Berita›Luar Negara
Lelaki Didakwa Bunuh Isterinya Yang Ditemui Maut Dua Hari Setelah ‘Sign’ Polisi Insurans Hayat RM1 Juta
Seorang wanita Texas telah ditemui mati dua hari selepas dia menandatangani polisi insurans hayat sebanyak $250, 000 ( RM 1, 059, 750) dan suaminya telah didakwa atas pembunuhannya, lapor polis menerusi Daily Mail. Suaminya, yang berusia 41 tahun itu didakwa atas kematian isterinya selepas mayat ditemui di dalam rumah mereka pada 18 November lalu. Menurut […]

Ahli Politik Ini Berbasikal Ke Hospital Sebelum Selamat Melahirkan Sejam Kemudian
Ahli Parlimen New Zealand, Julie Anne Genter menaiki basikalnya pada awal Ahad menuju ke hospital. Beliau bersalin sejam kemudian. “Berita besar! Pada jam 3.04 pagi tadi kami menyambut ahli keluarga terbaru kami. Saya sebenarnya tidak merancang untuk berbasikal semasa bersalin, tetapi ia akhirnya berlaku”, ahli politik Greens menyiarkan di halaman Facebooknya beberapa jam kemudian. Negara […]

Thailand Larang Kemasukan Pelawat Dari 9 Negara Afrika
BANGKOK, 27 Nov (Bernama) — Thailand turut mengikuti langkah negara lain yang melarang kemasukan pengembara dari beberapa negara di Afrika berikutan penularan jangkitan melibatkan varian baharu COVID-19 dikenali Omicron. Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Dr Opas Karnkawinpong berkata bermula 1 Dis, perjalanan dari lapan negara – Botswana, Eswatini, Lesotho, Malawi, Mozambique, Namibia, Afrika Selatan dan […]
90 Hari Selepas ‘Berkahwin’ Dengan Diri Sendiri, Model Umum Kini Dah ‘Bercerai’
Selepas 90 hari berkahwin dengan diri sendiri, seorang model dari Brazil dilapor mengumumkan ‘perceraian‘ selepas menjalin hubungan dengan kekasih idaman hatinya. Berkahwin dalam satu majlis rasmi yang diadakan pada September lalu, Cris Galera, 33, sebelum ini mengatakan bahawa dia sudah terlalu bosan bergantung kepada lelaki. Namun ,perkahwinannya itu tidak bertahan lama kerana dia telah bertemu […]
Wanita Terkejut, Dihubungi Peminat BTS Nak Beli Keretanya Yang Pernah Disentuh ‘Oppa’ Kim Tae-hyung
Pembaca Berita Pemenang Anugerah Emmy KTLA, Cher Calvin berkongsi terdapat peminat dari serata dunia yang bertanyakannya berkenaan keretanya yang disentuh oleh V atau Kim Tae-hyung, ahli kumpulan KPOP terkenal dunia iaitu BTS. Kereta tersebut telah dipegang oleh V ketika mereka sedang membuat persembahan di laluan penjalan kaki ketika lampu sedang merah. Persembahan tersebut tidak asing […]
Hanya Kerana Berak Merata, Mak Ayah Didakwa ‘Balun’ Anak Autisme Guna Paip Getah & Gayung Hingga Mati
Gara-gara membuang air besar merata, seorang kanak-kanak autisme di Indonesia dilaporkan telah dipukul oleh kedua ibu bapanya sehingga mati. Memetik laporan Suara.com, kanak-kanak 11 tahun itu telah dipukul dengan menggunakan gayung dan paip getah sepanjang 135 cm sebanyak dua kali di bahagian punggung. Mangsa yang merupakan anak sulung itu telah ditemui dalam keadaan sudah meninggal […]

Budak 13 Tahun Hamil 4 Bulan, Jadi Mangsa Cabul Ayah & Abang Tiri Yang Ketagih Video Lucah
Seorang gadis berusia 13 tahun di Kabupaten Way Kanan, Lampung, Indonesia dilaporkan hamil 4 bulan selepas dicabul oleh bapa dan abang tirinya sendiri. Kedua-dua suspek yang berjaya ditangkap oleh pihak polis itu mengakui bahawa mereka tergamak melakukan perkara keji tersebut gara-gara terinspirasi daripada video lucah. Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Way Kana, Iptu Des Herison […]
Dipercayai Dengar Bisikan Ghaib, Lelaki Dilapor Gali Kubur Selepas Hampir Sebulan Isteri Meninggal Dunia
Seorang lelaki dilaporkan nekad menggali kubur isterinya yang telah meninggal dunia selama 25 hari di Ponorogo, Jawa Timur baru-baru ini. Memetik laporan Tribun News, tindakan itu bukan pertama kali kerana dia juga melakukan hal sama ketika hari ketujuh isterinya meninggal dunia. Mujurlah penduduk setempat telah menghentikan perbuatannya. Menurut seorang penduduk, lelaki tersebut dilihat sedang menggali […]
(Video) Polis Paraguay Rampas Lebih 200kg Dadah, Dilekat “Sticker” Jenama Mirip Logo Liverpool FC
Pihak berkuasa Paraguay dilaporkan berjaya merampas lebih 200 kilogram bungkusan mampat yang berisi serbuk dadah jenis kokain bersama beberapa peluru hidup dalam serbuan ke atas sebuah rumah di bandar Pedro Juan Caballero, Paraguay. Video serta foto rampasan tersebut telah menjadi tular di media sosial. Apa yang menariknya adalah, pada bungkusan itu terdapat sticker yang mirip seperti […]
Varian Baharu COVID-19: Arab Saudi Sekat Penerbangan Dari 7 Negara Benua Afrika
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) — Kerajaan Arab Saudi pada Jumaat memutuskan untuk menyekat penerbangan masuk dari tujuh negara benua Afrika berikutan kemunculan varian baharu COVID-19. Negara yang tersenarai dalam sekatan perjalanan adalah Afrika Selatan, Namibia, Botswana, Zimbabwe, Mozambique, Lesotho, dan Eswatini. Agensi Berita Arab Saudi (SPA) yang memetik kenyataan Kementerian Dalam Negeri Saudi (MOI), melaporkan […]
Cacat Sejak Lahir, Wanita Saman Doktor & Tuntut Ganti Rugi Jutaan Ringgit, Dakwa Tak Nasihatkan Ibunya Ambil Asid Folik
Seorang wanita dilaporkan telah menyaman doktor yang menyambut kelahirannya kerana mendakwa bahawa doktor itu gagal memberitahu ibunya untuk mengambil suplemen penting yang boleh mengelakkan kecacatan yang dialaminya pada ketika ini. Memetik laporan Daily Mail, wanita yang berusia 20 tahun itu menghidap spina bifida iaitu keadaan yang membuatkan keseluruhan tulang belakang tidak bercantum dengan sempurna dan […]
(Video) Viral, Lelaki Kaya Didakwa Kahwini 8 Wanita Serentak, Tarik Perhatian Netizen
Satu video memaparkan seorang lelaki kaya yang didakwa berkahwin dengan lapan orang wanita secara serentak telah menjadi tular di media sosial, lapor media tempatan, Suara.com. Video tersebut telah dimuat naik oleh sebuah akaun Instagram bernama @kegoblogan.kekinian pada Khamis lalu. “Lelaki kaya ini berkahwin dengan lapan isterinya secara serentak,” tulis keterangan yang terdapat dalam video tersebut. […]
IKEA Tawarkan Apartment Kecil Lengkap Dengan Perabotnya Untuk Disewa, Hanya RM3 Sebulan
Syarikat barangan perabot terkenal, IKEA dilaporkan telah menawarkan sebuah apartmen kecil untuk disewa di bandar Tokyo, Jepun, lapor CNN. Apartmen seluas 10 meter persegi itu terletak di daerah Shinjuku dan boleh disewa dengan hanya 99 yen (RM3.68) sebulan. Difahamkan, setakat ini hanya satu unit sahaja yang tersedia. Menariknya, ia dilengkapi sepenuhnya dengan perabot dan aksesori […]
(Video) Dari Berat 110kg, Lelaki Berjaya Turunkan Berat Hingga Dapat “Sixpack”
Satu video inspirasi yang memaparkan transformasi seorang pemuda daripada obesiti kepada sihat telah menjadi tular di media sosial. Menurut pada kapsyen yang tertera pada video yang dimuat naiknya di akaun Tiktok bernama @skepan, pada awal dia memutuskan untuk mengubah hidupnya itu, dia memiliki berat sebanyak 110 kilogram. Dalam video tersebut, terdapat beberapa gambar yang menunjukkan […]
Teman Lelaki Merajuk Kerana Terlupa “Wish Birthday”, Wanita Terpaksa Minta Polis Tolong Pujuk
Cinta mampu membuatkan seseorang itu melakukan tindakan yang di luar jangkaan. Dalam satu kes yang unik ini, seorang wanita dilaporkan telah menghubungi pihak polis bagi mendapatkan bantuan selepas teman lelakinya enggan bercakap dengannya. Menurut portal Free Press Journal, Wanita yang berasal dari Chhindwara di Madhya Pradesh, India ini telah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki […]
Masih Sihat Walau Umur Cecah 26 Tahun, Oyen Bakal Dinobat Kucing Paling Tua Di Dunia
Rekod baharu bakal tercipta, seekor kucing di Turner, Oregon yang berusia 26 tahun dilaporkan menjadi kucing yang paling tua di dunia. Menurut Perthnow, pemiliknya, Charlie Briggs telah menghubungi Guinnnes World Record untuk mengesahkan mengenai kucingnya itu. “Pihak Guinness mengatakan bahawa kucing tertua di dunia yang berada dalam rekod pada ketika ini adalah berusia 24 tahun. […]
Lelaki Tergamak Palsukan Sijil Kematian Isteri Gara-gara Nak Kahwin Lain, Bakal Dipenjara 8 Tahun
Seorang Ketua Pejabat Hal Ehwal Agama (KUA) di Petang, Indonesia dan seorang lelaki yang berusia 56 tahun berhadapan dengan hukuman penjara atas kes pemalsuan surat kematian isterinya, lapor portal suarabali.id. Pemalsuan tersebut dilaporkan dilakukan untuk membolehkan lelaki berkenaan berkahwin lagi. KUA itu bakal didakwa mengikut undang-undang kerana membantu lelaki tersebut melengkapkan syarat perkahwinan dengan memalsukan […]
Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh Perjalanan Tidak Penting Ke Ethiopia
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) — Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia menangguhkan sementara perjalanan tidak penting ke Ethiopia susulan konflik antara Angkatan Tentera Ethiopia dan Gerakan Pembebasan Rakyat Tigray (TPLF). Menurut kenyataan kementerian hari ini, Kedutaan Malaysia di Khartoum, Sudan, memaklumkan empat rakyat Malaysia di Ethiopia yang berdaftar dengan kedutaan berada dalam keadaan selamat. “Pegawai kedutaan sentiasa berhubung rapat dengan […]
Tiga Parti Politik Jerman Sepakat, Umum Gaji Minimum Dinaikkan Kepada RM 57 Sejam
Jerman dilaporkan bakal menaikkan gaji minimum di negara itu dari €9.60 (RM45.62) sejam kepada €12 (RM57.02) sejam. Memetik laporan CNN, kenaikan gaji minimum itu merupakan salah satu daripada perjanjian yang dilakukan oleh gabungan tiga parti politik yang telah membentuk kerajaan baharu di negara itu pada Rabu lalu. Dengan usaha tersebut, ia dijangka boleh meningkatkan pendapatan […]
(Video) CCTV Rakam Peragut Gagal Meragut, Gagal Larikan Diri Hingga Ditangkap & Dipukul Orang Ramai
Satu video yang memaparkan rakaman insiden ragut di Kompleks Cicukang Indah Kopo, Kecamatan Margahayu, Bandung, Indonesia pada Rabu lalu tular di media sosial. Dalam video yang tular itu, dapat dilihat bahawa kejadian tersebut bermula ketika mangsa yang merupakan seorang remaja perempuan sedang berjalan seorang diri sambil memegang telefon bimbit di tangan kanannya. Peragut yang memakai […]