Berita›Luar Negara
(Video) Tular Detik-detik ‘Kecut Perut’ Penunggang Motosikal Terperangkap & Nyaris Digilis Kereta Api
Satu video yang memaparkan seorang penunggang motosikal hampir dilanggar oleh kereta api telah tular di media sosial. Penunggang motosikal itu hampir sahaja kehilangan nyawanya, namun bernasib baik kereta api yang melalui rel tersebut sempat memperlahan kelajuannya dan berhenti seketika. Kejadian penunggang motosikal itu hampir dilanggar kereta api tersebut telah terjadi di Desa Karangdukuh, Jogonalan, Klaten, […]
Wanita Didakwa Tikam Suaminya Kerana Lelaki Itu Enggan Ke Kenduri Kahwin Saudara Bersamanya
Seorang wanita didakwa menyerang suaminya dengan pisau dan turut membaling perkakas ke arah suaminya. Suaminya yang berusia 34 tahun itu memfailkan aduan terhadap wanita itu selepas kejadian yang berlaku pada 12 November itu. Menerusi laporan India Times, wanita dari Aurangabad Maharashtra telah mencederakan suaminya selepas suaminya enggan menemaninya ke majlis perkahwinan saudara mara. Wanita itu […]

Remaja 16 Tahun Dakwa Dirogol 400 Lelaki, ’Diganggu’ Anggota Polis Ketika Buat Laporan, Kini Hamil Dua Bulan
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di Wilayah Maharashtra di Beed, India dilapor menjadi mangsa rogol 400 lelaki dalam tempoh enam bulan, lapor India.com baru-baru ini. Bagaikan keluar mulut harimau masuk mulut buaya, remaja itu melaporkan kes tersebut kepada pihak polis namun malangnya, dia sekali lagi didakwa turut dieksploitasi secara seksual oleh anggota berkenaan. Difahamkan, pada […]

Kerbau Tak Mahu Susunya Diperah, Penternak Terpaksa Buat Laporan Polis
Seorang penternak di Madhya Pradesh, Bhind di India terpaksa ‘mengheret’ kerbaunya ke balai polis gara-gara haiwan ternakannya itu tidak mahu mengeluarkan susu, lapor India.com. Menurut laporan itu, penternak tersebut mengesyaki punca kerbaunya itu tidak mahu keluarkan susu adalah dipercayai kerana disihir. Deputi Superintendan Polis, Arvind Shah mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian lucu itu dan mendakwa […]
Dapat Rezeki Terpijak, Kisah Pengumpul Barang Terpakai Temui Cincin Bernilai Lebih RM 24k Dalam Sampah
Seorang pengumpul barangan terpakai bernama Harianto mendapat rezeki terpijak apabila menemui sebentuk cincin berlian di tempat pembuangan sampah Supit Urang yang terletak di Kecamatan Sukun Kota Malang, Indonesia. Lelaki yang berusia 34 tahun menyatakan bahawa dia tergerak hati untuk mencari barang di timbunan sampah yang sebahagiannya sudah terbakar. “Saya tidak sengaja telah menemukan sesuatu yang […]

Rumah Hanya Sebesar Garaj Kereta Dijual Pada Harga RM2.2 Juta, Hanya Ada Satu Bilik Tidur & Tandas
Setiap daripada kita mesti ada impian untuk memiliki rumah sendiri. Selain memenuhi keperluan asas manusia sebagai tempat berteduh, rumah juga merupakan salah satu hartanah yang bernilai. Dalam pemilihan rumah, macam-macam perkara yang akan diambil kira. Faktor reka bentuk, lokasi, kemudahan fasiliti dan harga terutamanya sering mempengaruhi keputusan individu untuk membeli sebuah rumah. Selain ikut bajet, […]

Cedera Terjerat Perangkap Pemburu Haram, Separuh Belalai Anak Gajah Ini Terpaksa Dipotong
Seekor anak gajah Sumatera berusia satu tahun terpaksa kehilangan setengah belalainya setelah terkena jebakan pemburu haram di wilayah Aceh, Indonesia, lapor media tempatan. Menurut ketua Balai Konservasi Sunber Daya Alam (BKSDA) Aceh, Agus Arianto, gajah betina berkenaan merupakan salah satu daripada 700 ekor gajah liar yang mendiami pulau Sumatera ketika ini. Jelas Arianto, gajah tersebut […]

Harga Boleh Beli Rumah, Tular Lelaki Beli Pelitup Muka ‘Custom’ Emas Lebih RM200k
Seorang ahli perniagaan dari Barat Bengal, India telah membeli pelitup muka yang dikatakan diperbuat emas dan bernilai semahal R.s 5.70 Lakhs (RM236K), lapor India.com. Pelitup muka emas itu dicipta oleh seorang pembuat barangan kemas dari bandar Budge. Pereka tersebut merupakan seorang pereka barangan buatan sendiri yang mana dia akan mereka barangan untuk kegunaan peribadi. Das […]
Menang Anugerah Peringkat Antarabangsa, Rupanya Ini Kisah Disebalik Foto ‘Ceria’ Bapa Kudung & Anaknya
Seorang jurufoto, Mehmet Aslan telah menerima penghormatan tertinggi di Anugerah Foto Antarabangsa Siena selepas merakamkan detik antara seorang bapa dan anak yang tidak mempunyai tubuh badan yang sempurna. Walau bagaimanapun, setiap gambar pasti akan ada ceritanya, termasuklah disebalik gambar lelaki dan anaknya yang sedang riang tersenyum. Menurut laporan, beliau menyatakan perkara sebenar yang tersirat di […]

(Video) Mendebarkan, Detik Cemas ‘Rider’ Berhenti Di Tengah Antara Dua Kereta Api Sedang Laju
Seorang penunggang motosikal di Indonesia berdepan detik cemas apabila berada di tengah-tengah dua kereta api yang sedang meluncur laju, lapor Suara. Berdasarkan video yang dimuat naik di Instagram Fakta Indo, lebih mengerikan lagi, lelaki tersebut langsung tidak memakai topi keledar ketika itu. Difahamkan pada awalnya dia melepasi palang pintu keselamatan di landasan dengan ‘selamba’nya tanpa […]

(Video) Sibuk Nak Jadi Kelawar, Aksi Burung Tergantung Di Tuala Secara Terbalik Buatkan ‘Member’ Tak Senang Duduk
Satu rakaman memaparkan seekor burung murai tergantung di tuala telah menarik perhatian ramai. Walau bagaimanapun, seekor lagi burung dilihat seolah-olah cuba memujuk burung berkenaan dengan cara mematuknya berulang kali. Video tersebut telah mendapat perhatian pengguna Reddit dan ada menyoal sama ada burung itu menyangka dirinya seekor kelawar, lapor Dailymail. Menerusi video yang dikongsikan, terlihat seekor […]

Kes COVID-19 Meningkat, Beberapa Negara Di Eropah Dilapor Pertimbang Kembali ‘Lockdown’
Beberapa negara di Eropah dilapor kembali mempertimbangkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan atau lockdown semula setelah kes COVID-19 di sana kian meningkat akhir-akhir ini. Merujuk The Washington, dikatakan kes positif COVID-19 kembali melonjak hingga mencecah lebih dua juta kes di sana pada minggu lepas. Malah menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, kes […]

Tiga Harimau Bintang Salji Dilapor Mati Akibat Komplikasi COVID-19
Tiga ekor harimau bintang salji dilaporkan telah mati di salah sebuah Zoo Kanak-kanak Lincoln di Nebraska akibat komplikasi COVID-19, lapor Fox32Chicago. Pengumuman itu dikongsikan di Laman Facebook pihak zoo tersebut pada Jumaat lalu. Posting di laman Facebook zoo itu menggunakan headline “benar-benar menyayat hati” yang melibatkan tiga ekor harimau bintang bernama, Ranney, Everest, dan Makalu. Menurut […]

(Video) Hamil Anak Kedua, Wanita Mengidam Nak Jadi Pengantin Baru, Siap Diarak Keliling Kampung
Selain daripada bahagia menunggu kelahiran cahaya mata, pastinya ibu-ibu hamil akan mengalami fasa-fasa tertentu, khususnya mengidamkan sesuatu sama ada makanan yang pelik-pelik atau menunjukkan perangai yang luar biasa. Viral sebuah video yang merakamkan detik di mana sepasang suami isteri berarak keliling kampung dengan memakai busana pengantin. Menerusi video yang dikongsikan daripada akaun TikTok singamanja_slebeww, terlihat […]
Jemaah Luar Arab Saudi Kini Boleh Dapatkan Visa Umrah Melalui Aplikasi Telefon Pintar
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) — Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan kebenaran bagi jemaah dari luar Arab Saudi untuk mendapatkan visa umrah melalui aplikasi telefon pintar, “Eatmarna” dan “Tawakkalna”. Menurut Twitter rasmi kementerian itu, jemaah juga boleh mendapatkan kebenaran untuk menunaikan solat di Masjidil Haram dan menziarahi Masjid Nabawi melalui kedua-dua aplikasi berkenaan, […]

Kucing 4 Telinga Jadi ‘Instafamous’, Raih 36.3 Ribu ‘Followers’ Di Instagram Dalam Masa 3 Minggu
Dilahirkan dengan empat telinga, kucing unik yang dipanggil Midas kini meraih 36.3 ribu pengikut di Instagram, setelah pemiliknya mencipta akaun untuk kucing berkenaan tiga minggu lalu. Selain keunikan pada telinganya, Midas turut mendapat tempat di hati warga net seluruh dunia termasuk Brazil, Iran dan United Kingdom kerana tompok putih berbentuk hati di bahagian perutnya. Menurut […]

Pengantin Perempuan Nekad Batalkan Pernikahan Lepas Tengok Bakal Suami Mabuk Sebelum Kahwin
Setelah segala persiapan perkahwianan dibuat, seorang wanita yang juga merupakan pengantin perempuan dari wilayah Rajgarh, India mengambil keputusan membatalkan perkahwinannya setelah melihat bakal suaminya mabuk. Menurut laporan News18, insiden tersebut terjadi pada 7 November lalu di mana pengantin lelaki dan beberapa orang saudaranya berada di bawah pengaruh alkohol yang berat sebelum perkahwinannya. Malah pengantin lelaki […]
Diseret Buaya Ketika Memancing, Lelaki ‘Steady’ Guna Pisau Poket Selamatkan Diri
Seorang lelaki warga emas dari Australia dilaporkan selamat dari cengkaman mulut buaya setelah bertindak menikam reptilia tersebut beberapa kali di bahagian kepala dengan pisau poket miliknya. Menurut laporan The Guardian, lelaki berusia 60 tahun itu sedang memancing di sebuah kawasan persendirian miliknya di Sungai McIvor, Rabu lalu. Tepat sebelum dia melepaskan tali jorannya, seekor buaya […]

Lelaki Lompat Dari Ketinggian 18 Kaki Untuk Selamatkan Ibu & Anak Terjatuh Dari Jambatan
Seorang lelaki yang juga pendaki warga tempatan bertindak berani, dilaporkan terjun dari ketinggian 18 kaki (5 meter) untuk menyelamatkan dua beranak yang terjatuh dari jambatan di kawasan Air Terjun Multnomah, Portland semalam. Menurut laporan Daily Mail, mekanik berusia 33 tahun yang dikenali sebagai Shane Roundy ketika itu sedang menunggu anak perempuannya yang menggunakan tandas awam, […]
(Video) Mungkin Tengah Lapar, CCTV Berjaya Rakam Pencuri Sempat Makan Dalam Kafe Yang Dicerobohnya
Kecurian berlaku di salah sebuah kafe di Bandar Lor, Kecamatan Mojoroto Kota Kediri, Jawa Timur. Kafe ini dikatakan sudah mengalami kes kecurian ini sebanyak tiga kali, lapor Tribun News. Menerusi rakaman video CCTV di kafe tersebut, kelihatan beberapa orang individu yang didakwa mencuri di kafe berkenaan. Apa yang lebih menarik, rakaman itu memaparkan detik-detik di […]