Berita›Luar Negara
Sepuluh Terbunuh Dalam Kejadian Tembakan Di Boulder, AS
WASHINGTON, 23 Mac (Bernama) — Sepuluh orang, termasuk seorang pegawai polis, terbunuh dalam kejadian tembakan di sebuah kedai runcit di Boulder, Colorado pada Isnin, lapor Sputnik memetik polis tempatan. “Terdapat sepuluh kematian di tempat kejadian, termasuk seorang pegawai Jabatan Polis Boulder bernama Eric Talley, yang telah bertugas di Jabatan Polis Boulder sejak 2010,” kata Ketua Polis Boulder Maris […]
Uganda Tawar Ganjaran Kepada Pemberi Maklumat Pembunuh Enam Singa Di Taman Negara
KAMPALA, 23 Mac (Bernama) — Lembaga Hidupan Liar Uganda (UWA) pada Isnin menawarkan hadiah wang tunai untuk maklumat yang boleh membantu menahan pembunuh enam ekor singa di Taman Negara Queen Elizabeth, lapor Xinhua. Sejumlah 10 juta shillings (kira-kira US$2,857) ditawarkan kepada mana-mana individu yang mempunyai maklumat, kata Pengurus Komunikasi UWA, Bashir Hangi, dalam satu kenyataan. […]
(Video) Kelibat Sosok Wanita Misteri Ketika Operasi Pencarian Mangsa Kemalangan Gemparkan Penduduk
Pencarian seorang penunggang motosikal yang terjatuh bersama keluarganya di jambatan Tukad Petanu, Ubud, Gianyar, Bali, dilaporkan belum lagi membuahkan hasil sehingga Isnin lalu. Kini bahkan muncul pula peristiwa tular yang menyusul yang membabitkan sosok seorang wanita berambut panjang di tengah sungai yang dikatakan ‘keras’ oleh warga setempat. Penampakan sosok wanita tersebut telah menggemparkan warga setempat […]
Percaya Dukun Boleh Pindahkan Janin, Gadis Dilapor Dirogol Ketika Ritual, Baca Mantera Untuk Yakinkan Mangsa
Seorang remaja berusia 16 tahun yang cuba mendapatkan khidmat bomoh untuk memindahkan janin di dalam rahimnya akhirnya menjadi mangsa serangan bomoh tersebut, lapor Kompas.com. Menurut portal itu, mangsa, LM yang telah dibawa ke Jawa Tengah oleh keluarganya telah diperkosa sebanyak tiga kali oleh suspek, SL (44), kononnya sebahagian daripada ritual pemindahan janin. Ritual itu dikatakan […]

Polis Thailand Mohon Maaf Insiden Petugas Media Cedera Terkena Peluru Getah
BANGKOK, 22 Mac (Bernama) — Polis Thailand memohon maaf berhubung insiden petugas media terkena tembakan peluru getah ketika membuat liputan protes antikerajaan dekat Sanam Luang di sini pada Sabtu malam. Timbalan Ketua Polis Metropolitan Pol MejarJen. Piya Tawichai berkata polis telah memberi amaran kepada wakil media agar meninggalkan kawasan itu sebelum melepaskan tembakan peluru getah. “Polis Diraja Thailand ingin memohon maaf atas kejadian itu yang […]

(Video) Niat Nak Jadi Menantu Idaman Kemas Dapur Jam 2 Pagi, Sekali Tak Sengaja Runtuhkan Kabinet Mentua
Hari-hari awal tinggal di rumah mentua pastinya membuatkan seseorang menantu berdebar dan berhati-hati dalam setiap tindakan mereka. Bukan apa, jika tersilap langkah, risau akan menimbulkan rasa tidak enak sekaligus mengeruhkan hubungan kekeluargaan yang baru sahaja dibina. Sudah menjadi sebahagian tanggungjawab menantu untuk sama-sama menjaga hal-hal rumahtangga seperti mengemas dan membersihkan rumah mentua seperti rumah ibu […]
Lelaki Dilapor Curi Kereta Sebelum Kereta Tersebut Cuba ‘Dilarikan’ Pencuri Lain Ketika Tolong Tukar Tayar
Setiap perbuatan buruk akan mendapat balasannya. Di Amerika Syarikat, seorang perompak kereta cuba dirompak oleh seorang individu lain ketika cuba membantu individu berkenaan menukar tayar kenderaan di tepi jalan, lapor India Times. Menurut India Times, suspek bersama rakannya sedang menaiki kereta jenis Toyota RAV4 yang dicuri sebelum terlihat seorang remaja sedang berusaha menukar tayar sebuah […]
(Video) Pokok Nangka ‘Tumbuh’ Dalam Rumah Sampai Tembus Bumbung, Pemuda Terpaksa Sapu Daun Selalu
Tinggal di kampung sememangnya sangat menyeronokkan, bukan sahaja boleh mendapatkan ketenangan tetapi juga dapat menikmati buah-buahan yang dipetik fresh dari pokok. Kebiasaannya, pokok-pokok tersebut akan ditanam berdekatan dengan halaman rumah. Pun begitu, berbeza pula dengan pemuda ini yang mempunyai pokok nangka di dalam rumah. Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, pokok nangka itu dilihat berbuah […]
(Video) Viral Rakaman Percubaan Tol RFID Di Indonesia, Kereta Lalu ‘Sepantas Kilat’ Tak Perlu Berhenti
Satu video yang menunjukkan sebuah kenderaan yang melepasi tol tanpa membuat sebarang transaksi telah tular di Indonesia. Menurut Kompas.com, ia ditularkan oleh seorang pengguna Facebook yang mendakwa bahawa kenderaan tersebut sedang menjalani ujian pembayaran tol dengan menggunakan Radio Frequency Identification (RFID). Ia menunjukkan pengguna jalan raya tidak perlu berhenti untuk melakukan transaksi. “Ujian untuk membayar […]
(Video) Rebah & Meninggal Dunia Ketika Mahu Sujud, Kematian Imam Solat Jumaat Ini Dicemburui Ramai
Kematian yang dicemburui, seorang imam masjid di Thailand dipercayai telah meninggal dunia ketika mengimamkan solat di masjid di Nakhon Si Thammarat. Menerusi video yang dimuatnaik oleh Ustaz Hanafi di Facebook, imam tersebut dilihat rebah ketika mengimamkan solat Jumaat pada 19 Mac lalu. Pemergian imam itu juga dikongsikan menerusi Facebook Majlis Agama Islam Wilayah Nakhon Si […]
(Video) Detik-detik Pesawat Kargo Trigana Air Tergelincir Ketika Mahu Berlepas Di Jakarta
JAKARTA, 20 Mac (Bernama) — Sebuah pesawat kargo milik Trigana Air tergelincir ketika mahu berlepas dari Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta. Jurucakap Kementerian Perhubungan Adita Irawati dalam satu kenyataan berkata tiada kemalangan jiwa dalam kejadian berkenaan. “Kejadian berlaku jam 11.26 pagi waktu Indonesia Barat. Pesawat cargo Trigana Air dalam jadual penerbangan dari Halim ke […]
TERKINI: Gempa Bumi 7.2 Gegar Timur Laut Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan
Gempa bumi berkekuatan 7.2 dilapor melanda kawasan Timur Laut Jepun, di Wilayah Miyagi. Susulan kejadian berkenaan, amaran tsunami turut dikeluarkan. Kejadian gempa berkenaan dilaporkan berkalu pada 6.09 petang (waktu tempatan). Gempa dikatakan berpusat di kawasan berdekatan pantai Wilayah Miyagi pada kedalaman 60 kilometer. Setakat ini, tiada maklumat berhubung kerosakkan harta benda atau kehilangan nyawa. [BREAKING […]
Berang Anak Pecah Rahsia Dirinya Bertemu Skandal, Ibu Didakwa Tuang Petrol Dalam Mulut & Bakar Anak Sampai Mati
Seorang wanita ditahan atas jenayah pembunuhan selepas didakwa menuang petrol dalam mulut anaknya yang berusia 8 tahun sebelum membakar mangsa hingga mati, dalam kejadian yang berlaku di Rusia. Kanak-kanak malang tersebut menderita dengan kesan lecur 48 peratus sebelum dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital. Suspek, 31, yang bekerja sebagai juruwang dilapor berang dengan […]
Baru Dapat Kunci Enam Jam, Ferrari Masih ‘Bau Kedai’ Terlibat Kemalangan Teruk & Pemilik Rugi RM 1.7 Juta
Setiap orang pasti akan teruja apabila memiliki kereta baharu dan tidak sabar untuk memandu dan mempamerkan kereta itu. Sama seperti seorang lelaki ini yang baru saja membeli kereta Ferrari F8 Tributo, tetapi dia tidak bernasib baik kerana terlibat dalam kemalangan di lebuh raya A5, Jerman. Kereta milik lelaki berusia 43 tahun itu dilaporkan hilang kawalan […]
Finland Dinobatkan Sebagai Negara Paling Bahagia Di Dunia
Tahun lalu menjadi permulaan kepada sejarah dunia yang dilanda pandemik COVID-19. Bukan sahaja mengakibatkan kematian lebih dari 2.6 juta orang di seluruh dunia, pandemik ini juga memperlihatkan berlakunya perubahan yang besar dalam kehidupan seharian bagi semua orang. Namun di sebalik peritiwa yang dahsyat itu, Finland telah berada di kedudukan teratas dalam menjadi negara yang paling […]
(Video) Lava Merah Mengalir Di Tanah, Gunung Berapi Di Iceland Dilapor Meletus
Gunung berapi di Reykjavik, Iceland dilaporkan telah meletus setelah beberapa gegaran seismik dikesan sejak beberapa minggu yang lalu. Menurut The Guardian, awan merah menerangi langit malam setelah letusan bermula di Fagradalsfjall pada Jumaat iaitu kira-kira 40km (25 batu) dari Reykjavik. “Letusan gunung berapi telah bermula di Fagradalsfjall,” kata Pejabat Meteorologi Iceland (IMO) di Twitter. Aliran […]
Mahu Tebus Dosa Masa Muda & Mengingati Mati, Atuk Di Hujung Usia Pilih Menetap Di Kubur
Kisah Abah Sarji, 102, menjadi tular apabila dia memilih untuk menghuni di kawasan perkuburan di Jakarta, di penghujung usianya. Menurut laporan e24news, pilihan yang dibuat Abah itu kerana dia mahu menebus dosa lampau di usia mudanya selain mahu membuatkan dirinya selalu mengingati mati. Kini, pada usia yang sudah lanjut, Abah menghabiskan banyak masanya untuk beribadah […]
Wanita Dilapor ‘Menangis Air Mata Darah’ Ketika Haid, Keadaan ‘Rare’ Buatkan Ramai Terkejut
Seorang gadis berusia 25 tahun di Chandigarh, India mengejutkan ramai orang apabila dia mengadu bahawa ‘air matanya berdarah’, lapor portal Outlook India. Wanita itu menyatakan bahawa dia menangis air mata darah dan selepas itu dia terus dibawa ke wad kecemasan di sebuah hospital di Chandigarh. Wanita itu memberitahu kepada doktor bahawa dia juga pernah mengalami […]
Kepimpinan Tentera Di Myanmar Digesa Pilih Penyelesaian Yang Aman
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) — Kepimpinan tentera di Myanmar digesa supaya mengubah haluan semasa, dan memilih jalan kearah penyelesaian yang aman, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin dalam satu kenyataan malam ini berkata Malaysia menyuarakan rasa kebimbangan serius terhadap keadaan tragik di Myanmar sejak berlaku rampasan kuasa tentera pada 1 Feb. Beliau […]
(Video) Impian Naik Lamborghini Tercapai, Pemandu Tak Dapat Tahan Tangis Tengok Reaksi ‘Istimewa’ Lelaki Ini
Impian seorang lelaki kelainan upaya untuk menaiki sebuah kenderaan supercar iaitu Lamborghini menjadi kenyataan apabila seorang Youtuber yang bernama Andy Popescu membawanya menaiki kereta Lamborghini miliknya. Lelaki kelainan upaya yang dikenali sebagai The Little Giant itu juga sebenarnya adalah seorang Youtuber. 🥲🥲💚💚 This guys dream was to ride in a Lamborghini. I thought the driver […]