Berita›Luar Negara

Berita
Jollibee Filipina Tutup Sementara Sebuah Cawangan, Terima Aduan Terdapat Tuala ‘Dalam’ Ayam Goreng
MANILA, Filipina – Syarikat makanan segera gergasi Jollibee Foods Corp. dilaporkan telah menutup salah satu cawangannya di Bonifacio Global City secara sementara selepas menerima aduan berkenaan terdapat tuala dalam ayam goreng yang dipesan pelanggan. Cawangan Jollibee di Bonifacio – Stop Over akan berhenti beroperasi selama tiga hari mulai Khamis untuk “menyiasat secara menyeluruh terhadap prosedur […]
Gaya hidup
Unik, Pengantin Ini Jadikan Bakso Goreng Sebagai Mas Kahwin, Lepas Nikah Terus Suap
Berbeza daripada kebiasaan pengantin lain, pasangan mempelai di Banyumas ini memutuskan untuk menjadikan bakso goreng sebagai mas kahwin mereka. Menurut Food.detik.com, pernikahan pasangan itu menjadi tular di media sosial susulan pilihan mahar mereka yang merupakan sekotak bakso goreng. “Saya nikahkan, kahwinkan anak saya Anis Dika Fadilah kepadamu dengan mas kahwin seperangkat alat solat ditambah wang […]
Berita
(Video) Seakan-akan Tanda ‘Amaran’, Tular Aksi Pengantin Belanja Kekuatan Patahkan Batang Besi Depan Suami Di Hari Persandingan
Kebiasaannya, semasa majlis persandingan diadakan, pengantin akan menari atau menyanyi sahaja. Tetapi, berbeza pula dengan majlis persandingan di Jawa Tengah, Indonesia ini apabila pengantin perempuan melakukan aksi yang tidak terjangka. Menerusi satu video yang tular di media sosial, pengantin perempuan itu dilihat melakukan ‘persembahan’ dengan mematahkan besi. Pengantin perempuan yang berusia 21 tahun itu dikenali […]
Luar Negara
Tragis, Pengantin Perempuan Meninggal Di Majlis Kahwin, Adik Jadi ‘Pengantin Segera’ Ganti Kakak
Sebuah majlis perkahwinan di Etawah, Uttar Pradesh di India bertukar menjadi kecoh apabila pengantin yang bakal naik ke pelamin ‘bertukar orang’ dalam sekelip mata. Al-kisahnya, pengantin perempuan, Surbhi pada asalnya bakal melangsungkan perkahwinan dan bergelar isteri kepada suami pilihan hati, Manjesh Kumar. Bagaimanapun sesuatu yang tidak dijangka berlaku apabila Surbhi tiba-tiba rebah ketika majlis sedang […]
Luar Negara
Budak Tujuh Tahun Dilapor Diikat Pada Kayu, Dilumur Madu Untuk ‘Panggil’ Lebah, Dipercayai Sebagai Hukuman Dituduh Mencuri
Seorang budak berusia tujuh tahun dilaporkan telah diikat pada tiang kayu oleh bapanya sebagai hukuman setelah jirannya mendakwanya mencuri. Kejadian tersebut berlaku di sebuah kampung, wilayah Shebin El Qanater, Mesir, lapor Daily Star. Menurut sumber, budak lelaki tersebut diikat dengan tali dan dilumurkan dengan madu untuk menarik kehadiran lebah sebagai hukuman oleh bapanya. Budak itu […]
Luar Negara
Kapal Tentera Laut Terbesar Milik Iran Dilapor Terbakar Dan Karam
IRAN- Kapal tentera laut terbesar Iran dilaporkan terbakar di Teluk Oman pada 2 Jun dan karam, menurut Agensi Berita Tasnim. Kebakaran berlaku di IS Kharg ketika itu berada berdekatan pelabuhan Jask Iran di tenggara Teheran, menurut tentera laut Iran. Semua anak kapal berjaya menyelamatkan dir dari kapal yang terbakar dan dipindahkan ke kawasan keselamatan di […]
Luar Negara
Liang Liang, Si Panda Dari China Selamat Lahirkan Anak Ketiga Di Zoo Negara
Seekor panda yang dipinjamkan ke Malaysia dari China telah selamat melahirkan anak ketiga, kata pegawai hidupan liar pada hari ini. Pada 31 Mei, panda tersebut selamat melahirkan di Zoo Negara. Panda tersebut dipinjamkan pada 2014 bersama seekor panda jantan, Xing Xing, kata Jabatan Hidupan Liar Malaysia. Berita kelahiran ini amat mengejutkan kerana panda yang mempunyai […]
Gaya hidup
Lelaki Berasal Dari China Ini Muncul Orang Buta Pertama Di Asia Berjaya Daki Gunung Everest
CHINA- Seorang lelaki dari China berjaya menjadi orang buta pertama di Asia dan ketiga di dunia bagi mendaki Gunung Everest. Zhang Hong, berusia 46 tahun berjaya mendaki puncak tertinggi di dunia tersebut, lapor CNN. “Walaupun anda cacat atau normal. Adakah anda kehilangan pernglihatan atau tidak memiliki kaki atau tangan.” “Tiada yang mampu menghalang anda jika […]
Gaya hidup
“Ada Tenaga Yang Padat,” Tak Sangka, Arca ‘Halimunan’ Ini Berharga Lebih RM75k
Arca halimunan yang dicipta oleh artis Itali, Salvatore Garau baru-baru ini telah dimiliki oleh pengumpul swasta yang membayar 15,000 euro(RM75, 609) untuk arca itu semasa lelongan, lapor Oddity Central. Sekiranya anda termasuk dalam kalangan yang tidak dapat memahami bagaimana seseorang dapat membayar sejumlah besar wang untuk aset digital seperti kulit permainan video, aksesori atau aset […]
Berita
Budak Dilapor Diikat Leher Dan Ditarik Kerana Ditangkap Mencuri, Dipercayai Nak Beli Makanan Untuk Ayah Sakit
Hanya kerana dituduh mencuri duit tabung masjid, seorang kanak-kanak lelaki diikat lehernya sebelum ditarik seperti haiwan peliharaan, lapor Detik News. Dalam kejadian di Aceh Utara itu, kanak-kanak berkenaan telah ditangkap para penduduk kerana dipercayai mencuri sejumlah wang dari tabung masjid. Dia kemudiannya diikat pada tangan dan leher oleh seorang lelaki sebelum ditarik sambil disaksikan para […]
Berita
Lelaki Dikatakan ’Racun’ Ayahnya Main PS4 Sampai Jadi ’Ketagih’ Supaya Dibelikan PS5
Pelbagai usaha, rancangan ataupun helah untuk peminat-peminat permainan video untuk mendapatkan PlayStation 5 yang dikatakan dapat memberi kepuasan berganda kepada pemain. Antaranya ialah seperti seorang pemuda ini yang ‘mengajak’ bapanya untuk bermain bersama PlayStation 4 yang sudah tersedia anda sehingga lelaki itu menjadi ‘ketagih’ pada permainan tersebut. Pada dasarnya, rancangan itu adalah untuk menyakinkan ayahnya […]
Berita
(Video) Nyaris Tertembak Diri Sendiri, Detik Cemas Polis Menyusup & Tumpaskan Wanita Bersenjata Terima Pujian Ramai
Satu video berkenaan seorang polis Perancis yang menumpaskan seorang wanita yang bersenjatakan senapang telah menjadi tular di Eropah selepas video berkenaan detik-detik penangkapan wanita tersebut disiarkan di media sosial, lapor portal LifeZette Video tersebut memaparkan detik penangkapan seorang wanita yang dapat dilihat mengacukan senapang di sebuah jalan yang telah dikepung oleh anggota polis Perancis. Para […]
Berita
Ibu ‘Pakat’ Dengan Tukang Gunting Untuk Buat Gaya ‘Botak Tengah’, Nak Elak Anak Keluar Rumah Ketika Musim COVID-19
Dipercayai kerana gelombang baru pandemik COVID-19 di Taiwan, seorang ibu mengambil jalan ‘unik ‘bagi memastikan anak remajanya tidak keluar rumah. Menurut Mothership.sg, wanita itu membawa remaja berusia 15 tahun berkenaan untuk mendapatkan potongan rambut di sebuah salun di Kaohsiung. Dia dikatakan meminta pendandan rambut untuk menata rambut anaknya supaya remaja itu tidak keluar rumah. Tambah […]
Berita
(Video) Viral Detik-detik Cemas Remaja Perempuan Tak Gentar ‘Bertinju’ Dengan Beruang ‘Gergasi’ Selamatkan Anjing Peliharaan, Curi Tumpuan Ramai
Sejauh mana tindakan yang korang akan lakukan jika haiwan kesayangan berada dalam keadaan bahaya? Adakah berdiri kaku sahaja atau ‘kumpulkan’ keberanian untuk menyelamatkan mereka? Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan seorang remaja perempuan yang sangat berani menyelamatkan anjing peliharaannya dari ‘diterkam’ oleh seekor beruang yang besar. Kejadian yang dipercayai berlaku di Bradbury, California itu […]
Luar Negara
7 Negara Eropah Mulakan Sistem Sijil Digital COVID-19, Individu Sudah Divaksin Boleh Rentas Negara Untuk Melancong
Dah lama rasanya kita tak dapat pergi melancong ke mana-mana kan? Jangankan kata nak ke luar negara, nak rentas negeri pun belum tentu lepas. Tapi tidak di negara lain, ada antaranya yang sudah mula membenarkan pergerakan melibatkan pelancongan. Tahukah anda, terdapat tujuh negara di Eropah sudah dalam proses untuk membenarkan rakyatnya melancong iaitu Bulgaria, Republik […]
Luar Negara
Kenali Dua Model Pesawat Buatan Rusia Dan China Yang Memasuki Ruang Udara Malaysia Semalam
Pesawat ketenteraan adalah salah satu aset ketenteraan yang penting bagi sesebuah negara. Dengan adanya pesawat yang berteknologi tentera, keselamatan ruang udara negara lebih terjamin. Sementara pesawat komersial pada amnya hanya memiliki kemampuan untuk terbang, pesawat tempur direka khas dengan fungsi tambahan untuk membawa senjata dan menyerang musuh jika perlu. Pesawat military berteknologi tinggi dilengkapi pelbagai […]
Luar Negara
(Video) Sangat Mengerikan, Kamera Dron Rakam Detik Terhempas Ke Dalam Lahar Gunung Berapi
Tahukah anda, di Iceland terdapat sebuah gunung berapi aktif yang terletak di Semenanjung Reykjanes. Gunung berapi yang dinamakan sebagai Gunung Berapi Fagradalsjfall itu dilapor telah meletus sejak 19 Mac lalu dan masih memuntahkan laharnya sehingga ke hari ini. Hari demi hari, lahar panas yang mengalir masih tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda akan terhenti. Fenomena semulajadi itu […]
Luar Negara
Penduduk Di Yunnan, China Gempar Seketika, Kumpulan 15 Ekor Gajah Tiba-tiba Ceroboh Kawasan Perumahan
CHINA- Penduduk di sebuah daerah di wilayah Yunnan, China terkejut melihat 15 ekor gajah liar Asia muncul di kawasan kejiranan mereka. Kumpulan gajah itu berjalan di sepanjang jalan yang hampir ‘menutup’ seluruh jalan di sana pada 27 Mei. “Waktu itu sekitar jam 10 malam dan saya masih di kedai saya. Saya mendengar bunyi di jalan […]
Kerjaya
Tukang Kayu Jepun Ini Cipta Ukiran 3D Paling Cantik, Seolah-olah ‘Hidup’ Bila Dipandang
JEPUN- Seorang tukang kayu di Jepun telah mengubah teknik “kayu tiga demensi (3-D)” yang telah menghasilkan karya seni yang luar biasa tanpa memerlukan pewarnaan sama sekali. Teknik ini boleh dibuat pada permukaan permaidani hingga ke lantai kayu. Selain itu, perabot berbentuk rumit seperti melengkung dan retak. Oddity Central melaporkan, mereka (tukang kayu) telah mempamerkan pelbagai […]
Luar Negara
Budak 11 Tahun Cetus Kebakaran, Jadi Punca Kerosakkan Bernilai RM123,735 Di Arizona
AMERIKA SYARIKAT- Seorang budak lelaki berusia 11 tahun dihadapkan pelbagai tuduhan kerana didakwa telah mencetuskan kebakaran. Kebakaran tersebut menyebabkan kemusnahkan dua bangunan serta kerosakkan bernilai $30,000 (RM123,735) di Arizona. Disebabkan itu, kanak-kanak tersebut didakwa menyebabkan kebakaran, kerosakkan, mendatangkan bahaya dan salah laku kerana mencetuskan pembakaran secara melulu, kata Pejabat Sheriff Daerah Yavapai. ABC News melaporkan, […]