. Jurulelong Sotheby’s berkata pembeli telah memilih untuk menggunakan mata wang kripto untuk […]

3 Ahli Running Man, Suk Jin, Jong Kook & Se Chan Disahkan Positif COVID-19
Tiga orang bintang Running Man, Ji Suk Jin, Kim Jong Kook, dan Yang Se Chan telah disahkan positif COVID-19 pada 10 dan 11 Februari. Menurut laporan Soompi, Kim Jong Kook dan Yang Se Chan terdahulu menerima keputusan ujian mereka dan diikuti oleh Ji Suk Jin keesokan harinya. Turbo JK Company agensi Kim Jong Kook dan […]
Selepas Beli 42 Biji Rafale Perancis, Indonesia Bakal Dapatkan 36 Jet Pejuang Canggih F-15 Amerika Pula
Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) telah meluluskan rancangan penjualan jet pejuang F-15 ke Indonesia, lapor Detik News. Sebanyak 36 jet pejuang Boeing buatan AS dan peralatan ketenteraan lain yang bernilai $ 14 bilion (RM58.6 bilion) telah diluluskan pada Khamis lalu. Cadangan penjualan itu dikatakan mampu meningkatkan keselamatan serantau untuk meningkatkan kekuatan kestabilan politik dan kemajuan […]
“Keluar Sekarang”, Perang Boleh Meletus, Presiden Amerika Gesa Rakyatnya Segera Tinggalkan Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden pada Khamis, menggesa rakyatnya untuk meninggalkan Ukraine dengan kadar segera. Beliau turut memberi amaran kemungkinan akan berlaku konflik besar dengan Moscow sekiranya berlaku pertempuran di antara Amerika Syarikat dan Russia kerana kekuatan kedua-dua negara ini berada di dalam ‘dunia’ yang berbeza. “Rakyat Amerika harus keluar dan tinggalkan Ukraine sekarang,” tegas […]

Bangunan Sekolah Dalam Siri Drama Netflix Popular ‘All Of Us Dead’ Hanya Dibina Untuk Siri Ini
Memang tidak dapat dinafikan bahawa siri drama popular All Of Us Are Dead mendapat sambutan daripada penonton di Netflix apabila berjaya mengungguli carta teratas bukan sahaja di Filipina, malah di negara lain juga. Disebalik siri drama terkenal ini, ada sesuatu yang sangat mengejutkan terungkap apabila bangunan sekolah tersebut hanya dibina khas untuk siri ini sahaja. […]