Berita›Luar Negara
Percaya Tak, Khemah Eksklusif Keluaran Gucci Ni Berharga Lebih RM12,600
Kalau korang rasa kereta Bugatti Veyron tu dah cukup mewah dan mahal, sebenarnya ada satu lagi benda lagi mahal kalau nak dibandingkan dengan ‘rupanya’. Bugatti Veyron yang berharga lebih RM3 juta itu logiklah juga kalau harganya mahal, selari dengan jenisnya. Tapi benda yang kita nak cerita ni memang jauh tak tercapai dek akal. Tahukah korang, […]
(Video) TERKINI: Amerika Sekali Lagi Digemparkan Dengan Insiden Serangan Tembakan, Sekurang-kurangnya 8 Orang Disahkan Maut Setakat Ini
Satu insiden tembakan dilaporkan telah berlaku di gudang FedEx di Indianapolis, Amerik Syarikat pada awal pagi ini (waktu tempatan) dengan beberapa orang telah ditembak. Menurut BNO News, sekurang-kurangnya 9 orang dilaporkan terkorban, termasuk penyerang yang disyaki menembak diri sendiri. Pegawai dari Jabatan Polis Metropolitan Indianapolis, Genae Cook memberitahu pemberita bahawa terdapat beberapa orang yang cedera […]
Ingatkan Cancing Besar, Lelaki Terkejut Besar Rupanya Ada Ular Dalam Plastik Salad
SYDNEY: Alex White menyangka haiwan yang bergerak di dalam bungkusan salad yang dibelinya adalah seekor cacing besar. Dia menyedari ianya bukan cacing apabila ia menjelirkan lidahnya. “Saya agak panik ketika melihat lidah kecil ini keluar dari mulutnya. Ketika itulah saya sedari ianya ular bukannya cacing kerana cacing tidak mempunyai lidah,” kata White. White dan pasangannya […]
Lelaki Dilapor Berkahwin 4 Kali, Bercerai 3 Kali Dengan Orang Sama Hanya Untuk Tuntut Cuti
Seorang kerani bank di kota Taipei, Taiwan berkahwin dengan pasangan yang sama sebanyak empat kali dan bercerai tiga kali dalam tempoh 37 hari. Memetik dari United Daily News dan Liberty Times, Taiwan English News melaporkan bahawa kerani tersebut melakukan hal demikian untuk menebus 32 hari cuti kahwin. Menurut Lin, seorang peguam, bank tersebut disaman kerana […]

Bertuah, Lelaki ‘Order’ Buah Epal, Tapi Yang Sampai iPhone SE
Apabila membeli secara atas talian, pembeli berhadapan risiko menerima barang yang tidak sama seperti diiklankan. Berbeza pula dengan lelaki dari Twickenham, Amerika Syarikat ini, Nick James, 50, bukan sahaja menerima pesanannya yang berupa satu beg buah epal, tetapi juga sebuah Apple iPhone SE. James hanya memesan satu beg epal dari pasaraya Tesco Extra tempatan secara […]
Pengguna Terus Bertambah Jadikan Pengasas TikTok Makin Kaya, Kini Miliki Harta Lebih RM247 Bilion
Walaupun menghadapi beberapa rintangan pada tahun lalu, syarikat ByteDance yang mencipta aplikasi TikTok terus berkembang dengan pengasasnya, Zhang Yiming yang dilaporkan telah menjadi antara orang yang terkaya di dunia. Saham syarikat itu didagangkan di pasaran swasta dengan nilai lebih daripada $ 250 bilion, lapor The Times of India. Zhang yang memiliki sekitar satu per empat […]
Ramadan Terakhir, Ibu & Anak Ditemui Lemas Dipercayai Jatuh Titi Ketika Pulang Dari Terawih
Bagaikan Ramadan terakhir, seorang ibu berusia 35 tahun bersama anak perempuannya, 11 tahun ditemui mati lemas di sebuah sungai di Pangandaran, Jawa Barat. Ketika itu dua beranak berkenaan sedang dalam perjalanan pulang dari solat tarawih ke rumah mereka pada Selasa malam baru-baru ini. Ketua Kampung Pamotan, Andi bagaimanapun mendakwa, segalanya bermula apabila mereka berdua meniti […]

(Video) Sedang Asyik Nikmati Makanan, Lelaki Ini Terkejut Tiba-Tiba Dapat ‘Lauk Tambahan’ Terbang
Bayangkan anda sedang asyik menikmati makanan, tiba-tiba ada kasut singgah di atas pinggan. Video yang memperlihatkan aksi seorang kanak-kanak memberi ‘lauk tambahan’ kepada lelaki yang sedang makan ini sangat mencuit hati. Kanak-kanak tersebut tidak sengaja melemparkan kasutnya lalu mendarat ke dalam pinggan lelaki itu. Dalam video yang diunggah oleh akaun TikTok @redreddot, terlihat seorang lelaki […]
Pasangan Ini Dipercayai Sudah 18 Kali Pindah Rumah Dalam Tempoh 3 Tahun Kerana Isteri Takut Lipas
Ramai antara kita yang takut atau geli dengan serangga bernama lipas ini. Apatah lagi jika ia menukar kepada ‘mod terbang’, langkah seribu dibuatnya. Dari bau sahaja, sudah tahu ia berada berdekatan. Bagi seorang wanita di India yang mengalami fobia teruk terhadap lipas, dia sanggup berpindah setiap kali bertembung serangga itu di kediaman mereka. Menurut Mothership.sg, […]
(Video) Seakan Mencari Sesuatu, Gelagat Pelik Kucing Masuk Padang Ketika Pemain Berhenti Rehat Untuk Berbuka Puasa
Entah dari mana datangnya, seekor kucing di Turki menarik perhatian orang ramai apabila muncul di kawasan padang bola ketika permainan sedang berlangsung. Dalam video dikongsikan CBS News, kucing tersebut dikatakan memasuki padang itu ketika para pemain sedang berhenti berehat untuk berbuka puasa. Ia kemudiannya berlari dan berhenti seketika dalam keadaan mencurigakan dengan posisi separa mencangkung […]

Bantu Selamatkan Orang Tua, Kucing Ini Diberi Anugerah ‘Ketua Polis’ Untuk Sehari
Di Jepun, seekor kucing betina, Koko-chan, dilantik sebagai ketua polis untuk satu hari. Koko-chan telah menyelamatkan seorang lelaki warga emas yang pengsan dan terjatuh ke dalam parit. Insiden ini terjadi di kota Toyama, Jepun, Jun tahun lalu. Koko-chan bertindak memberi petunjuk kepada tuannya, Tomoko Nitta. Lelaki warga emas yang sudah tidak sedarkan diri tersebut diselamakan […]
Lelaki Dijatuhi Hukuman Mati, Bersalah Culik Lelaki OKU Untuk Dibakar Sebagai Ganti Mayat Orang Lain
CHINA- Mahkamah di China telah menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang lelaki, selepas didapati bersalah menculik, mengurung dan membakar hidup-hidup seorang individu yang merupakan pesakit sindrom down, empat tahun lalu. Tertuduh bernama Huang diupah oleh sebuah keluarga kaya yang mahu mayat saudara mereka diganti bagi proses pembakaran mayat dalam skim ‘pertukaran badan’. Mangsa, Lin Shaoren (36 […]

“Tolong Batalkan Semua Pesanan,” 12 Penghantar Makanan Dilapor Kena ‘Prank’, Hantar ‘Order’ Ke Alamat Palsu
Seorang penghantar makanan warga Singapura meluahkan kekesalannya di laman Twitter ekoran di ‘prank’ individu tak bertanggungjawab, lapor Mothership. Menurutnya, dia merupakan mangsa ke-12 yang mendapat pesanan menghantar makanan di rumah itu. Pesanan berjumlah S$34.59 itu dibuat melalui transaksi tunai. Ini bermakna penghantar seharusnya menerima wang pesanan di alamat yang ditetapkan. “Jika anda menerima pesanan daripada […]

Kos Tak Sampai RM3000, Lelaki Dakwa Cipta Robot Boleh Bertutur 38 Bahasa
Seorang lelaki mendakwa telah menggunakan kadbod dan plastik bernilai £ 500 (RM2,840) untuk membina robot yang mempunyai kecerdasan buatan dan boleh bertutur sebanyak 38 bahasa. Guru sains komputer, Dinesh Patel, mengatakan bahawa dia telah mengembangkan humanoid sosial yang dapat mengenal pasti objek dan menyelesaikan persamaan, lapor Metro Uk. Prototaip yang dinamakan sebagai Shalu itu juga […]
“Saya Hanya Mahu Pahala Dari Allah,” Lelaki Derma Hati Tolak Pampasan RM3.3 Juta
Demi pahala dan redha dari Allah SWT, seorang lelaki di Arab Saudi dilaporkan telah menolak pampasan yang berjumlah 3 juta Saudi Riyal (RM3.3 juta) untuk hati yang didermakannya kepada seorang ahli perniagaan. Menurut Gulf News, lelaki itu juga sebaliknya mendermakan buah pinggangnya kepada seorang gadis yatim piatu untuk menyelamatkan nyawanya tanpa meminta apa-apa balasan. Semasa […]

“Hampir Kena Sakit Jantung,” Lelaki ‘Cuak’, Nampak Wajah ‘Misteri’ Dari Dalam Mesin Basuh
Seorang lelaki mengaku nyaris terkena ‘serangan jantung’ selepas ternampak muka seseorang ‘merenung’ ke arahnya dari dalam mesin basuh, tulis Mirror.co.uk. Pun begitu, Alex Boardman, 47, kemudiannya menyedari bahawa wajah itu ialah cetakan pada bantal kusyen anjing peliharaannya yang telah dibasuh. Menurut portal itu, Alex telah memberi anjingnya barbeku ayam untuk dimakan, namun haiwan tersebut telah […]

(Video) Baru Nak Buat Video Tapi Nampak ‘Gangguan’, Monyet Ni ’Take Over’ Kamera Terus Dapat Lebih 20 Juta Tontonan
Monyet merupakan antara haiwan yang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Bermacam peristiwa lucu melibatkan monyet pernah berlaku gara-gara sifat ingin tahunya, malah mungkin ada antara kita sendiri yang mempunyai pengalaman lucu ketika bertemu empat mata dengan haiwan ini. Kejadian monyet menggunakan telefon pintar dengan kamera yang terpasang juga pernah berlaku sebelum ini. Terbaru, tular […]
Kapal Dipercayai Bawa Migrain Terbalik Di Ethiopia, Sekurang-kurangnya 42 Dikhuatiri Maut
ETHIOPIA- Angka korban meningkat kepada 42 orang akibat kapal terbalik di pantai Djibouti, kata Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM) semalam. “Sekurang-kurangnya 42 orang mati selepas sebuah kapal yang dikendalikan sindiket penyeludupan manusia. Kira-kira 60 pendatang yang melarikan diri dari konflik di Yaman, terbalik dalam perjalanan ke Djibouti pada awal pagi isnin,” kata agensi migrasi PBB dalam […]
‘Seroja’ Badai Australia Barat, Puluhan Ribu Terjejas Gara-gara Elekrik Terputus
AUSTRALIA- Puluhan ribu penduduk di Australia Barat kehilangan “rumah” akibat taufan tropika yang jarang berlaku di sana. Pengawai berkata, kira-kira 70 peratus struktur di bandar pesisir Kalbarri (kira-kira 500 km) utara ibu kota Perth. Dilaporkan kawasan itu mengalami kerosakkan teruk ketika ribut taufan ketiga menghempas kawasan itu dengan kepantasan sebanyak 170km/jam. Kira-kira 30 peratus kerosakkan […]
Sekurang-kurangnya 5 Maut & 12 Lagi Cedera Parah Dalam Kebakaran Bas Pelancong Di Bangkok
BANGKOK- Dilaporkan sebuah bas dua tingkat di Bangkok terbakar di daerah Ban Haet. Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 pagi di lebuh raya Mitrapap di kampung Nong Kham. Pasukan penyelamat memberitahu polis bahawa bas 407 Syarikat Pattana bergerak dari wilayah Bung Kun pada isnin petang dan berhenti seketika di Udon Thani. Setelah itu, bas tersebut bergerak […]