Berita›Luar Negara
Bilangan Negara Eropah Tangguh Guna Vaksin AstraZeneca Bertambah, Kini Itali & Iceland Turut Ambil Langkah Serupa
Beberapa negara Eropah dilapor mula menangguhkan pengambilan vaksin COVID-19 AstraZeneca, termasuk antara yang terkini iaitu Itali. Merujuk laporan semasa Anadolu, Agensi Perubatan Itali (IMA) melaksanakan larangan pengambilan vaksin tersebut selepas sebilangan besarnya didakwa berkait dengan kesan sampingan serius. “Larangan itu mensasarkan kumpulan penerima ABV2856 dan pihak kami mungkin akan pertimbangkan langkah-langkah tambahan jika diperlukan, dalam […]
(Video) Isteri Hamil Mengidam Nak Tengok Tv, Suami Minta Maaf Baru Mampu Belikan
Bila sudah mendirikan rumah tangga, setiap suami pasti akan sentiasa memberikan yang terbaik untuk isteri yang tercinta. Apatah lagi jika saat kehamilan, pasti segala keinginan isteri akan dituruti. Sama seperti lelaki ini yang membelikan televisyen untuk isterinya yang mengidam ketika hamil lima bulan. Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, Sandi memohon maaf kepada isterinya kerana […]
TERKINI: Ikut Jejak Denmark, Giliran Norway Tangguh Guna Vaksin COVID-19 AstraZeneca
Kerajaan Norway mengikut jejak Denmark dalam menangguhkan sementara pengambilan vaksin COVID-19 AstraZeneca. Keputusan ini dipercayai mungkin berkaitan dengan kebimbangan berhubung laporan kejadian darah beku yang berlaku dalam kalangan penerima vaksin berkenaan. JUST IN: Norway has suspended use of the AstraZeneca coronavirus vaccine — The Spectator Index (@spectatorindex) March 11, 2021 #UPDATE #Norway‘s health authorities said […]
COVID-19: Denmark Dilapor Henti Guna Vaksin AstraZeneca, Wujud Kebimbangan Selepas Terima Laporan Ada Penerima Didakwa Alami Darah Beku Serius Hingga Maut
Kerajaan Denmark dilaporkan telah menangguhkan vaksinasi COVID-19 keluaran Oxford AstraZeneca ekoran wujud kebimbangan berlaku implikasi serius terhadap penerimanya. Menteri kesihatan, Magnus Heunicke memaklumkan, antara laporan kes implikasi serius yang dikenal pasti adalah penerima didakwa mengalami keadaan darah membeku yang teruk, termasuk ada kes sehingga membawa maut. “Sebagai langkah pencegahan, pihak berkuasa kesihatan terpaksa menghentikan proses […]
(Video) Gunung Merapi Dilapor Hembur Awan Panas Dengan Jarak Luncuran Sejauh 1,200 Meter
Gunung Merapi yang berada di sempadan Jawa Tengah dan Daerah Istimewa Yogyakarta dilaporkan telah memuntahkan lonsoran awan panas dengan jarak luncuran sejauh 1,200 meter ke arah barat daya pada hari ini, lapor Antara News. Ketua Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Bencana Geologi (BPPTKG), Hanik Humaida, melalui kenyataan rasminya mengatakan bahawa longsoran awan panas itu terjadi […]
(Video) Kerap Mengeluh Diri ’Single’, Sekali Dia Yang Kahwin Dulu Daripada ‘Member’ Lain
Jodoh dan pertemuan itu adalah sesuatu yang bukanlah boleh dijangka. Ianya sudah disusun oleh tuhan dan hanya menunggu masanya yang sesuai sahaja untuk kita bertemu dengan pasangan hidup kita. Pun begitu, ada yang sering mengeluh kerana tiada kekasih. Manakan tidak, bila ajak rakan-rakan keluar sahaja, semua akan menolak kerana ingin dating dengan kekasih. Namun begitu, […]

“Sentiasa Alhamdulillah,” Sonny Bill Williams Umum Persaraan, Selepas Lebih 15 Tahun Beraksi
Pemain ragbi kebangsaan New Zealand, Sonny Bill Williams hari ini mengumumkan persaraannya sebagai pemain selepas lebih 15 tahun beraksi dalam sukan ragbi untuk karier senior beliau. Sonny yang berusia 35 tahun itu berkata dalam ciapan di laman Twitternya, “terima kasih kepada semua peminat atas sokongan yang diberikan sepanjang kaerier saya. Kepada rakan sepasukan, terima kasih […]

27 Maut Bas Terjunam Ke Gaung Di Sumedang, Jawa Barat
JAKARTA, 11 Mac – Sebanyak 27 disahkan maut setakat ini dalam kejadian sebuah bas terbabas sebelum terjunam di sebuah gaung, di Sumedang, Jawa Barat, pada Rabu. Menurut media tempatan, bas berkenaan yang membawa 66 penumpang itu dilaporkan mengalami masalah brek, sebelum terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam 5 meter pada pukul 6.30 petang semalam […]
Pernah Diisytiharkan Pupus Pada Tahun 1998, ‘Zombie Fish’ Dilapor Ditemui Semula Di Tasik Australia
Ikan ‘Zombie Fish’ yang dinyatakan pupus pada tahun 1998 lalu dilaporkan ditemui di Middle Reedy Lake, Australia, lapor ABC News. Selepas 20 tahun berlalu, saintis telah menjumpai dua ekor ikan tersebut sebuah tasik berhampiran Kerang pada tahun 2019. Satu pasukan saintis dan penyelidik segera ditubuhkan susulan daripada penemuan itu, dan mereka telah merancang untuk melakukan […]
(Video) Wanita Dilaporkan Maut Dipercayai Akibat Dirempuh Dan Digilis ‘Backhoe’ Ketika Melintas
Seorang wanita menerima nasib malang apabila terkorban selepas digilis sebuah jentera korek dipercayai ketika melintas jalan sambil menggunakan telefon. Lapor The Sun, polis pada awalnya menyangka mangsa yang berumur 61 tahun, dilanggar kenderaan ketika kejadian di Brooklyn, NYC itu. Bagaimanapun, hasil semakan CCTV mendapati wanita malang itu dilanggar di kepala oleh kenderaan berat berkenaan ketika […]
“Ini Sangat Luar Biasa,” Gadis ‘Cuak’, Temui Ular Berbisa ‘Menyorok’ Dalam ‘Inhaler’ Asma
Seorang remaja perempuan terkejut apabila menemui seekor ular berbisa bersembunyi di dalam alat sedut bagi penyakit asmanya, lapor Metro.UK. Remaja tersebut difahamkan sedang hendak membasuh pakaiannya semalam di rumahnya di Bli Bli, Queensland, Australia. Pada ketika itu, dia telah ternampak seekor ular keluar daripada pakaian yang sedang dibawanya untuk dibasuh itu. Dia tidak pasti di […]

(Video) Gadis Pandu Kereta Dalam Rakaman ‘Mengelirukan’ Seakan ‘Bergerak’ Di Atas Awan
Jika sebelum ini tular video sebuah kapal seakan sedang terbang, kali ini video hampir serupa turut mendapat perhatian di Internet. Video dikongsikan Hannah Colby, 22, yang menunjukkan dia sedang memandu jeep sambil ‘membelah awan’ telah menarik lebih 7 juta tontonan di TikTok, lapor Daily Mail. Dalam video itu, kelihatan gadis itu melambaikan tangannya ke luar […]
(Video) TERKINI: Bas Pelancong Bawa Pelajar Sekolah Dilapor Jatuh Gaung Di Indonesia, Sekurang-kurangnya 19 Orang Dikhuatiri Terkorban
Sebuah bas pelancongan yang membawa pelajar sekolah menengah dilaporkan mengalami kemalangan di Jalan Raya Wado-Malangbong, Kabupaten Sumedang, Indonesia pada malam ini. Menurut Tribun Jabar, laporan awal menyebut kemalangan bas pelancongan Sri Padma Kencana itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 19 orang dikhuatiri terkorban. Pegawai polis, Iptu Adam Rohmat mengesahkan kemalangan bas itu dan pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan […]
(Video) Kenali Yanar Dag, Gunung Api ‘Misteri’ Di Azerbaijan Yang Didakwa Tak Pernah Terpadam Sejak 4,000 Tahun lalu
Seperti yang diketahui, gunung berapi merupakan salah satu bencana alam yang paling ditakuti kerana mengeluarkan lava dan asap atau debu yang panas. Pun begitu, tahukah anda bahawa terdapat juga gunung yang mengeluarkan api dan tidak pernah padam. Berada di Azerbaijan, ia dikenali sebagai Yanar Dag yang bermaksud gunung yang terbakar. Dari kawasan ini juga, Azerbaijan […]
Polis Tahan Wanita Campak Botol Air Ke Mulut Badak Air Di Taman Safari Bogor
JAKARTA, 10 Mac – Seorang wanita berusia 56 tahun berasal Bandung, Indonesia ditahan bagi membantu siasatan berhubung tindakannya mencampakkan bekas botol air minuman ke dalam mulut seekor badak air di Taman Safari Bogor. Video perbuatannya itu tular di media sosial di Indonesia selepas dirakam dari kenderaan orang awam lain yang berada di belakang kenderaan dinaiki […]

Google Map Tak Sengaja Terakam Kanak-Kanak Terjatuh Ketika Sedang Berjalan Bersendirian
Tangkapan layar gambar dari Google Maps menunjukkan seorang kanak-kanak sedang berlari dan terjatuh. Susulan daripada foto tersebut tular di media sosial. Menerusi laman Twitter Google Image Maps, gambar tersebut diambil pada tahun 2017. Kiriman tersebut mendapat lebih 11,000 tanda suka. pic.twitter.com/D66redKUFr — Google maps images (@StupidGoogIePic) March 9, 2021 Apa yang menarik perhatian ramai, cara kanak-kanak […]
Wanita Dakwa Dibelasah Suami, Dipercayai Kerana Minta Bayar Yuran Sekolah Anak
Seorang wanita berusia 39 tahun di Bengaluru di Karnataka, India didakwa telah diserang oleh suaminya sehingga pengsan selepas dia meminta suaminya itu membayarkan yuran sekolah anak sulung mereka, lapor Times Now News. Menurut laporan, pasangan tersebut telah mendirikan rumah tangga selama 12 tahun. Selepas mereka berkahwin, ibu bapa wanita tersebut dilaporkan memutuskan hubungan mereka dengannya […]

“Saya Yakin Dia Masih Ingin Pulang,” Lelaki Setia Cari Isteri Hilang Sejak Tsunami 2011
Seorang suami setia mencari isterinya yang hilang ketika tsunami kira-kira 10 tahun lalu. Menurut Stuff.co.nz, Yasuo Takamatsu telah terpisah dengan isterinya, Yuko ketika tsunami melanda bandar Onagawa, Miyagi pada tahun 2011. Lelaki berusia 64 tahun itu kemudiannya mendapatkan lesen menyelam untuk mencari jasad isterinya, tulis portal itu. Dalam tempoh tujuh tahun, beliau telah melakukan 470 […]
Dipercayai Tinggalan Perang Dunia Kedua, Lelaki Terkejut Temui Bom Tangan Yang Masih Aktif Ketika Mencangkul Di Halaman Rumah
Seorang penduduk dilaporkan menemui bom tangan yang didakwa sisa-sisa Perang Dunia Kedua di halaman rumahnya. Menurut Kompas TV, ia dijumpai oleh Sakat, penduduk di Kabupaten Sidorejo, Jawa Timur. Bom tangan itu dilaporkan masih dalam keadaan aktif. Sakat menemui bahan letupan itu ketika cangkulnya dihalang oleh sesuatu seperti batu, setelah diangkat, ia ternyata adalah bom tangan. […]
(Video) Kerja Biasa & Gaji Kecil, Suami Menangis Teresak-esak Tak Mampu Beli “Skincare” Untuk Isteri
Sebagai suami, tiada apa lagi yang lebih membahagiakan hati selain melihat isteri tersenyum gembira setiap masa. Kebiasaan dalam mana-mana pasangan yang romantis, si suami pasti kerap memberi hadiah kepada isterinya sebagai tanda cinta. Malah lebih hebat, si suami membelikan isterinya keperluan-keperluan yang sangat bermanfaat kepada isteri mereka, salah satunya set alat kecantikan. Namun apa yang […]